Sabtu, 26 Mac 2016

HEBAT. MANTAP. TIP TOP (DAY 2)


 "Sampaikan walaupun ianya satu ayat"
-WAKAF ilmu hari KE 2
[CHt Che Qiim]
www.che.weebly.com 

Salam sukses, kaya dan berjaya buat rakan pengunjung blog ini. Hari ini sudah memasuki fasa pengajaran Aplikasi Neuro Linguistic Psychotherapy (PNLP Malaysia) bersama para peserta. Dan, pastinya anda tertanya-tanya apakah pembelajaran yang mengujakan mereka semua bukan ? 

Neuro Linguistic Psychotherapy yang dipelajari oleh mereka adalah berkaitan dengan ' bagaimana merawat minda, jasad dan jiwa secara semulajadi melalui pendekataan psikologigunaan abad kini'. Ianya mengabungkan prinsip-prinsip NLP dan Hipnoterapi di dalam kerja-kerja klinikal terapi. 

Psikoterapi diletakkan di bawah cabang 
'terapi minda, jasad & rohani
Kementerian Kesihatan Malaysia
(Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementeri)

Agak menarik perbincangan hari ini kerana ianya melibatkan kes seorang individu yang memendam rasa kerana dimalukan oleh seseorang hingga menjadikan dirinya tertekan. Komunikasi melalui meta model (the art of asking question) meleraikan satu persatu kekusutan emosi dan mindanya hingga beliau merasa 'lega'. Dengan mengajukan pertanyaan yang tepat kepada seseorang, ianya mampu membuatkan diri seseorang kembali pulih dari aspek 'qalbu, pemikiran, perasaan dan tindakannya'. Disini letaknya peranan ilmu NLP di dalam psikoterapi. Kerana itu ilmu NLP digunapakai di dalam bidang psikoterapi.

'Psikoterapi itu apa Che Qiim ?' Psikoterapi ialah ' rawatan terhadap gangguan jiwa melalui kaedah psikologi dengan mengubah perilaku , fikiran dan emosi sehingga penderita kesakitan mampu untuk menyediakan dirinya sendiri bagi menghadapi masalah kejiwaan tersebut'.  Psikoterapi melalui perspektif Islam ianya dibahagikan kepada 2 bentuk. Sila lihat gambar dibawah.

Siapa tahu anda sakit jiwa (kata Ibnu Qayyim (Psikologis Islam)

'Che Qiim, bila saya lihat tugas saya sebagai pegawai yang dipertanggungjawabkan di dalam urusan hal ehwal pelajar, ianya semakin 'complicated'.'   Tepat sekali. Ianya 'complicated' kerana ilmu ini tidak didedahkan kepada anda seawal anda menjawat jawatan di tempat kerja anda. Dan...ilmu seperti yang anda sedang belajar ini tiada di dalam silibus pendidikan negara. Kan mudah jika silibus seperti ini dipelajari seawal yang mungkin. Mungkin, salah tanggap segelintir orang terhadap ilmu seperti NLP, Hipnoterapi menjadikan ilmu yang baik anugerah illahi ini tidak dimanfaatkan oleh mereka. Sayang seribu kali sayang, jika anda bersikap 'skeptikal' terhadap ilmu seperti ini. BELAJAR DAHULU, BARU BUAT PENILAIAN. BUKAN BUAT PENILAIAN AWAL, BARU NAK BELAJAR. Faham ke faham ?

Kepada mereka yang sedang belajar di dalam kelas ini, anda bertuah kerana sudah memasuki fasa penjernihan semula 23 potensi diri yang Allah anugerahkan pada diri anda. Dan...ianya akan diterjemahkan pada hari terakhir melalui sesi klinikal terapi. Syabas & tahniah buat semua.


'Bila spiritual diri seseorang 'sakit', maka emosi, pemikiran 
dan fizikalnya turut merasai kesakitan tersebut'.

 Perbincangan penuh manfaat

 Menilai tahap kefahaman pelajar kelas NLPt

Ujian Mengenali Kecenderungan Komunikasi Diri

#DAY 2#

[CHt Che Qiim]
NLP Trainer, NFNLP-USA
Master Trainer Hypnotherapy Consultant





Tiada ulasan:

Catat Ulasan