Selasa, 19 April 2016

UJIAN PENTAULIAHAN "CERTIFIED NEURO LINGUISTIC PSYCHOTHERAPY"

  "Psikoterapi NLP Malaysia AMAT MUDAH & PRAKTIKAL"
Salam kecemerlangan untuk para pengunjung blog ini. Tahniah kerana kalian tetap terus bersama kami bagi mempelajari ilmu pengembangan diri peribadi NLP. Ketika anda sedang membaca artikel ini, NLP sedang mengalami saat 'viral' dibibir masyarakat. Ilmu NLP meniti dibibir  pengarah besar organisasi hingga ke pembantu perubatan malah tidak keterlaluan juga saya katakan ilmu NLP menjadi sebutan dikalangan para peniaga pasar malam yang telah menggunakan ilmu ini bagi meningkatkan prestasi kehidupan mereka.
Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang telah menjalani ujian pentauliahan NLP baru-baru ini. Agak mengujakan bagi pelajar kelas kali ini kerana mereka dihidangkan dengan set soalan ujian yang membuat 'kepala mereka berasap'. Pelbagai soalan diajukan kepada mereka khususnya pada segmen pembentangan topik NLP. Rata-rata membentangkan topik mereka dengan cara gaya tersendiri. Kami amat berpuashati kerana kalian benar-benar memahami apa yang kalian pelajari. Yang paling penting adalah ASPEK PENGAMALAN yang WOW!

"Sesi Ujian Pembentangan Topik Psikoterapi NLP"

Saya dan Mr Kay teruja dengan setiap pengalaman yang kalian lalui selama 1 bulan setelah tamat berkursus. Hasil kajian serta dapatan pengalaman bersama klien anda ketika menjalankan sesi klinikal psikoterapi amatlah mahal untuk dibeli dengan wang ringgit. Pengalaman merawat hati, perasaan, pemikiran dan tingkahlaku klien anda membuatkan kami kagum dengan kebolehan kalian semua.  Bagi kami, kalian adalah 'tok bomoh moden' abad kini melalui pendekatan psikologigunaan NLP. Teruskan lagi pembelajaran kalian di dalam bidang profesional ini dengan niat untuk membanggunkan anak bangsa tercinta.

Ilmu NLP ibarat seperti sebilah pisau. Jika digunakan dengan cara yang tepat dan benar mengikut landasan Islam, maka kalian akan mendapat ganjaranNYA di akhirat kelak. Dalam satu 'training' yang baru sahaja saya dan Mr Kay kendalikan, ada seorang peserta datang kepada saya dan bercerita mengenai 'pelbagai jenis ilmu pembangunan diri dia telah pelajari dari pakar-pakar di Malaysia termasuk ilmu NLP. Namun, dirinya merasakan "tidak jejak diatas bumi secara nyata". 

 "Komunikasi Untuk Kemenjadian Insan"

Setelah mendengar penerangan saya secara mendalam berkaitan ilmu NLP melalui sudut pandang agama dan budaya, barulah beliau merasa lega. Jika tidak beliau merasakan bahawa dirinya sudah jauh menyimpang dari agama. Kerana itu, wahai para penuntut ilmu NLP sekalian ! Saya menyeru kepada kalian dari hati kecil ini agar kalian lebih teliti dari aspek pembelajaran NLP. Jangan syok sendiri. Belajar dari youtube. Belajar dari buku. atau belajar dengan mereka yang silap kefahamannya terhadap ilmu yang baik ini. Maka, anda akan tersilap dan terbabas dari jalan pembelajaran yang benar. Anda boleh belajar dengan siapa sahaja anda ingin belajar. Dan...pastikan mereka yang mengajar anda itu 'menyandarkan kembali ilmu yang dipelajari kepada Allah s.w.t". Belajarlah ilmu NLP demi kecemerlangan diri di dunia dan akhirat. Wallahu'alam.

"Ujian amali terapi NLP"


"Tahniah kepada Pak Tam (PLF Coach berbaju merah) . 
Keazaman untuk anda belajar ilmu NLP
membuatkan saya teruja. Sanggup datang dari 
selatan tanah air demi menuntut ilmu. 
Pak Tam punya kepakaran
khusus (Coaching Family Theraphy)"

 "Sdr. kok. Anda punyai semangat juang yang 
tinggi di dalam mengamali ilmu ini. Bunga bahasa anda 
meruntun jiwa. Tahniah"

"Sdri. Siti. Anda mempunyai kemampuan 
untuk merawat perasaan klien. Teruskan usaha profesional anda".

"Sdri. Lela. Profiling & Terapi NLP yang anda lakukan kepada 
pemain bola jaring mengagumkan kami. Tahniah kerana 
pemain bola jaring yang anda terapi itu memenangi 
pertanding tersebut. Profiling diri adalah kekuatan anda."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan