Rabu, 4 Mei 2016

KEMAAFAN DARI HATI UNTUK PERUBAHAN DIRI

"KEMAAFAN DARI HATI UNTUK PERUBAHAN DIRI"
Sumbangan Artikel :
[Sdr. Koko, C.NLPt]
*Perkongsian kisah menarik ketika merawat klien pada 29/04/2016

Apa khabar kalian semua ? Moga kalian sihat hendaknya. Pada tarikh 29/04/2016, saya mendapat satu pengalaman berharga yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Perkongsian ini dibuat agar dapat menyuntik semangat anda semua bagi mendalami bidang pemulihan jiwa abad kini.

Pada hari itu, seperti biasa saya melakukan 'pre induction talk' bersama klien saya. Sesi 'curhat' berlangsung. Seorang nenek memulakan bicaranya dengan baik dan sudah pastinya telinga saya dipinjam sebentar olehnya bagi meluahkan hati kecilnya yang sudah terbungkam lama.

Selesai kronologi 'curhat' dibicarakan kepada saya, maka saya melanjutkan sesi tersebut dengan Terapi Kemaafan (5-steps forgiveness). Sebelum sesi terapi dijalankan kepada nenek ini, satu soalan yang diajukan kepada beliau iaitu "Apakah perkara yang penting di dalam kehidupan anda ?". Saya ulangi soalan tersebut sebanyak tiga kali sambil memberitahu 'klien' akan tips bahawa 'bahasa kejujuran itu amat singkat dan mudah diutarakan di dalam sesi ini'. Dan...akhirnya, nenek itu mengeluarkan kata-kata "Ketenangan" yang beliau inginkan.

Ketika perkataan 'ketenangan' itu diungkap oleh beliau, ianya menjadikan satu tanda tanya pada diri saya lantas saya mengajukan pertanyaan kepada beliau, "Apakah ketenangan yang nenek cakap itu difikiran atau dihati nenek ?".

"Breaking puzzle" berjaya merungkai maksud sebenar dari ketenangan yang diungkap oleh nenek itu melalui kekuatan 'sub-modaliti'. Akhirnya, ketenangan yang nenek itu ingin capai adalah 'ketenangan dihati' bukan difikiran.

Jiwa nenek ini telah dibelenggu dengan perasaan 'dendam kepada arwah suaminya' serta 'kemarahan yang teramat dalam terhadap anak lelakinya yang hanya memiliki sebelah sahaja buah pinggang'. Anak lelakinya seringkali mengungkit-ungkit sesuatu perkara dan banyak melakukan penyeksaan batin terhadap dirinya melalui kata-kata yang merobek perasaan dia sebagai seorang ibu. Ianya sekaligus mengingatkan kembali 'perangai arwah suaminya'.

Kerana dendam dan kebencian inilah, tiada doa dipanjatkan untuk suaminya sehingga suami berada di ambang sakaratul maut.  Dia melihat sendiri bagaimana suaminya meninggal dengan agak terseksa dan mungkin ini adalah balasan  Tuhan pada apa yang pernah suaminya lakukan ke atas dirinya. Kebencian pada anaknya semakin hari semakin bertambah.

Selepas nenek ini meluahkan isi hatinya, dan bersedia untuk menjalani sesi terapi kemaafan, maka saya mulakan sesi tersebut. Tiba-tiba....dipertengahan sesi terapi saya melihat raut wajahnya berubah tenang dan tersenyum sedikit sambil tangan kanannya bergerak dan sedikit bergetar.

Setelah selesai sesi terapi dijalankan, saya pun bertanya, "Apakah yang berlaku pada diri nenek sebelum dan selepas menjalani sesi terapi ?".  Sebelum menjalani sesi terapi, dia merasakan bahawa dia tidak boleh memaafkan arwah suaminya, dan marah pada anaknya serta tidak mahu mendoakan kesejahteraan terhadap suaminya.

Namun, setelah menjalani sesi terapi kemaafan, dia merasakan hatinya sangat lapang. Kepalanya merasa ringan dan terasa sakit di hujung  jari kaki dan tangan. Dia sudah boleh mengikhlaskan diri terhadap perkara yang berlaku pada dirinya dan ketawa dengan kegembiraan  hati yang luar biasa kerana setelah berumur 73 tahun akhirnya dia mampu melakukan kemaafan dari hatinya sendiri. 

Keesokan harinya (selepas sesi terapi), dia memberitahu kepada saya bahawa pada malam tersebut (selepas terapi), dia bermimpi  melihat seorang lelaki berpakaian putih sedang tersenyum kepadanya. Dan...pada waktu pagi anaknya menelefon beliau meminta maaf  dan melafazkan kata-kata baik sambil dia memberitahu anaknya, " Nak...sudahlah. Mari kita berkasih sayang. Mak sudah maafkan kamu nak dan maafkan mak juga ya?".

Ibrah dari sebuah terapi kemaafan yang saya lakukan kepada nenek ini adalah bagaimana hubungan  silaturahim amat penting untuk dibina semula dan ianya perlu melalui proses pembersihan jiwa dalaman. Kemaafan dari hati untuk perubahan diri.

[Sdr. Koko, C.NLPt)
NLP Therapist Malaysia
+6017-2331537

Tiada ulasan:

Catat Ulasan