" Sayangi yang muda, santuni yang dewasa.
Hidup amat indah bila kita berbahasa"
[CHt Che Qiim]
Salam sukses buat rakan pengunjung blog ini. Terima kasih kerana bersama saya di dalam menambah nilai kehidupan diri warga Malaysia. Pasti anda ternanti-nanti, apakah topik perbincangan yang bakal saya utarakan kali ini bukan ?
Pagi tadi, saya dilontarkan dengan satu pertanyaan oleh isteri saya yang berbunyi, "Abang, abang tak mengulas ke isu 'teguran Dr Harlina terhadap seorang' yang sedang viral sekarang ? Ada mana-mana agensi akhbar yang 'call' abang untuk mendapatkan pandangan berkaitan isu ini ?"
Saya hanya tersenyum sahaja lantas melontarkan kata-kata, "Memang patut Dr Harlina membuat teguran seperti itu kepada peniaga tersebut. Dalam konteks perkhidmatan pelanggan, pelanggan adalah segala-galanya bagi kelangsungan perniagaan yang individu itu usahakan."
Penggunaan dan pemilihan perkataan saat berkomunikasi adalah amat penting. Pemilihan predikad dan ayat yang sesuai dapat membantu perniagaan seseorang berkembang atau menguncup. Dalam konteks antara Dr Harlina dengan pelanggan ini, kita dapat mempelajari beberapa perkara iaitu :-
" Belajar ilmu bagaimana untuk kita menangkap pemikiran dan perasaan
bakal pelanggan anda. Kalau tak anda juga yang rugi. "
Dari aspek seorang peniaga :
1- Gunakan perkataan yang tepat bila berhubung dengan seseorang. Jika anda tak tahu nak panggil apa, gunakan perkataan seperti Encik / Cik Puan atau paling tak tahu pun bolehlah guna Sdr/i. Kan lebih enak panggilan sebegitu berbanding 'awak'. Jika bakal pelanggan anda sudah membahasakan dirinya dengan panggilan 'Dr', maka sambutlah ia dengan panggilan 'Dr'.
2- Seorang peniaga perlu fahami aspek 'pengaruh ayat' yang digunakan di dalam budaya masyarakat kita di Malaysia. Pengaruh semantik dalam penerapan nilai budi bahasa kita khususnya 'orang melayu-islam' amatlah 'sensitif'. Menggunakan perkataan positif dalam kehidupan para peniaga dapat mengundang rezeki hampir pada para peniaga. Budaya masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu lama, tidak banyak bahasa negatif digunakan di dalam kehidupan harian mereka. Maka, sebagai seorang peniaga anda perlu 'sedar' bagaimana perkataan yang anda gunakan itu boleh mempengaruhi perniagaan anda. Bukan hanya nak jual produk sahaja. (Rujukan buku : Aura Intuisi NLP, 2006 dibawah tajuk Pengaruh Semantik Dalam Penerapan Nilai Budi Bahasa)
Dari aspek seorang pelanggan :
1- Jika anda sebagai pelanggan, pastikan anda memahami butiran perkataan dan makna disebalik kata-kata yang diungkap oleh peniaga yang menawarkan perkhidmatan kepada anda. Dengan memahami kata-katanya, maka kita berupaya memahami karekter orang tersebut. Kerana...dari kata-kata akan terjelma kelakuan orang tersebut.
2- Bunga bahasa untuk menegur sang peniaga perlu lebih tersusun kerana ianya melibatkan 'gambaran minda' orang yang menerima teguran tersebut.
Contoh ayat asal dalam isu ini " Kalau boleh, jangan guna perkataan awk (awak ?) bila buat pertanyaan untuk bakal pelanggan ye. Kurang sopan esp.sebab saya ni seorang yang dah berumur 50 thn.Elok kalau guna panggilan 'Puan' @ guna title saya iaitu Dr."
Contoh semantik yang mungkin boleh digunakan :-
" Terima kasih kerana memberikan maklumbalas pada saya. Saya berharap saudari berada di dalam keadaan positif saat ini. Saya sudah menjangkakan bahawa sdri akan memanggil saya dengan perkataan 'awak'. Ianya ok buat diri saya. Adalah lebih ok lagi dalam perbualan kita ini, sdri. memanggil saya 'puan.'. Saya benar-benar mahukan perkhidmatan sdri."
Corak bahasa seperti ini ada diungkap di dalam 'bahasa hipnotik' dan ianya menyentuh 'minda bawah sedar' orang yang membaca pesanan ringkas tersebut.
Saya mempunyai pengalaman seperti ini ketika saya memberikan pesanan ringkas kepada klien bagi mengingatkan tarikh dan masa pembayaran kursus perlu dibuat. Ringkas ceritanya, 'payment' masuk ke akuan saya selepas 15 minit. KESAN BAHASA HIPNOTIK.
Terlalu banyak manfaat yang kita boleh pelajari dari isu ini. MANFAAT BESAR adalah :
" BAHASA LAMBANG KELAKUAN DIRI KITA".
TAHNIAH KEPADA DR HARLINA DENGAN PENIAGA INI.
PENIAGA INI JUGA SAYA BERIKAN UCAPAN TAHNIAH
KERANA DENGAN BERLAKUNYA ISU SEPERTI INI
KITA DAPAT MEMBINA SEMULA JAMBATAN
KOMUNIKASI MASYARAKAT DENGAN TERPIMPIN.
BUDI BAHASA BUKANLAH SESUATU YANG BARU DI DALAM
DIRI SETIAP INDIVIDU. CUMA IA PERLU DIKEJUTKAN DAN DISEDARKAN
BAHAWA KINI SUDAH TIBA MASA PERANANNYA DIPERLUKAN.
Salam sayang dari saya untuk semua.
[CHt Che Qiim]
Pakar Klinikal Psikoterapi NLP &
Hipnoterapi, Smart Excel Consultant
*Artikel ini ditulis berdasarkan kepada pengamatan penulis di dalam bidang Neuro Linguistic Programming (NLP) dan Klinikal Hipnoterapi. Pernah menjadi kolumnis ruangan 'Taakul' bagi Majalah Solusi keluaran 40 hingga 61. Berkecimpung di dalam bidang latihan pembangunan insan sejak 2002 hingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan