Program WAKAF ilmu
Untuk Alumni KUIS 2016 (CSR)
Assalamualaikum dan salam sukses untuk pengunjung blog ini. Syukur alhamdulillah kerana kalian semua masih lagi bersama kami demi menimba ilmu pembangunan insan abad kini melalui keupayaan ilmu psikologigunaan NLP. Ianya adalah hari yang bermakna buat kami kerana berkesempatan mengembangkan ilmu pengetahuan ini kepada warga alumni KUIS.
Ilmu yang disampaikan ini adalah selari dengan agama dan budaya masyarakat Malaysia. Kupasan ilmu NLPt kali ini lebih menjurus kepada 'bagaimana merawat kesakitan emosi, mental dan jiwa' diri sendiri melalui pendekatan terapi NLP.
"Ilmu yang dikatakan bermanfaat itu adalah
apabila ianya diamalkan serta dikembangkan
kepada masyarakat yang memerlukan"
(CHt Che Qiim)
Di dalam menangani kes-kes berkaitan dengan 'mental dan emosi' diri seseorang, anda selaku terapi NLP profesional perlulah mengetahui serba sedikit ilmu berkaitan dengan psikologi diri manusia. Ianya amat berguna kepada anda di dalam mengendalikan sesi klinikal terapi bersama klien anda.
Psikologi boleh dilihat melalui dua kaca mata yang berbeza. Ianya dinyatakan sepertimana dibawah :-
Psikologi Perspektif
Barat
|
Psikologi Perspektif
Islam
|
Aspek Sumber
|
|
*
Berpandukan akal & pendapat ilmuan semata-mata.
*
Lakukan eksperimen dahulu sebelum hasilkan teori.
*Contoh
; Teori Pavlov
|
*Berpandukan
Al-Quran & Sunnah sebagai sumber utama.
*
Turut merujuk kepada pendapat dan teori yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh
psikologi Islam terawal seperti Ibnu Sina, Imam al-Ghazali, Ibn Rusyd dll.
|
Aspek Subjek Kajian
|
|
*Hanya
menumpukan kepada potensi/nafsu manusia dengan semata-mata melakukan analisis
terhadap perilaku mereka.
|
*Menumpukan
kepada hati (qalb), akal (al-‘aql), potensi (an-nafs) dan nyawa (ar-ruh).
|
Aspek Pendekatan
|
|
*Menumpukan
kepada isu-isu hubungan sesama dan yang berkaitan.
|
*Menumpukan
kepada Hubungan dengan Tuhan (hablum minillah ) dan manusia (an-nas).
|
(Psikologi Islam ; Terapi Mengurus
Emosi Berlandaskan Al-Quran & Sunah)
Nazneen Ismail, 2014
Teknik Membugar 'Outcome' Diri
Selaku Terapis Khidmat Sosial
Secara umumnya, psikologi kemanusiaan konvensional lebih menekankan kepada soal 'pemikiran, emosi dan tindakan'. Manakala, psikologi kemanusiaan perspektif Islam lebih menekankan kepada 'pengurusan qalbu (hati) dan barulah menuju kepada pengurusan pemikiran, emosi dan tindakan seseorang'. Disinilah terletaknya kemampuan seorang ahli terapis nlp profesional untuk memahami peranan disebalik 'qalbu' kliennya.
'Mental Relaxation Theraphy'
Persoalan berkaitan potensi diri manusia yang meliputi 5 panca indera, kekuatan akal (6 fakulti minda sedar), kekuatan disebalik hati (3 penghuni tetap hati), kekuatan kejiwaan diri (7 peringkat nafsu), potensi disebalik roh yang Allah s.w.t berikan kepada manusia, dan juga kekuatan jasad dirungkai secara mendalam di dalam sesi pembelajaran ini. NLPt memberikan penekanan kepada 'rawatan emosi, mental dan kejiwaan' seseorang dengan mengambil kira keseluruhan potensi besar diri manusia. Kerana itu 'design' NLPt tidak sama dengan 'design' pembelajaran NLP biasa.
Kepada rakan yang sedang belajar bermula 25/03/2016 hingga 27/03/2016, teruskan meneroka diri untuk menjadi ahli terapis khidmat sosial Alumni KUIS kepada masyarakat dengan semangat 'KITA SETIA MENDENGAR'.
[CHt Che Qiim]
www.klinikhipnoterapisec.webs.com
www.smartexcelconsultant.weebly.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan