Salam sukses buat pengunjung blog Psikoterapi NLP kami. Kami mengucapkan 'SELAMAT HARI PEKERJA 2016' buat kalian semua. Kepada anda yang bertugas selamat bertugas dengan penuh integriti dan bertanggungjawab. Ingat ! Setiap rezeki yang anda perolehi menjadi darah daging anda dan ahli keluarga anda.
"Che Qiim, saya ingin bertanya pada Che Qiim. Ianya berkaitan dengan 'pertarungan jiwa dalaman saya'. Saya dah lama pendam. Saya dah banyak bertanya ustaz berkaitan apa yang berlaku di dalam jiwa saya. Namun, jawapan mereka masih belum memuaskan hati saya. Macam-macam program saya dah pergi, 'jiwa dalaman saya masih lagi "bertarung". Macamana diri dalaman saya mahu merasa 'tenang' ?, tanya seorang peserta selepas selesai sesi Modul 23 POTENSI INSAN di dalam PROGRAM INSAN (Modul Kekeluargaan) baru-baru ini.
Allahu akhbar. Saya melihar raut wajahnya yang kurang sirna. Kelopak matanya menunjukkan riak untuk menangis. Dan...selang beberapa minit, air matanya mengalir deras membasahi pipinya. Beliau seorang usahawan yang berjiwa kental. Masuk ke kelas kami untuk mendapatkan jawapan disebalik apa yang berlaku pada dirinya. Beliau sudah 'search di google' dan 'mengikuti perkembangan NLP dan Hipnoterapi yang kami kendalikan sejak beberapa tahun lepas'.
Saat itu saya bertanya kepada beliau, "Apakah yang beliau inginkan disebalik 'pertarungan jiwa dalamannya?'. Beliau membalas, 'Saya mahu membuang tabiat buruk saya.'
"Tabiat apa yang awak mahu buang ?", tanya saya lagi.
"Tabiat berkaitan.............".
"Ok. Saya memahami apa yang sedang berlaku pada diri awak. Sebelum awak mahu membuang tabiat tersebut yang menyebabkan pertarungan jiwa dalaman awak, apakah awak mengenali dan memahami 'tabiat' tersebut ?", tanya saya pada beliau.
"Saya mengenali dan memahami tabiat tersebut. Namun, setiap kali saya mahu membuangnya, saya gagal membuang tabiat tersebut. Antara salah satu tujuan saya masuk kelas Che Qiim ni, untuk cari jawapannya. Jawapan untuk tinggalkan tabiat tersebut.", kata beliau sambil mengesat air matanya.
"Baiklah. Jika awak mahu membuang tabiat tersebut, apakah awak tahu, faham dan sedar apakah makna 'membuang' tabiat tersebut pada diri anda ? Membuang dari aspek apa ? Apakah awak mahu membuang tabiat awak dari aspek fizikal (tabiat tersebut) atau dari aspek dalaman (Qalbu, Mental & Emosi) ?"
Beliau senyap dan mula berfikir sejenak. Tiba-tiba beliau berkata, " Che Qiim, kenapa saya perlu tunggu selama 13 tahun untuk meleraikan pertarungan jiwa dalaman saya ini ?"
Jawapannya mudah sahaja, "Kerana apa awak perlu tunggu selama 13 tahun untuk meleraikan pertarungan jiwa dalaman awak ?"
Beliau terus menjawab, "Kerana Allah sayang saya."
"Benar, kerana Allah sayang awak. Ini bermakna Allah tersannnnngaat menyayangi awak. Namun, apakah selama 13 tahun awak menghadapi situasi tersebut, awak tetap menyayangi diri awak atau pernah terfikir mahu bunuh diri, terjun baangunan atau mula mengasingkan diri dari orang lain ?". Beliau senyap dan air matanya terus mengalir.
"Terima kasih Che Qiim. Sekarang, saya sudah dapat jawapannya. Malam ni saya ikuti kelas seterusnya. Membuang segala 'ketidaktenteraman jiwa dalaman saya' . Saya tak sabar nak jalani sesi terapi kejiwaan malam ini. Tq Che Qiim". Beliau meninggalkan dewan kursus dengan wajah dan emosi diri yang baru.
Allahu akhbar. Subhanallah. Terima kasih Allah, kerana ENGKAU telah PERTEMUKAN beliau dengan kelas pembelajaran profesional ini. Bak kata beliau, "Ramai lagi orang diluar sana perlukan terapi kejiwaan seperti ini. Tq Che Qiim, bebanan jiwa saya mulai berkurangan setelah sesi terapi tadi".
BENARLAH KATA-KATA BELIAU ...
"RAMAI LAGI ORANG DILUAR SANA PERLUKAN
TERAPI KEJIWAAN SEPERTI INI.
NAMUN, PERTANYAAN SEDERHANA DARI KAMI...
" APAKAH MEREKA YANG RAMAI DILUAR SANA BERSEDIA
UNTUK MENYUMBANG
SEDIKIT PELABURAN MASA, WANG & TENAGA
UNTUK MERAWAT DIRI DALAMANNYA ?"
SERIBU JAWAPAN BOLEH DIBERIKAN.
NAMUN, JAWAPAN yang DIBERIKAN ITU
KEBANYAKKANNYA ADALAH
"ALASAN" bukan "PENYELESAIAN".
ALASANNYA ADALAH :
"SAYA TIDAK ADA MASALAH"
"SAYA OK SAHAJA"
"MAHAL NAK BUAT RAWATAN"
DAN.......
Fikir-fikirkan dan selamat BERTINDAK.
[CHt Che Qiim]
International Hypnotherapist, IACT-USA
International NLP Trainer, NFNLP-USA
Klinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
www.klinikhipnoterapisec.webs.com
www.smartexcelconsultant.weebly.com
www.nlpmalaysiamudah.blogspot.my
+6019-2044036
Tiada ulasan:
Catat Ulasan