Pusat Pembelajaran NLP & Hipnoterapi Bertauliah
Smart Excel Consultant
[ Selesa. Mudah . Praktikal ]
Salam sukses buat anda semua. Sesuatu yang mengagumkan kami apabila masih ada insan yang mahu memanfaatkan ilmu anugerah illahi ini. Kelas kecil dan ekslusif ini disediakan kepada mereka yang ingin mendalami ilmu psikologigunaan abad kini (NLP).
Kelas 'Certified NLP Practitioner Versi Malaysia' yang kami berikan kepada anda selaku pelajar mempunyai keunikannya tersendiri. Ianya berlandaskan teori dan praktikal yang telah kami lalui bersama klien yang mendapatkan khidmat klinikal terapi di klinik kami.
'Design' pembelajaran ini adalah menumpukan kepada klinikal psikoterapi. Kerana itu apabila anda keluar dari kelas ini, anda dianugerahkan sijil pembelajaran profesional (Certified Neuro Linguistic Psychotherapy). Dan anda menjadi pengamal psikoterapi nlp yang bertauliah dibawah bimbingan kami. Ianya mempunyai kerjaya masa depan tersendiri dan unik.
CHt Kay sedang mengupas
keupayaan ilmu NLP melalui perspektif agama & budaya
Mungkin juga anda bertanya kepada kami, apakah persijilan ini diiktiraf oleh mana-mana badan di dunia ?
Jawapan yang sederhana diberikan kepada anda adalah, pengiktirafan itu bukan terletak kepada sijil yang anda peroleh namun, ianya terletak kepada sejauhmana anda 'mengamalkannya secara praktikal' di dalam bidang kerjaya dan kehidupan anda. Pusat pembelajaran kami lebih menekankan 'pengamalan' berbanding 'sijil'.
Jika anda seorang ahli perniagaan dan memiliki keupayaan untuk 'helping people' dari aspek merawat 'hati, pemikiran, perasaan dan kelakuannya', apakah nilai yang ada pada diri anda dikaca mata klien anda ? Jika anda seorang pendidik dan mengamali teknik-teknik terapi yang ada di dalam pembelajaran ini, apakah anda dapat membantu meleraikan kekusutan emosi dan mental yang ada pada diri pelajar anda ? Jika anda sebagai seorang jurulatih profesional (tak kisahlah apa bidang pun) dan anda mempunyai kemahiran menolong orang melalui kekuatan berbahasa, apakah yang terjadi pada diri anda ? Bagaimana nilai hidup anda selepas membantu meleraikan keserabutan mental dan emosi diri klien anda ?
Kaedah PETIK dipelajari oleh pengamal psikoterapi nlp
bagi menjawab persoalan
[ Klien : Mengapa Ujian Allah Datang
Tanpa Kerelaan Hati Manusia ?]
Kesemua yang saya 'tanyakan kepada anda ', ianya memerlukan sebuah kemahiran yang mendalam bagi membugar semula 23 potensi diri insan yang tuhan telah ciptakan di dalam diri kita (Ahsani Taqwim). Di dalam psikoterapi konvensional, ianya menekankan kepada perhubungan dengan manusia (hablum minan nas). Namun, psikoterapi perspektif Islam, ianya lebih menekankan kepada perhubungan awal dengan PENCIPTA (Hablum minallah). Apabila seorang ahli psikoterapis merawat kliennya, maka perkara yang utama perlu diberikan tumpuan adalah 'hubungan diri ahli psikoterapis' itu dengan 'penciptanya'.
Perbincangan berkaitan psikoterapi
konvensional & perspektif Islam
Sesi psikoterapi nlp "5-steps forgiveness"
Jika hubungan dirinya (ahli psikoterapis) dengan 'pencipta'nya elok dan dijaga maka insyallah, sesi klinikal terapi yang dijalankan olehnya dapat berjalan dengan lancar. Apa yang saya utarakan ini adalah berdasarkan pengamatan saya ketika berdepan dengan kepelbagaian isu 'keserabutan mental & emosi' klien. Maka terbitlah program pengalaman Neuro Lingusitic Psychotherapy(PNLP) dibawah kendalian kami. Jika kita belajar NLP dan tidak kemballi kepada Sang Pencipta ilmu, maka diri kita mudah tersesat dan jauh dari rahmat Illahi.
Sesi Praktikal "The Art Of Asking Question"
Tahniah kepada mereka yang telah bersama kami dengan pemahaman yang baru terhadap ilmu NLP anugerah Illahi ini. BELAJAR NLP SEIRING AGAMA & BUDAYA.
*UNTUK PENGAMBILAN PELAJAR SETERUSNYA, HUBUNGI TALIAN 019-3897580 (MR KAY) dan 019-2044036 (CHE QIIM).
[CHt Che Qiim]
NLP Trainer, NFNLP-USA
Master Trainer Hypnotherapy Consultant
Clinical NLP & Hypnotherapy
Smart Excel Consultant
www.smartexcelconsultant.weebly.com
019-2044036
Tiada ulasan:
Catat Ulasan