Sabtu, 23 April 2016

TAUBAT PEMUTUS KESENGSARAAN DIRI (COACHING NLP)

"SANGAT MENGUJAKAN"
[ COACHING PANTAS DENGAN NLP]
" WOWWWW!"

Salam sukses buat pembaca blog psikoterapi nlp. Kami amat teruja kerana anda bersama kami untuk membangunkan potensi diri melalui psikologigunaan NLP dan Hipnoterapi. Hari ini saya baru sempat untuk 'update' perkongsian ilmu kepada anda semua. 

"Che Qiim, saya tahu staf bawahan saya sekarang ada masalah dengan suaminya. Apakah boleh ilmu coaching yang kita pelajari ini dapat bantu dirinya keluar dari masalah tersebut?", tanya seorang peserta tatkala diberi peluang untuk terus mengaplikasikan ilmu coaching kepada stafnya.

Jawapan sederhana saya adalah "Boleh. Jika dia mahu di coaching."

Anda pernah dengan ilmu berkaitan coaching ? Bagus. Terima kasih kerana anda pernah mendengar berkaitan ilmu coaching. Kepada yang masih tidak tahu apakah itu ilmu coaching, jom kita fahami serba ringkas berkaitan ilmu coaching.

" Balik dari kelas coaching ini, terus solat sunat taubat "
Kak Nab
Soalan 1: Mengapa "coaching" ?

Jawapan : Kerana ianya PANTAS, CEPAT & BERKESAN.

 Soalan 2 : Apa itu COACHING ?

Jawapan : Coaching adalah....

PROSES INTERAKTIF melalui PENGURUS-PENGURUS / PENYELIA dengan TUJUAN 
SELESAIKAN 'MASALAH PRESTASI' dan 'BINA KEBOLEHAN PEKERJA'.

Coaching juga bererti " BANTU SESEORANG UNTUK MENEMUI..."
(1) Apa yang dia inginkan di dalam kehidupannya ?
(2) Dapatkan sumber kekuatan / daya diri yang diperlukan ?
(3) Sikap 'metal' yang perlu dibangunkan; dan 
(4) Teknik-teknik yang sesuai dalam melaksanakan apa yang diingini oleh mereka.

" Taubat Pemutus Kesengsaraan Diri "

Soalan 3 : Apakah FAEDAH-FAEDAH 'COACHING' ?

Jawapan :
(1) Atasi masalah prestasi diri di tempat kerja.
(2) Bangunkan kemahiran pekerja.
(3) Kurangkan kadar perletakkan jawatan dll.

Soalan 4 : Selama beberapa hari ini, model coaching apakah yang kita gunakan di dalam kelas ini ?

Jawapan : Model coaching NLP , GROW , model kebijaksanaan emosi (Daniel Goleman). Model OSMeT  & Islamic Coaching.

"Ohh. Kalau begitu, kami bersedia untuk belajar dan terus aplikasikannya", kata peserta kursus.

 "Metodologi Coaching NLP"

Lepas aplikasi ilmu ini, tiba-tiba, "Mr Kay, coaching ini mudahkan ? Bagaimana orang yang pernah belajar coaching dengan masa yang panjang namun tak pandai nak buat coaching ? Sedangkan saya baru belajar selama 2 hari ni pun, sudah dapat mengaplikasikannya keatas staf saya. Kesannya WOWWWWWW !", kata salah seorang peserta.

 Agak menarik bilamana mereka dapat mengaplikasikan ilmu coaching NLP ini walaupun dalam masa jangka yang singkat. Amat beruntung kerana keseluruhan peserta dapat model coaching baru yang tercetus di dalam kelas yang 'dihadiri oleh mereka yang kepala gila-gila' . Beeessst sangaaaaaaaatttttt.Pengalaman ini akan saya bukukan secara sistematik untuk mereka yang baru ingin tahu secara asas berkaitan ilmu coaching.

"APAKAH ADA BEZA JIKA ANDA BELAJAR SATU PERKARA DENGAN KOS YANG BESAR, MASA YANG PANJANG. NAMUN, TIDAK BOLEH DI APLIKASI" berbanding.....
"BELAJAR DENGAN KOS YANG PALING MINIMA, Namun...BOLEH TERUS APLIKASI".
 APAKAH ada BEZANYA ? Fikir-fikirkan dan selamat berfikir.


"Kemahiran Asas Coaching NLP"

 " Kak Nab yang sentiasa mahu terus belajar."

"Kemampuan Luar Biasa Untuk Belajar Coaching NLP"
 
[CHt Che Qiim]
019-2044036 

Selasa, 19 April 2016

UJIAN PENTAULIAHAN "CERTIFIED NEURO LINGUISTIC PSYCHOTHERAPY"

  "Psikoterapi NLP Malaysia AMAT MUDAH & PRAKTIKAL"
Salam kecemerlangan untuk para pengunjung blog ini. Tahniah kerana kalian tetap terus bersama kami bagi mempelajari ilmu pengembangan diri peribadi NLP. Ketika anda sedang membaca artikel ini, NLP sedang mengalami saat 'viral' dibibir masyarakat. Ilmu NLP meniti dibibir  pengarah besar organisasi hingga ke pembantu perubatan malah tidak keterlaluan juga saya katakan ilmu NLP menjadi sebutan dikalangan para peniaga pasar malam yang telah menggunakan ilmu ini bagi meningkatkan prestasi kehidupan mereka.
Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang telah menjalani ujian pentauliahan NLP baru-baru ini. Agak mengujakan bagi pelajar kelas kali ini kerana mereka dihidangkan dengan set soalan ujian yang membuat 'kepala mereka berasap'. Pelbagai soalan diajukan kepada mereka khususnya pada segmen pembentangan topik NLP. Rata-rata membentangkan topik mereka dengan cara gaya tersendiri. Kami amat berpuashati kerana kalian benar-benar memahami apa yang kalian pelajari. Yang paling penting adalah ASPEK PENGAMALAN yang WOW!

"Sesi Ujian Pembentangan Topik Psikoterapi NLP"

Saya dan Mr Kay teruja dengan setiap pengalaman yang kalian lalui selama 1 bulan setelah tamat berkursus. Hasil kajian serta dapatan pengalaman bersama klien anda ketika menjalankan sesi klinikal psikoterapi amatlah mahal untuk dibeli dengan wang ringgit. Pengalaman merawat hati, perasaan, pemikiran dan tingkahlaku klien anda membuatkan kami kagum dengan kebolehan kalian semua.  Bagi kami, kalian adalah 'tok bomoh moden' abad kini melalui pendekatan psikologigunaan NLP. Teruskan lagi pembelajaran kalian di dalam bidang profesional ini dengan niat untuk membanggunkan anak bangsa tercinta.

Ilmu NLP ibarat seperti sebilah pisau. Jika digunakan dengan cara yang tepat dan benar mengikut landasan Islam, maka kalian akan mendapat ganjaranNYA di akhirat kelak. Dalam satu 'training' yang baru sahaja saya dan Mr Kay kendalikan, ada seorang peserta datang kepada saya dan bercerita mengenai 'pelbagai jenis ilmu pembangunan diri dia telah pelajari dari pakar-pakar di Malaysia termasuk ilmu NLP. Namun, dirinya merasakan "tidak jejak diatas bumi secara nyata". 

 "Komunikasi Untuk Kemenjadian Insan"

Setelah mendengar penerangan saya secara mendalam berkaitan ilmu NLP melalui sudut pandang agama dan budaya, barulah beliau merasa lega. Jika tidak beliau merasakan bahawa dirinya sudah jauh menyimpang dari agama. Kerana itu, wahai para penuntut ilmu NLP sekalian ! Saya menyeru kepada kalian dari hati kecil ini agar kalian lebih teliti dari aspek pembelajaran NLP. Jangan syok sendiri. Belajar dari youtube. Belajar dari buku. atau belajar dengan mereka yang silap kefahamannya terhadap ilmu yang baik ini. Maka, anda akan tersilap dan terbabas dari jalan pembelajaran yang benar. Anda boleh belajar dengan siapa sahaja anda ingin belajar. Dan...pastikan mereka yang mengajar anda itu 'menyandarkan kembali ilmu yang dipelajari kepada Allah s.w.t". Belajarlah ilmu NLP demi kecemerlangan diri di dunia dan akhirat. Wallahu'alam.

"Ujian amali terapi NLP"


"Tahniah kepada Pak Tam (PLF Coach berbaju merah) . 
Keazaman untuk anda belajar ilmu NLP
membuatkan saya teruja. Sanggup datang dari 
selatan tanah air demi menuntut ilmu. 
Pak Tam punya kepakaran
khusus (Coaching Family Theraphy)"

 "Sdr. kok. Anda punyai semangat juang yang 
tinggi di dalam mengamali ilmu ini. Bunga bahasa anda 
meruntun jiwa. Tahniah"

"Sdri. Siti. Anda mempunyai kemampuan 
untuk merawat perasaan klien. Teruskan usaha profesional anda".

"Sdri. Lela. Profiling & Terapi NLP yang anda lakukan kepada 
pemain bola jaring mengagumkan kami. Tahniah kerana 
pemain bola jaring yang anda terapi itu memenangi 
pertanding tersebut. Profiling diri adalah kekuatan anda."

Jumaat, 8 April 2016

HIDUP TERAMAT INDAH BILA KITA BERBAHASA

" Sayangi yang muda, santuni yang dewasa.
 Hidup amat indah bila kita berbahasa"
[CHt Che Qiim]

Salam sukses buat rakan pengunjung blog ini. Terima kasih kerana bersama saya di dalam menambah nilai kehidupan diri warga Malaysia. Pasti anda ternanti-nanti, apakah topik perbincangan yang bakal saya utarakan kali ini bukan ? 

Pagi tadi, saya dilontarkan dengan satu pertanyaan oleh isteri saya yang berbunyi, "Abang, abang tak mengulas ke isu 'teguran Dr Harlina terhadap seorang' yang sedang viral sekarang ? Ada mana-mana agensi akhbar  yang 'call' abang untuk mendapatkan pandangan berkaitan isu ini ?"

Saya hanya tersenyum sahaja lantas melontarkan kata-kata, "Memang patut Dr Harlina membuat teguran seperti itu kepada peniaga tersebut. Dalam konteks perkhidmatan pelanggan, pelanggan adalah segala-galanya bagi kelangsungan perniagaan yang individu itu usahakan."

Penggunaan dan pemilihan perkataan saat berkomunikasi adalah amat penting. Pemilihan predikad dan ayat yang sesuai dapat membantu perniagaan seseorang berkembang atau menguncup. Dalam konteks antara Dr Harlina dengan pelanggan ini, kita dapat mempelajari beberapa perkara iaitu :-

" Belajar ilmu bagaimana untuk kita menangkap pemikiran dan perasaan 
bakal pelanggan anda. Kalau tak anda juga yang rugi. "

Dari aspek seorang peniaga :

1- Gunakan perkataan yang tepat bila berhubung dengan seseorang. Jika anda tak tahu nak panggil apa, gunakan perkataan seperti Encik / Cik Puan atau paling tak tahu pun bolehlah guna Sdr/i. Kan lebih enak panggilan sebegitu berbanding 'awak'. Jika bakal pelanggan anda sudah membahasakan dirinya dengan panggilan 'Dr', maka sambutlah ia dengan panggilan 'Dr'.

2- Seorang peniaga perlu fahami aspek 'pengaruh ayat' yang digunakan di dalam budaya masyarakat kita di Malaysia. Pengaruh semantik dalam penerapan nilai budi bahasa kita khususnya 'orang melayu-islam' amatlah 'sensitif'. Menggunakan perkataan positif dalam kehidupan para peniaga dapat mengundang rezeki hampir pada para peniaga. Budaya masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu lama, tidak banyak bahasa negatif digunakan di dalam kehidupan harian mereka. Maka, sebagai seorang peniaga anda perlu 'sedar' bagaimana perkataan yang anda gunakan itu boleh mempengaruhi perniagaan anda. Bukan hanya nak jual produk sahaja. (Rujukan buku : Aura Intuisi NLP, 2006 dibawah tajuk Pengaruh Semantik Dalam Penerapan Nilai Budi Bahasa)

Dari aspek seorang  pelanggan :

1- Jika anda sebagai pelanggan, pastikan anda memahami butiran perkataan dan makna disebalik kata-kata yang diungkap oleh peniaga yang menawarkan perkhidmatan kepada anda. Dengan memahami kata-katanya, maka kita berupaya memahami karekter orang tersebut. Kerana...dari kata-kata akan terjelma kelakuan orang tersebut.

2-  Bunga bahasa untuk menegur sang peniaga perlu lebih tersusun kerana ianya melibatkan 'gambaran minda' orang yang menerima teguran tersebut.

Contoh ayat asal dalam isu ini " Kalau boleh, jangan guna perkataan awk (awak ?) bila buat pertanyaan untuk bakal pelanggan ye. Kurang sopan esp.sebab saya ni seorang yang dah berumur 50 thn.Elok kalau guna panggilan 'Puan' @ guna title saya iaitu Dr."

Contoh semantik yang mungkin boleh digunakan :-

" Terima kasih kerana memberikan maklumbalas pada saya. Saya berharap saudari berada di dalam keadaan positif saat ini. Saya sudah menjangkakan bahawa sdri akan memanggil saya dengan perkataan 'awak'. Ianya ok buat diri saya. Adalah lebih ok lagi dalam perbualan kita ini, sdri. memanggil saya 'puan.'. Saya benar-benar mahukan perkhidmatan sdri."
Corak bahasa seperti ini ada diungkap di dalam 'bahasa hipnotik' dan ianya menyentuh 'minda bawah sedar' orang yang membaca pesanan ringkas tersebut.

Saya mempunyai pengalaman seperti ini ketika saya memberikan pesanan ringkas kepada klien bagi mengingatkan tarikh dan masa pembayaran kursus perlu dibuat.  Ringkas ceritanya, 'payment' masuk ke akuan saya selepas 15 minit. KESAN BAHASA HIPNOTIK.

Terlalu banyak manfaat yang kita boleh pelajari dari isu ini. MANFAAT BESAR adalah :

" BAHASA LAMBANG KELAKUAN DIRI KITA". 

TAHNIAH KEPADA DR HARLINA DENGAN PENIAGA INI.
PENIAGA INI JUGA SAYA BERIKAN UCAPAN TAHNIAH 
KERANA DENGAN BERLAKUNYA ISU SEPERTI INI
KITA DAPAT MEMBINA SEMULA JAMBATAN 
KOMUNIKASI MASYARAKAT DENGAN TERPIMPIN.

BUDI BAHASA BUKANLAH SESUATU YANG BARU DI DALAM
DIRI SETIAP INDIVIDU. CUMA IA PERLU DIKEJUTKAN DAN DISEDARKAN 
BAHAWA KINI SUDAH TIBA MASA PERANANNYA DIPERLUKAN.

Salam sayang dari saya untuk semua.

[CHt Che Qiim]
Pakar Klinikal Psikoterapi NLP & 
Hipnoterapi, Smart Excel Consultant

*Artikel ini ditulis berdasarkan kepada pengamatan penulis di dalam bidang Neuro Linguistic Programming (NLP) dan Klinikal Hipnoterapi. Pernah menjadi kolumnis ruangan 'Taakul' bagi Majalah Solusi keluaran 40 hingga 61. Berkecimpung di dalam bidang latihan pembangunan insan sejak 2002 hingga kini. 

Rabu, 6 April 2016

DENDAM ITU SAKIT, MEMAAFKAN ITU INDAH

"Alhamdulillah. Saya rasa lega selepas terapi ini.
Segala kesakitan 'dalaman emosi saya' telah 
lepas keluar dari tubuh saya. Syukur, Alhamdulillah"
Peserta Kursus Sijil Asas NLP 
Salam sukses buat rakan pengunjung blog ini. Tahniah kerana anda tetap terus bersama kami bagi menambah nilai kehidupan anda di dunia dan akhirat. Agak mengujakan pada petang ini, selepas selesai menyampaikan modul ke-6 di dalam siri pembelajaran Sijil Asas NLP bersama peserta, saya didatangi oleh seorang peserta untuk mendapatkan khidmat terapi bagi menyelesaikan isu kesakitan emosinya. Beliau sudah memendam lama perasaan tersebut hingga akhirnya emosi dalaman beliau menjadi tidak keruan dan meletus keluar satu persatu. Selama hampir 15 minit 'rawatan menangani konflik diri beliau' dijalankan secara 'one to one'. Akhirnya, diri beliau telah membuat keputusan yang muktamad terhadap isu yang berlaku pada dirinya. 

Jika anda menjadi seorang ahli terapis NLP profesionaL, apakah bantuan yang anda boleh hulurkan kepada beliau di dalam menangani isu konflik dirinya ? Bagaimana cara anda mahu menangani kes seperti ini bila ianya hadir kepada anda sebagai pengamal nlp bertauliah ? Pasti anda selaku pengamal NLP bertauliah dapat membantu menangani kesakitan emosi klien sepertinya bukan ? 

Seorang pengamal nlp yang cekap membaca 'gambaran minda' kliennya, perlulah menggunakan segenap strategi nlp yang dipelajari oleh dirinya selaku pengamal bertauliah. Anda perlu melihat suasana wajah klien anda saat memulakan sesi terapi kerana melalui suasana wajahnya menggambarkan suasana hatinya. Ahli terapis NLP profesional seperti anda perlu membina hubungan mantap dengan klien agar wujud suasana harmoni ketika menjalankan sesi bersama klien. Kepekaan indrawi adalah penting bagi seorang ahli terapis seperti anda. 

Bagi kes wanita diatas, adalah penting untuk anda selaku ahli terapis profesional mengetahui perkara ini sebelum melakukan 'treatment' mengikis kesakitan emosi dalaman dirinya :-

1- Anda perlu mempunyai 'pengetahuan asas berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh klien kepada anda'. Contoh kes, ' merasa sakit hati terhadap diri seseorang hingga membawa pada dendam'. 
*Apa itu sakiti hati ? 
*Bagaimana dia boleh merasai sakit hati hingga membawa kepada dendam ? dll.
2- Mendengar dengan teliti setiap butiran kata-kata yang diungkap oleh klien anda. Adakala klien anda banyak berselindung disebalik kata-katanya.  Kenal pasti apakah klien anda di dalam mood percakapan 'Visual, Auditori @ Kinestetik'. Ianya memudahkan diri anda selaku terapis di dalam melaksanakan sesi terapi.
3- Pastikan klien tahu apa yang dia mahukan di dalam sesi terapi yang anda jalankan.
4- Menerangkan langkah-langkah yang perlu diketahui oleh klien anda sebelum terapi dijalankan. Nyatakan sekali jenis terapi yang bagaimana dijalankan keatas klien anda. Biar jelas dan senang difahami oleh klien anda. 
5- Bila klien anda sudah bersedia, maka mintalah keizinan dari klien anda untuk menjalankan sesi terapi kepada dirinya. 
"Terima kasih Che Qiim. Saya rasa syukur pada Allah. Sejarah yang pernah berlaku di dalam keluarga saya, hanyalah tinggal sejarah. Saya dapat merasai jalan penyelesaian terhadap isu saya. Kehadiran saya di dalam kursus ini amatlah bermakna buat diri saya. Hati saya terdetik waktu dapat surat untuk hadir kursus ini. Hati saya berkata,' Apa yang best sangat kursus NLP ni ?'. Lepas kawan saya buat 'simple therapy' menggunakan modaliti dan sub-modaliti sebelum makan tengahari tadi..air mata saya sudah tertumpah deras. Saya tak boleh teruskan terapi tersebut. Dan saya perlu jumpa dengan Che Qiim untuk selesaikan isu emosi dalaman saya. Sekarang, saya sudah dapat jawapannya. DENDAM  ITU SAKIT.
MEMAAFKAN ITU INDAH
Tq Che Qiim dan Mr Kay." 

[CHt Che Qiim]
Klinik Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant
www.smartexcelconsultant.weebly.com

Selasa, 5 April 2016

SIJIL ASAS NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)

Salam sukses untuk pengunjung blog ini. Apa khabar kalian semua ? Saya harap kalian berada di dalam keadaan sihat dan dibawah payungan rahmat Illahi. Syukur pada Allah s.w.t kerana hari ini 'team' kami dapat mengembangkan lagi ilmu anugerah illahi bersama mereka yang mahu mempelajari ilmu NLP.

"Che Qiim, boleh ke saya tahu potensi diri saya melalui ilmu NLP?", kata salah seorang peserta petang tadi pada saya. Jawapannya, boleh. Dan...saya mula mengajukan beberapa pertanyaan kepada beliau. Lepas beliau jawab pertanyaan saya, saya memberitahu  potensi diri beliau secara ringkas dan padat melalui 'corak bahasanya'. 

Seni mendengar secara aktif.


Kaedah ini disebut sebagai 'profiling diri disebalik kata-kata'. Beliau agak terkejut dan memberitahu bahawa 'dia baru balik dari program Dr Azizan Osman (DAO) tempoh hari' dan apa yang sedang dilalui di dalam kelas hari ini adalah sama seperti kelas DAO.  Saya senyum dan mengungkap kata-kata ini kepada beliau. 
"Gilap terus potensi diri awak dengan cara awak sendiri. Ianya lebih bermakna buat diri awak". 

Dengan izin Allah, ilmu NLP dapat membantu anda untuk lebih FOKUS kepada APA YANG ANDA MAHUKAN  secara LEBIH SPESIFIK. 

"Che Qiim, apakah ilmu hipnosis ada kaitan dengan ilmu NLP?", tanya seorang peserta lagi. Ya, kedua-dua ilmu ini ada kaitannya tersendiri. Kerana itu, apabila anda mempelajari ilmu NLP secara automatik  anda lebih memahami akan keperluan anda mempelajari hipnosis/hipnoterapi. Saya boleh katakan bahawa kedua-dua ilmu ini adalah tergolong dalam golongan 'ilmu psikologigunaan'. 

Bila anda mahu belajar ilmu NLP, pastikan anda terhindar dari mitos-mitos seperti ini :-

Mitos 1 : NLP boleh bagi kita kaya.
Mitos 2 : NLP ilmu yang mengarut. Kurafat bila belajar ilmu ini.
Mitos 3 : NLP tak ada dalam Islam.
Mitos 4 : Dengan NLP, kita boleh buat apa sahaja.
Mitos 5 : NLP adalah ilmu pukau.
Mitos 6 : NLP tidak syarie

Hello bro & sis, belajar dahulu baru tahu ianya 'syarie' atau 'tidak syarie'. Rasulullah s.a.w adalah bapa nlp tersohor dunia. Baginda lebih banyak menggunakan strategi komunikasi persuasif ketika menyampaikan dakwahnya.  Patutnya kita kena ikut idola kita tatkala berkomunikasi. Namun, ada kalangan kita tak ikut pencontohan yang nabi kita buat pun. Marah-marah anak depan orang ramai. Bercakap tak pandang muka orang. Sering label orang sana-sini. Apakah ini dinamakan 'syarie' ?

Teringat cerita rakan saya pagi tadi sebelum mula mengajar. Beliau cerita pada saya bahawa ada seorang imam ditempat beliau membaca zikir selepas solat dengan nada yang perlahan. Lantas, ada beberapa makmum rasa kurang selesa. Kemudian, selesai solat mereka beredar dari masjid. Salah seorang dari makmum masjid bertanya dalam 'group whatsap'dengan pertanyaan, ' Boleh saya tahu siapa imam yang membaca zikir secara perlahan selepas solat tadi?. Tiba-tiba, ada seorang lelaki menjawab,' Saya imam tersebut. Kenapa ?' . 

Tersentap si penanya tersebut dengan ayat imam itu. Imam yang penuh ilmu seharusnya memberikan layanan komunikasi seperti, ' Ya. Saya adalah imam tersebut. Apa yang boleh saya bantu saudara ?'. Bukankah salah satu tujuan kita hadir ke masjid selain beribadah adalah  untuk perbaiki komunikasi kita dengan para jemaah ? Bukankah seorang imam menjadi 'contoh terbaik' buat ahli jemaahnya ? Jawapan sudah ada pada diri kita.KUALITI IBADAH KITA TERSERLAH MELALUI CARA KITA BERCAKAP. Bukankah elok ilmu NLP ini diterap kepada imam-imam seluruh Malaysia ? Fikirkan dan selamat beramal.

#Day 1-3 :Sijil Asas NLP#
#05-07/04/2016#

[Che Qiim]
Pakar Psikoterapi NLP & Klinikal Hipnoterapi
www.klinikhipnoterapisec.webs.com 
019-2044036
 

Isnin, 4 April 2016

KURSUS MAGNET DIRI USAHAWAN KAEDAH N.L.P

"Selamat beramal kepada peserta semua."
[CHt Che Qiim, NLP Trainner, NFNLP-USA]
www.cheqiim.weebly.com 

Salam sukses buat rakan pengunjung blog ini. Terima kasih saya ucapkan kepada kalian kerana bersama di dalam mengembangkan ilmu Allah s.w.t ini. Ianya memberikan sesuatu yang luar biasa di dalam kehidupan anda. 

"Che Qiim, macam-macam ilmu saya dah pelajari. Namun, saya masih lagi merasa 'terawang-awang'.Saya merasakan diri saya tak jejak di bumi." kata salah seorang peserta kami semalam. Beliau bertemu saya secara personal dan memberitahu apakah yang terjadi pada dirinya selaku usahawan yang telah berkecimpung agak lama di dalam industrinya. 
 
 "Kepala sudah berasap. 
Diasak dengan 18 soalan yang pelik-pelik ?"

Dari riak wajah dan tutur bicaranya, beliau masih belum jelas 'apakah yang beliau mahukan disebalik perniagaan yang diceburinya'. Ibarat naik kereta tanpa hala tuju yang jelas. Kerana itu, ilmu NLP hadir kepada para usahawan bagi memberikan 'penyelesaian' disebalik tabir kegelapan diri seorang usahawan. Apakah ada beza seorang usahawan yang mengamali ilmu NLP dengan yang tidak mengamali ilmu NLP di dalam urusan perniagaannya ? 
 
Ya. Pasti ada bezanya. Beza yang paling ketara adalah 'cara berfikir'. Ada orang berniaga kerana mahu melunaskan hutang piutangnya. Manakala, ada orang pula yang berniaga adalah mahu menambah nilai kehidupan diri dan pelanggannya. Cara mereka bertindak pun berbeza. Maka, hasilnya juga adalah berbeza. Jika anda mahu tahu apa bezanya, tanyalah soalah ini berulang kali pada diri anda :-
 
 "Strategi  menjadikan pelanggan anda
 terhegeh-hegeh mencari anda".

"APAKAH YANG SAYA MAHUKAN SELAKU SEORANG USAHAWAN DI DALAM BIDANG YANG SAYA CEBURI ?".  Soalan ini nampak mudah bukan ? Namun, ianya sukar diterjemahkan secara realiti bagi kebanyakan usahawan. Adakala bila seorang usahawan itu bercakap tentang apa yang dia mahukan terhadap perniagaannya, dia sendiri pun tak jelas apa yang dia mahukan. Jawapannya seringkali 'panjang...panjang...', 'berpusing...pusing'. Bila ditanya beberapa kali 'apa yang dia mahukan', terus 'blurrr'. Kesian usahawan macam ni kan ? Habis ratusan ribu ringgit dalam perniagaan, namun 'tak nampak hasilnya'. 

Prinsip asas nak mula berniaga adalah :-
 
(1) BE YOUR SELF : Jadilah diri sendiri. Bila jadi diri sendiri, senang nak buat 'bisnes' jangka panjang. Pertanyaan sederhana saya pada anda, 'Apakah anda benar-benar sudah berjaya menjadi diri sendiri untuk memulakan perniagaan anda ?. Mungkin anda akan tanya saya, 'Che Qiim kata senanglah. Cuba buat dulu'. Saya dah buat lama dah untuk 'menjadi diri sendiri'.  Bina perniagaan tanpa bantuan 'loan'. Percaya boleh bangunkan perniagaan melalui cara tersendiri.

(2) KNOW 'WHAT YOU WANT ?' : Tahu apa yang anda mahukan bila buat bisnes. Kejelasan matlamat dalam membina perniagaan adalah amat penting buat diri seorang usahawan. FOKUS pada SATU BISNES yang dijalankan sampai JADI. Lepas jadi, biar bisnes sampai MENJADI-JADI. Dan, akhirnya 'BOOM'. Meletup-letup bisnes yang dibuat oleh anda. Tengok sahaja MYDIN, JAKEL. Ada dia buat bisnes lain ? Mereka semua FOKUS terhadap APA YANG MEREKA MAHUKAN secara JANGKA PANJANG.
 
(3) KNOWLEDGE : Anda berniaga dalam bidang pembuatan roti. Apakah anda benar-benar sudah menguasai 'ilmu pembuatan roti' secara mendalam ? atau hanya separuh masak ? Banyak-banyak roti yang anda hasilkan dimanakah roti yang 'killer' dan 'menjadi buah mulut' pelanggan anda ? Jika soalan ini anda dapat jawap, tahniah saya ucapkan pada diri anda. Kerana itu 'ilmu pengetahuan' dalam bidang yang kita ceburi amatlah penting. JANGAN KEDEKUT LABUR DUIT UNTUK MAJUKAN DIRI kerana secara automatik anda sedang majukan perniagaan anda. Faham ke faham ?
 
Perasmian penutup oleh 
Penyelaras Dun & Parlimen Kajang, Selangor

Tahniah kepada peserta yang terlibat. Anda memang hebat. Terdengar satu perbualan yang menyentuh perasaan isteri saya semalam dari seorang peserta ni. Peserta ni kata apa pada kawannya, ' Akak dah set dengan anak nak balik jam 01.00 tengahari kalau kursus ini boring. Namun, menjadi masalah bagi akak dan anak akak adalah 'punggung kami terus melekat kat kerusi dalam dewan ni. Seronok sungguh kursus ni. Nak buang air pun terpaksa ditahan. Kalau terlepas...rugi sangat'. Isteri saya hanya tersenyum sahaja.

[ Ilmu NLP wajib dipelajari oleh usahawan-usahawan...]
 
 [ Kursus paling sempoi ]
 
KAMI JUGA MENYEDIAKAN
KHIDMAT 'COACHING ONE TO ONE' 
UNTUK MEREKA YANG MAHU 
MENCEBURKAN DIRI
DI DALAM DUNIA
PERNIAGAAN.
[ SELF DEVELOPMENT]
+6019-2044036 (CHE QIIM)
+6019-3897580 (MR KAY)