Khamis, 10 Mac 2016

SEMINAR KAUNSELING KEBANGSAAN KE-15

24 orang pembentang seminar 
dari pelbagai latar belakang 
profesional

Salam sukses buat anda semua. Terima kasih kerana setia bersama kami di dalam mengembangkan potensi diri anda melalui teknologi pembangunan diri insan NLP & Hipnoterapi. Syukur alhamdulillah, dikesempatan yang ringkas ini, saya mahu kongsikan sedikit pengalaman ketika berada di dalam Seminar Kaunseling Kebangsaan kali ke 15 baru-baru ini.

Seramai 24 orang pembentang kertas kerja telah melibatkan diri secara aktif bersama peserta seminar. Rata-rata pembentang mempunyai latar belakang yang unik dan tajuk kertas kerja yang dibentangkan pun mempunyai kekuatannya yang tersendiri. 



Antara kertas kerja yang dibentangkan di dalam seminar kali ke 15 ini adalah seperti berikut :-
(1) Therapeutic Art Therapy With Dementia Client ; A Single Case Study (Puan Fairuz Abd Haleem Shah)
(2) Pendekatan Kaunseling Dalam Menangani Masalah Mental Game Pemain Golf. (Dr Zainudin Omar)
(3) Merawat Kemarahan Diri ; Kaedah Hipnoterapi 
(4) Analisis Keterlibatan Belia Dalam Gengterisme Dan Implikasi Kaunseling Keluarga (Edrin Erdawaty, UKM) dan sebagainya.

Alhamdulillah, pihak kami telah selamat membentangkan kertas kerja di bawah tajuk 'Merawat Kemarahan Diri ; Kaedah Hipnoterapi'. Dan... ianya mendapat sambutan yang baik dari kalangan peserta khususnya pelajar kaunseling yang sedang mengambil jurusan kaunseling dan psikologi di universiti tempatan. Kertas kerja yang pihak kami bentang memerlukan pelajar-pelajar universiti tempatan membuat kajian ilmiah secara terperinci terhadap isu kemarahan diri dan bagaimana merawat kemarahan diri melalui perubatan hipnoterapi.

Abstrak Kertas Kerja
Merawat Kemarahan Diri ; Kaedah Hipnoterapi
 
 Antara Peserta Yang Hadir

Antara Pembentang Kertas Kerja Seminar SKK Ke 15

Kepada rakan diluar sana sekiranya anda memerlukan kertas kerja ini, sila hubungi saya ditalian 019-2044036 dan saya berikan secara percuma demi perkembangan sebuah ilmu pengetahuan abad kini.
Jika anda berminat untuk mendalami ilmu ini melalui CERTIFIED ANGER MANAGEMENT; HYPNOTHERAPY, anda boleh daftarkan diri anda  melalui link ini  :-
 

Bagi PROGRAM CERTIFIED ANGER MANAGEMENT yang terkini adalah pada 17 & 18/03/2016 (Khamis & Jumaat) secara ONE TO ONE. Tahniah kepada anda yang telah mendaftar untuk mempelajari ilmu ini secara 'mendalam'.
 
[CHE QIIM]
Klinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant
www.marahsangat.blogspot.com
+6019-2044036

Tiada ulasan:

Catat Ulasan