"Selamat beramal kepada peserta semua."
[CHt Che Qiim, NLP Trainner, NFNLP-USA]
www.cheqiim.weebly.com
Salam sukses buat rakan pengunjung blog ini. Terima kasih saya ucapkan kepada kalian kerana bersama di dalam mengembangkan ilmu Allah s.w.t ini. Ianya memberikan sesuatu yang luar biasa di dalam kehidupan anda.
"Che Qiim, macam-macam ilmu saya dah pelajari. Namun, saya masih lagi merasa 'terawang-awang'.Saya merasakan diri saya tak jejak di bumi." kata salah seorang peserta kami semalam. Beliau bertemu saya secara personal dan memberitahu apakah yang terjadi pada dirinya selaku usahawan yang telah berkecimpung agak lama di dalam industrinya.
"Kepala sudah berasap.
Diasak dengan 18 soalan yang pelik-pelik ?"
Dari riak wajah dan tutur bicaranya, beliau masih belum jelas 'apakah yang beliau mahukan disebalik perniagaan yang diceburinya'. Ibarat naik kereta tanpa hala tuju yang jelas. Kerana itu, ilmu NLP hadir kepada para usahawan bagi memberikan 'penyelesaian' disebalik tabir kegelapan diri seorang usahawan. Apakah ada beza seorang usahawan yang mengamali ilmu NLP dengan yang tidak mengamali ilmu NLP di dalam urusan perniagaannya ?
Ya. Pasti ada bezanya. Beza yang paling ketara adalah 'cara berfikir'. Ada orang berniaga kerana mahu melunaskan hutang piutangnya. Manakala, ada orang pula yang berniaga adalah mahu menambah nilai kehidupan diri dan pelanggannya. Cara mereka bertindak pun berbeza. Maka, hasilnya juga adalah berbeza. Jika anda mahu tahu apa bezanya, tanyalah soalah ini berulang kali pada diri anda :-
"Strategi menjadikan pelanggan anda
terhegeh-hegeh mencari anda".
"APAKAH YANG SAYA MAHUKAN SELAKU SEORANG USAHAWAN DI DALAM BIDANG YANG SAYA CEBURI ?". Soalan ini nampak mudah bukan ? Namun, ianya sukar diterjemahkan secara realiti bagi kebanyakan usahawan. Adakala bila seorang usahawan itu bercakap tentang apa yang dia mahukan terhadap perniagaannya, dia sendiri pun tak jelas apa yang dia mahukan. Jawapannya seringkali 'panjang...panjang...', 'berpusing...pusing'. Bila ditanya beberapa kali 'apa yang dia mahukan', terus 'blurrr'. Kesian usahawan macam ni kan ? Habis ratusan ribu ringgit dalam perniagaan, namun 'tak nampak hasilnya'.
Prinsip asas nak mula berniaga adalah :-
(1) BE YOUR SELF : Jadilah diri sendiri. Bila jadi diri sendiri, senang nak buat 'bisnes' jangka panjang. Pertanyaan sederhana saya pada anda, 'Apakah anda benar-benar sudah berjaya menjadi diri sendiri untuk memulakan perniagaan anda ?. Mungkin anda akan tanya saya, 'Che Qiim kata senanglah. Cuba buat dulu'. Saya dah buat lama dah untuk 'menjadi diri sendiri'. Bina perniagaan tanpa bantuan 'loan'. Percaya boleh bangunkan perniagaan melalui cara tersendiri.
(2) KNOW 'WHAT YOU WANT ?' : Tahu apa yang anda mahukan bila buat bisnes. Kejelasan matlamat dalam membina perniagaan adalah amat penting buat diri seorang usahawan. FOKUS pada SATU BISNES yang dijalankan sampai JADI. Lepas jadi, biar bisnes sampai MENJADI-JADI. Dan, akhirnya 'BOOM'. Meletup-letup bisnes yang dibuat oleh anda. Tengok sahaja MYDIN, JAKEL. Ada dia buat bisnes lain ? Mereka semua FOKUS terhadap APA YANG MEREKA MAHUKAN secara JANGKA PANJANG.
(3) KNOWLEDGE : Anda berniaga dalam bidang pembuatan roti. Apakah anda benar-benar sudah menguasai 'ilmu pembuatan roti' secara mendalam ? atau hanya separuh masak ? Banyak-banyak roti yang anda hasilkan dimanakah roti yang 'killer' dan 'menjadi buah mulut' pelanggan anda ? Jika soalan ini anda dapat jawap, tahniah saya ucapkan pada diri anda. Kerana itu 'ilmu pengetahuan' dalam bidang yang kita ceburi amatlah penting. JANGAN KEDEKUT LABUR DUIT UNTUK MAJUKAN DIRI kerana secara automatik anda sedang majukan perniagaan anda. Faham ke faham ?
Perasmian penutup oleh
Penyelaras Dun & Parlimen Kajang, Selangor
Tahniah kepada peserta yang terlibat. Anda memang hebat. Terdengar satu perbualan yang menyentuh perasaan isteri saya semalam dari seorang peserta ni. Peserta ni kata apa pada kawannya, ' Akak dah set dengan anak nak balik jam 01.00 tengahari kalau kursus ini boring. Namun, menjadi masalah bagi akak dan anak akak adalah 'punggung kami terus melekat kat kerusi dalam dewan ni. Seronok sungguh kursus ni. Nak buang air pun terpaksa ditahan. Kalau terlepas...rugi sangat'. Isteri saya hanya tersenyum sahaja.
[ Ilmu NLP wajib dipelajari oleh usahawan-usahawan...]
[ Kursus paling sempoi ]
KAMI JUGA MENYEDIAKAN
KHIDMAT 'COACHING ONE TO ONE'
UNTUK MEREKA YANG MAHU
MENCEBURKAN DIRI
DI DALAM DUNIA
PERNIAGAAN.
[ SELF DEVELOPMENT]
+6019-2044036 (CHE QIIM)
+6019-3897580 (MR KAY)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan