"Kemurungan yang tidak dirawat mengundang
padah dalam kehidupan harian pesakit."
(14/05/2016)
(14/05/2016)
Salam sukses buat semua pengunjung blog ini. Saya amat menghargai anda kerana bersama kami di dalam merawat jiwa, emosi dan pemikiran diri melalui kaedah Neuro Linguistic Psychotherapy (NLPt) dan Klinikal Hipnoterapi.
Agak menarik kisah hari ini, ketika merawat seorang klien dari sebuah negeri. Beliau hadir bersama isteri dan anak-anaknya tepat jam 10.00 pagi. Sesi klinikal terapi hari ini memberikan tumpuan kepada diri klien yang menganggap dirinya 'gagap bila berkata-kata' dengan orang sehingga dirinya menjadi 'tertekan'. Berpandukan kepada kenyataan bahawa 'klien adalah klien. Kerana mereka telah terputus komunikasinya dengan minda bawah sedarnya', maka sesi klinikal terapi dijalankan keatas klien ini.
Ketika sesi klinikal berlangsung (membuang tekanan yang dihadapi oleh diri klien), secara tiba-tiba badan klien jadi tak tentu arah, berdiri dan terus bersilat. kekuatan diri klien lain macam. Macam orang yang terkena rasukan. Namun, saya sudah dapat menduga apakah yang sebenarnya terjadi pada diri dalaman klien. Beliau menghadapi 'isu kemurungan pada diri' semenjak dari waktu kecil hingga membawa ke alam dewasa. Kemurungan itu juga 'bercampur dengan sesuatu' yang pernah dimiliki oleh arwah atuk beliau.
Bila kita berborak berkaitan isu kemurungan, apakah sebenranya kemurungan ? Apakah tanda-tanda seseorang itu menghidap kemurungan ? Bagaimana untuk menyelesaikan diri individu yang terlibat dengan 'penyakit kemurungan' ?
Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang
melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau
wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa
kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau putus harapan, hilang semangat
untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira.
Kehidupan
dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi
implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu emosi,
individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi
sosialnya. Rawatan 'perubatan' dan bantuan 'psikoterapi' , 'kaunseling'
perlu diberi seawal mungkin kepada mereka yang terlibat dengan kemurungan.
Kemurungan yang tidak dikawal dan dirawat akan memberikan kesan kepada kesihatan SPIRITUAL, EMOSI, MENTAL & FIZIKAL diri.
FAKTOR-FAKTOR KEMURUNGAN
Berdasarkan kepada pengalaman klinik psikoterapi kami mengendalikan kes berkaitan 'ketidakselesaian emosi' dikalangan warga Malaysia, kami mendapati bahawa wujud faktor-faktor menjadikan seseorang itu terjebak dalam kemurungan. Antara faktornya adalah :-
(1) Kehilangan orang yang paling disayangi secara mendadak hingga individu tersebut tidak boleh menerima hakikat kehilangan orang tersayang.
(2) Tekanan rumahtangga (tidak puas hati dengan pasangan hingga memendam rasa).
(3) Tekanan di tempat kerja (majikan & kawan-kawan)
(4) Mahu kehidupan yang dijalaninya dengan cara 'perfect'.
(5) Peristiwa / pengalaman buruk yang pernah menghantui dirinya semenjak kecil hingga terbawa-bawa ke alam dewasa.
(6) Kos sara hidup yang meningkat zaman ini hingga menjadikan sebahagian besar warga Malaysia tidak mampu mengawal pemikiran dan emosinya hingga bertindak membunuh diri dan sebagainya.

Namun, pertanyaan sederhana dari saya untuk anda selaku warga Malaysia,
SEJAUHMANAKAH ANDA SERIUS UNTUK MENANGANI GEJALA DEPRESI INI ?
SEJAUHMANA KESEDARAN WARGA MALAYSIA UNTUK MERAWAT
HATI, EMOSI, PEMIKIRAN DIRI SAAT BERDEPAN DENGAN DEPRESI ?
MAHUKAH WARGA MALAYSIA MENGELUARKAN WANG UNTUK
MERAWAT DIRI DALAMAN YANG SEDANG DILANDA KESAKITAN ?
PILIHAN & KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA.
JANGAN DAH SAMPAI TERUK...
BARU NAK BERTEMU DENGAN PAKAR
YANG TERLIBAT DI DALAM PENGURUSAN TEKANAN & MENTAL.
MUNGKIN...
WAKTU ITU SUDAH TERLAMBAT.
[CHt Che Qiim]
International NLP Trainer, NFNLP-USA
International Hypnotherapist, IACT-USA
*Beliau merupakan klinikal psikoterapi NLP & Hipnoterapi bertauliah
di Klinik Psikoterapi NLP & Hipnoterapi, Smart Excel Consultant
*Beliau juga merupakan pentauliah program Certified NLP Practitioner Di Malaysia.
*Pernah menyumbang artikel di dalam isu MH 370 melalui Bernama.com
"Hipnoterapi Merawat Fear Of Flying".
*Terlibat secara langsung di dalam Segmen Positif Pagi Bersama Che Qiim (Musim 1),
Selamat Pagi Malaysia (RTM, 2015)
www.cheqiim.weebly.com
www.smartexcelconsultant.weebly.com
www.klinikhipnoterapisec.webs.com
Emel : cheqiim@gmail.com
Tel : +6019-2044036
Tiada ulasan:
Catat Ulasan