"Alhamdulillah. Saya rasa lega selepas terapi ini.
Segala kesakitan 'dalaman emosi saya' telah
lepas keluar dari tubuh saya. Syukur, Alhamdulillah"
Peserta Kursus Sijil Asas NLP
Salam sukses buat rakan pengunjung blog ini. Tahniah kerana anda tetap terus bersama kami bagi menambah nilai kehidupan anda di dunia dan akhirat. Agak mengujakan pada petang ini, selepas selesai menyampaikan modul ke-6 di dalam siri pembelajaran Sijil Asas NLP bersama peserta, saya didatangi oleh seorang peserta untuk mendapatkan khidmat terapi bagi menyelesaikan isu kesakitan emosinya. Beliau sudah memendam lama perasaan tersebut hingga akhirnya emosi dalaman beliau menjadi tidak keruan dan meletus keluar satu persatu. Selama hampir 15 minit 'rawatan menangani konflik diri beliau' dijalankan secara 'one to one'. Akhirnya, diri beliau telah membuat keputusan yang muktamad terhadap isu yang berlaku pada dirinya.
Jika anda menjadi seorang ahli terapis NLP profesionaL, apakah bantuan yang anda boleh hulurkan kepada beliau di dalam menangani isu konflik dirinya ? Bagaimana cara anda mahu menangani kes seperti ini bila ianya hadir kepada anda sebagai pengamal nlp bertauliah ? Pasti anda selaku pengamal NLP bertauliah dapat membantu menangani kesakitan emosi klien sepertinya bukan ?
Seorang pengamal nlp yang cekap membaca 'gambaran minda' kliennya, perlulah menggunakan segenap strategi nlp yang dipelajari oleh dirinya selaku pengamal bertauliah. Anda perlu melihat suasana wajah klien anda saat memulakan sesi terapi kerana melalui suasana wajahnya menggambarkan suasana hatinya. Ahli terapis NLP profesional seperti anda perlu membina hubungan mantap dengan klien agar wujud suasana harmoni ketika menjalankan sesi bersama klien. Kepekaan indrawi adalah penting bagi seorang ahli terapis seperti anda.
Bagi kes wanita diatas, adalah penting untuk anda selaku ahli terapis profesional mengetahui perkara ini sebelum melakukan 'treatment' mengikis kesakitan emosi dalaman dirinya :-
1- Anda perlu mempunyai 'pengetahuan asas berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh klien kepada anda'. Contoh kes, ' merasa sakit hati terhadap diri seseorang hingga membawa pada dendam'.
*Apa itu sakiti hati ?
*Bagaimana dia boleh merasai sakit hati hingga membawa kepada dendam ? dll.
2- Mendengar dengan teliti setiap butiran kata-kata yang diungkap oleh klien anda. Adakala klien anda banyak berselindung disebalik kata-katanya. Kenal pasti apakah klien anda di dalam mood percakapan 'Visual, Auditori @ Kinestetik'. Ianya memudahkan diri anda selaku terapis di dalam melaksanakan sesi terapi.
3- Pastikan klien tahu apa yang dia mahukan di dalam sesi terapi yang anda jalankan.
4- Menerangkan langkah-langkah yang perlu diketahui oleh klien anda sebelum terapi dijalankan. Nyatakan sekali jenis terapi yang bagaimana dijalankan keatas klien anda. Biar jelas dan senang difahami oleh klien anda.
5- Bila klien anda sudah bersedia, maka mintalah keizinan dari klien anda untuk menjalankan sesi terapi kepada dirinya.
"Terima kasih Che Qiim. Saya rasa syukur pada Allah. Sejarah yang pernah berlaku di dalam keluarga saya, hanyalah tinggal sejarah. Saya dapat merasai jalan penyelesaian terhadap isu saya. Kehadiran saya di dalam kursus ini amatlah bermakna buat diri saya. Hati saya terdetik waktu dapat surat untuk hadir kursus ini. Hati saya berkata,' Apa yang best sangat kursus NLP ni ?'. Lepas kawan saya buat 'simple therapy' menggunakan modaliti dan sub-modaliti sebelum makan tengahari tadi..air mata saya sudah tertumpah deras. Saya tak boleh teruskan terapi tersebut. Dan saya perlu jumpa dengan Che Qiim untuk selesaikan isu emosi dalaman saya. Sekarang, saya sudah dapat jawapannya. DENDAM ITU SAKIT.
MEMAAFKAN ITU INDAH
Tq Che Qiim dan Mr Kay."
[CHt Che Qiim]
Klinik Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant
www.smartexcelconsultant.weebly.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan