Sabtu, 21 Mei 2016

PENGAMALAN NEURO LINGUISTIC PSYCHOTHERAPY (NLPt) PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK AKRAB ORGANISASI

"Neuro Linguistic Psychotherapy (NLPt) 
Amat Penting Di Organisasi Malaysia"

PUTRAJAYA , 20/05/2016 : 

"Che Qiim, lepas buat terapi '5-steps forgiveness' tadi, dada saya rasa sesak, ketat dan tiba-tiba hati rasa sayu. Memang macam tu ke bila lepas terapi ?", tanya salah seorang peserta CERTIFIED NEURO LINGUISTIC PSYCHOTHERAPY (NLPt) anjuran bersama Bahagian Sumber Manusia KKLW.

Macam-macam rasa akan dialami oleh mereka yang mengalami kesakitan emosi. Bayangkan bahawa anda membawa dendam kesumat terhadap seseorang hingga ke akhir hayatnya, apakah yang berlaku pada diri anda ? Bayangkan juga bagaimana kehidupan anda di tempat kerja apabila sering dikritik, sering dibuli oleh rakan atau majikan anda, sering diperlekeh dan tidak keterlaluan jika saya katakan anda mungkin juga sering diumpat keji oleh orang sekeliling anda, dan mungkin juga anda diserang oleh pasangan anda ketika di pejabat kerana 'cemburu buta'. Maka, bagaimana perasaan diri anda ? Bagaimana prestasi kerja anda ? Sering datang lewat ke tempat kerja ? Sering 'mengular' ? Punch kad ada, namun...muka orangnya tiada di pejabat. Akhirnya, wujud masalah prestasi kerja dikalangan warga organisasi sehingga memeningkan bahagian pengurusan sumber manusia institusi anda.

 'Sesi pre-therapy dijalankan kepada salah seorang peserta NLPt"

Kerana itu Pengamalan Neuro Linguistic Psychotherapy (NLPt) amat PENTING kepada AHLI AKRAB di Malaysia di dalam membantu meringkan beban yang digalas oleh para kaunselor organisasi Malaysia. Baru-baru ini bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW), Putrajaya telah berlangsung Program Pentauliahan Profesional (Certified NLPt Practitioner) kepada ahli AKRAB KKLW secara SANTAI, SISTEMATIK dan PRAKTIKAL. 

Program pentauliahan ini berlangsung selama 3 hari yang dikendalikan oleh Smart Excel Consultant, selaku pakar perunding di dalam bidang pengurusan tekanan (mental, emosi dan kejiwaan). Tiga hari yang penuh mengujakan ini diberikan kepada peserta bagi membantu kaunselor organisasi untuk menurunkan kadar kes berprestasi rendah dikalangan warga kerja. Pelbagai kes warga kerja diketengahkan dan ianya memerlukan tindakan pantas ahli AKRAB di dalam menangani isu tersebut.

 " Sakit bahu saya setelah melalui sesi terapi ini".

CHt Hj Khaeril Anuar, salah seorang tenaga  pakar di dalam bidang merawat individu yang terjebak dengan LGBT berkata, program pentauliahan NLPt ini adalah program yang pertama di Malaysia dan ianya adalah NILAI TAMBAH yang UNIK buat ahli akrab organisasi. Pelbagai penyakit mental dan kejiwaan ditemui di dalam organisasi berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan kes-kes ketidakselesaian emosi warga kerja. Kebanyakkan warga kerja masa kini memendam perasaan dan tidak tahu kepada siapa mereka mahu dirujuk. Mungkin juga stigma  warga kerja terhadap kaunseling dan rawatan pemulihan emosi dan kejiwaan ini hanyalah kepada orang yang bermasalah. Stigma seperti ini adalah jauh menyimpang dari pengertiaan asal psikologi. Kerana itu wujud perbezaan antara 'mental health' dengan 'mental illness'.


 Sesi praktikal Terapi Pengurusan Konflik & Tekanan

Kenyataan CHt Hj Khaeril disokong oleh Pengasas Klinik Psikoterapi NLP & Hipnoterapi Malaysia, Sdr Mohd Mustaqiim Asmuji. Beliau berkata, "masih ramai dalam kalangan warga kerja organisasi di Malaysia membiarkan emosi mereka menguasai diri sehingga akhirnya 'meletop' bagaikan gunung berapi. Bayangkan, masih ada lagi warga kerja yang buat endah tak endah sahaja berkaitan emosi diri di tempat kerja hingga memendam rasa dengan majikan. Mulut majikan pula bila berkata-kata dengan orang bawahannya, amatlah kurang enak. Begitu juga dengan orang bawahan terhadap majikan mereka. Dimana budi bahasa kita ketika bekerja? Apakah kita bekerja dengan 'robot' atau 'manusia' yang ada emosi ?", ujar beliau selepas mengendalikan modul psikopatalogi & psikoterapi kepada peserta.

Ujian Pentauliahan NLPt Warga Akrab KKLW

 Ujian Pentauliahan NLPt Warga Akrab KKLW

Seramai 46 orang ahli akrab KKLW mengikuti program pengamalan ini. Ianya adalah satu pentauliahan yang bermakna buat para peserta. Keterlibatan mereka amat mengagumkan kami kerana para peserta benar-benar mahu belajar dan menggunakannya secara terus di dalam kerja-kerja sebagai terapis khidmat sosial negara. Peserta didedahkan dengan pengenalan ilmu NLPt dan bagaimana menggunakannya dilapangan kerja harian mereka. Mereka juga didedahkan dengan model pembangunan insan (I-HES) ketika merawat emosi dan pemikiran dalaman klien. Program pengamalan ini berakhir dengan Ujian Pentauliahan NLPt dan para peserta akan menjalani LATIHAN PRAKTIKAL dengan pengawasan dari pihak klinik psikoterapi NLP & Hipnoterapi, Smart Excel Consultant dan Bahagian Sumber Manusia, KKLW.

"KUMPULAN AKRAB KKLW PERTAMA DI MALAYSIA 
YANG DITAULIAHKAN 
CERTIFIED NEURO LINGUISTIC PSYCHOTHERAPY (NLPt)"

[CHt Mohd Mustaqiim Asmuji]
Pengasas NLPt Malaysia
International NLP Trainer, NFNLP-USA
International Hypnotherapy, IACT-USA
www.smartexcelconsultant.weebly.com 
www.klinikhipnoterapisec.webs.com 
Tel : +6019-2044036
Emel : cheqiim@gmail.com
Fb: Like Klinik Hipnoterapi Smart Excel Consultant

Tiada ulasan:

Catat Ulasan