Selasa, 5 April 2016

SIJIL ASAS NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)

Salam sukses untuk pengunjung blog ini. Apa khabar kalian semua ? Saya harap kalian berada di dalam keadaan sihat dan dibawah payungan rahmat Illahi. Syukur pada Allah s.w.t kerana hari ini 'team' kami dapat mengembangkan lagi ilmu anugerah illahi bersama mereka yang mahu mempelajari ilmu NLP.

"Che Qiim, boleh ke saya tahu potensi diri saya melalui ilmu NLP?", kata salah seorang peserta petang tadi pada saya. Jawapannya, boleh. Dan...saya mula mengajukan beberapa pertanyaan kepada beliau. Lepas beliau jawab pertanyaan saya, saya memberitahu  potensi diri beliau secara ringkas dan padat melalui 'corak bahasanya'. 

Seni mendengar secara aktif.


Kaedah ini disebut sebagai 'profiling diri disebalik kata-kata'. Beliau agak terkejut dan memberitahu bahawa 'dia baru balik dari program Dr Azizan Osman (DAO) tempoh hari' dan apa yang sedang dilalui di dalam kelas hari ini adalah sama seperti kelas DAO.  Saya senyum dan mengungkap kata-kata ini kepada beliau. 
"Gilap terus potensi diri awak dengan cara awak sendiri. Ianya lebih bermakna buat diri awak". 

Dengan izin Allah, ilmu NLP dapat membantu anda untuk lebih FOKUS kepada APA YANG ANDA MAHUKAN  secara LEBIH SPESIFIK. 

"Che Qiim, apakah ilmu hipnosis ada kaitan dengan ilmu NLP?", tanya seorang peserta lagi. Ya, kedua-dua ilmu ini ada kaitannya tersendiri. Kerana itu, apabila anda mempelajari ilmu NLP secara automatik  anda lebih memahami akan keperluan anda mempelajari hipnosis/hipnoterapi. Saya boleh katakan bahawa kedua-dua ilmu ini adalah tergolong dalam golongan 'ilmu psikologigunaan'. 

Bila anda mahu belajar ilmu NLP, pastikan anda terhindar dari mitos-mitos seperti ini :-

Mitos 1 : NLP boleh bagi kita kaya.
Mitos 2 : NLP ilmu yang mengarut. Kurafat bila belajar ilmu ini.
Mitos 3 : NLP tak ada dalam Islam.
Mitos 4 : Dengan NLP, kita boleh buat apa sahaja.
Mitos 5 : NLP adalah ilmu pukau.
Mitos 6 : NLP tidak syarie

Hello bro & sis, belajar dahulu baru tahu ianya 'syarie' atau 'tidak syarie'. Rasulullah s.a.w adalah bapa nlp tersohor dunia. Baginda lebih banyak menggunakan strategi komunikasi persuasif ketika menyampaikan dakwahnya.  Patutnya kita kena ikut idola kita tatkala berkomunikasi. Namun, ada kalangan kita tak ikut pencontohan yang nabi kita buat pun. Marah-marah anak depan orang ramai. Bercakap tak pandang muka orang. Sering label orang sana-sini. Apakah ini dinamakan 'syarie' ?

Teringat cerita rakan saya pagi tadi sebelum mula mengajar. Beliau cerita pada saya bahawa ada seorang imam ditempat beliau membaca zikir selepas solat dengan nada yang perlahan. Lantas, ada beberapa makmum rasa kurang selesa. Kemudian, selesai solat mereka beredar dari masjid. Salah seorang dari makmum masjid bertanya dalam 'group whatsap'dengan pertanyaan, ' Boleh saya tahu siapa imam yang membaca zikir secara perlahan selepas solat tadi?. Tiba-tiba, ada seorang lelaki menjawab,' Saya imam tersebut. Kenapa ?' . 

Tersentap si penanya tersebut dengan ayat imam itu. Imam yang penuh ilmu seharusnya memberikan layanan komunikasi seperti, ' Ya. Saya adalah imam tersebut. Apa yang boleh saya bantu saudara ?'. Bukankah salah satu tujuan kita hadir ke masjid selain beribadah adalah  untuk perbaiki komunikasi kita dengan para jemaah ? Bukankah seorang imam menjadi 'contoh terbaik' buat ahli jemaahnya ? Jawapan sudah ada pada diri kita.KUALITI IBADAH KITA TERSERLAH MELALUI CARA KITA BERCAKAP. Bukankah elok ilmu NLP ini diterap kepada imam-imam seluruh Malaysia ? Fikirkan dan selamat beramal.

#Day 1-3 :Sijil Asas NLP#
#05-07/04/2016#

[Che Qiim]
Pakar Psikoterapi NLP & Klinikal Hipnoterapi
www.klinikhipnoterapisec.webs.com 
019-2044036
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan