Sabtu, 26 Mac 2016

HEBAT. MANTAP. TIP TOP (DAY 2)


 "Sampaikan walaupun ianya satu ayat"
-WAKAF ilmu hari KE 2
[CHt Che Qiim]
www.che.weebly.com 

Salam sukses, kaya dan berjaya buat rakan pengunjung blog ini. Hari ini sudah memasuki fasa pengajaran Aplikasi Neuro Linguistic Psychotherapy (PNLP Malaysia) bersama para peserta. Dan, pastinya anda tertanya-tanya apakah pembelajaran yang mengujakan mereka semua bukan ? 

Neuro Linguistic Psychotherapy yang dipelajari oleh mereka adalah berkaitan dengan ' bagaimana merawat minda, jasad dan jiwa secara semulajadi melalui pendekataan psikologigunaan abad kini'. Ianya mengabungkan prinsip-prinsip NLP dan Hipnoterapi di dalam kerja-kerja klinikal terapi. 

Psikoterapi diletakkan di bawah cabang 
'terapi minda, jasad & rohani
Kementerian Kesihatan Malaysia
(Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementeri)

Agak menarik perbincangan hari ini kerana ianya melibatkan kes seorang individu yang memendam rasa kerana dimalukan oleh seseorang hingga menjadikan dirinya tertekan. Komunikasi melalui meta model (the art of asking question) meleraikan satu persatu kekusutan emosi dan mindanya hingga beliau merasa 'lega'. Dengan mengajukan pertanyaan yang tepat kepada seseorang, ianya mampu membuatkan diri seseorang kembali pulih dari aspek 'qalbu, pemikiran, perasaan dan tindakannya'. Disini letaknya peranan ilmu NLP di dalam psikoterapi. Kerana itu ilmu NLP digunapakai di dalam bidang psikoterapi.

'Psikoterapi itu apa Che Qiim ?' Psikoterapi ialah ' rawatan terhadap gangguan jiwa melalui kaedah psikologi dengan mengubah perilaku , fikiran dan emosi sehingga penderita kesakitan mampu untuk menyediakan dirinya sendiri bagi menghadapi masalah kejiwaan tersebut'.  Psikoterapi melalui perspektif Islam ianya dibahagikan kepada 2 bentuk. Sila lihat gambar dibawah.

Siapa tahu anda sakit jiwa (kata Ibnu Qayyim (Psikologis Islam)

'Che Qiim, bila saya lihat tugas saya sebagai pegawai yang dipertanggungjawabkan di dalam urusan hal ehwal pelajar, ianya semakin 'complicated'.'   Tepat sekali. Ianya 'complicated' kerana ilmu ini tidak didedahkan kepada anda seawal anda menjawat jawatan di tempat kerja anda. Dan...ilmu seperti yang anda sedang belajar ini tiada di dalam silibus pendidikan negara. Kan mudah jika silibus seperti ini dipelajari seawal yang mungkin. Mungkin, salah tanggap segelintir orang terhadap ilmu seperti NLP, Hipnoterapi menjadikan ilmu yang baik anugerah illahi ini tidak dimanfaatkan oleh mereka. Sayang seribu kali sayang, jika anda bersikap 'skeptikal' terhadap ilmu seperti ini. BELAJAR DAHULU, BARU BUAT PENILAIAN. BUKAN BUAT PENILAIAN AWAL, BARU NAK BELAJAR. Faham ke faham ?

Kepada mereka yang sedang belajar di dalam kelas ini, anda bertuah kerana sudah memasuki fasa penjernihan semula 23 potensi diri yang Allah anugerahkan pada diri anda. Dan...ianya akan diterjemahkan pada hari terakhir melalui sesi klinikal terapi. Syabas & tahniah buat semua.


'Bila spiritual diri seseorang 'sakit', maka emosi, pemikiran 
dan fizikalnya turut merasai kesakitan tersebut'.

 Perbincangan penuh manfaat

 Menilai tahap kefahaman pelajar kelas NLPt

Ujian Mengenali Kecenderungan Komunikasi Diri

#DAY 2#

[CHt Che Qiim]
NLP Trainer, NFNLP-USA
Master Trainer Hypnotherapy Consultant





Jumaat, 25 Mac 2016

APLIKASI NEURO LINGUISTIC PSYCHOTHERAPY (NLPt) UNTUK KESIHATAN MENTAL & EMOSI



Program WAKAF ilmu
 Untuk Alumni KUIS 2016 (CSR)
 
Assalamualaikum dan salam sukses untuk pengunjung blog ini. Syukur alhamdulillah kerana kalian semua masih lagi bersama kami demi menimba ilmu pembangunan insan abad kini melalui keupayaan ilmu psikologigunaan NLP. Ianya adalah hari yang bermakna buat kami kerana berkesempatan mengembangkan ilmu pengetahuan ini kepada warga alumni KUIS. 

Ilmu yang disampaikan ini adalah selari dengan agama dan budaya masyarakat Malaysia. Kupasan ilmu NLPt kali ini lebih menjurus kepada 'bagaimana merawat kesakitan emosi, mental dan jiwa' diri sendiri melalui pendekatan terapi NLP. 

"Ilmu yang dikatakan bermanfaat itu adalah
apabila ianya diamalkan serta dikembangkan 
kepada masyarakat yang memerlukan"
(CHt Che Qiim)

Di dalam menangani kes-kes berkaitan dengan 'mental dan emosi' diri seseorang, anda selaku terapi NLP profesional perlulah mengetahui serba sedikit ilmu berkaitan dengan psikologi diri manusia. Ianya amat berguna kepada anda di dalam mengendalikan sesi klinikal terapi bersama klien anda. 
 
Psikologi boleh dilihat melalui dua kaca mata yang berbeza. Ianya dinyatakan sepertimana dibawah :-
 
Psikologi Perspektif Barat
Psikologi Perspektif Islam

Aspek Sumber

* Berpandukan akal & pendapat ilmuan semata-mata.
* Lakukan eksperimen dahulu sebelum hasilkan teori.
*Contoh ; Teori Pavlov
*Berpandukan Al-Quran & Sunnah sebagai sumber utama.
* Turut merujuk kepada pendapat dan teori yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh psikologi Islam terawal seperti Ibnu Sina, Imam al-Ghazali, Ibn Rusyd dll.
Aspek Subjek Kajian

*Hanya menumpukan kepada potensi/nafsu manusia dengan semata-mata melakukan analisis terhadap perilaku mereka.
*Menumpukan kepada hati (qalb), akal (al-‘aql), potensi (an-nafs) dan nyawa (ar-ruh).

Aspek Pendekatan

*Menumpukan kepada isu-isu hubungan sesama dan yang berkaitan.
*Menumpukan kepada Hubungan dengan Tuhan (hablum minillah ) dan manusia (an-nas).



(Psikologi Islam ; Terapi Mengurus Emosi Berlandaskan Al-Quran & Sunah)
Nazneen Ismail, 2014


 Teknik Membugar 'Outcome' Diri
Selaku Terapis Khidmat Sosial

Secara umumnya, psikologi kemanusiaan  konvensional  lebih menekankan kepada soal 'pemikiran, emosi dan tindakan'. Manakala, psikologi kemanusiaan perspektif Islam lebih menekankan kepada 'pengurusan qalbu (hati) dan barulah menuju kepada pengurusan pemikiran, emosi dan tindakan seseorang'. Disinilah terletaknya kemampuan seorang ahli terapis nlp profesional untuk memahami peranan disebalik 'qalbu' kliennya. 


'Mental Relaxation Theraphy'
 
Persoalan berkaitan potensi diri manusia yang meliputi 5 panca indera, kekuatan akal (6 fakulti minda sedar), kekuatan disebalik hati (3 penghuni tetap hati), kekuatan kejiwaan diri (7 peringkat nafsu), potensi disebalik roh yang Allah s.w.t berikan kepada manusia, dan juga kekuatan jasad dirungkai secara mendalam di dalam sesi pembelajaran ini. NLPt memberikan penekanan kepada 'rawatan emosi, mental dan kejiwaan' seseorang dengan mengambil kira keseluruhan potensi besar diri manusia. Kerana itu 'design' NLPt tidak sama dengan 'design' pembelajaran NLP biasa. 

Kepada rakan yang sedang belajar bermula 25/03/2016 hingga 27/03/2016, teruskan meneroka diri untuk menjadi ahli terapis khidmat sosial Alumni KUIS kepada masyarakat dengan semangat 'KITA SETIA MENDENGAR'.

#DAY 1 : 25/03/2016#

[CHt Che Qiim]
www.klinikhipnoterapisec.webs.com 
www.smartexcelconsultant.weebly.com 

Rabu, 16 Mac 2016

SEKITAR NLP PRACTITIONER MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sukses untuk pengunjung blog ini. Syukur alhamdulillah, program pengamalan nlp practitioner Malaysia buat julung kalinya telah tamat dikendalikan oleh pihak kami. Tahniah kepada mereka yang telah belajar bersama kami dari pelbagai sudut pandang berkaitan ilmu NLP.

Kami membuka peluang dan ruang kepada 1000 orang yang pertama (2016) bagi merebut peluang pembelajaran yang berprestasi tinggi ini dengan nilaian yang munasabah kapada anda. Program seterusnya akan diberitahu kepada anda. Anda boleh menghubungi kami melalui talian 019-2044036 / 019-3897580(Watsap).

SEKITAR PEMBELAJARAN BERSAMA KAMI

Kepala Panas & Berlaku Perubahan Pada Diri ?

Belajar NLP Sebenarnya Belajar FITRAH INSAN

Kaedah PETIK Di Dalam Kehidupan Diri

Kesan Di Sebalik Terapi Dalam NLP

"BELAJAR NLP SEIRING AGAMA & BUDAYA"
 
UNTUK PENGAMBILAN PELAJAR SETERUSNYA,
HUBUNGI KAMI SEKARANG !

019-2044036 (CHE QIIM)
019-3897580 (MR KAY)
 

Isnin, 14 Mac 2016

CERTIFIED NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (PNLP-M'SIA)

Pusat Pembelajaran NLP & Hipnoterapi Bertauliah
Smart Excel Consultant
[ Selesa. Mudah . Praktikal ]

Salam sukses buat anda semua. Sesuatu yang mengagumkan kami apabila masih ada insan yang mahu memanfaatkan ilmu anugerah illahi ini. Kelas kecil dan ekslusif ini disediakan kepada mereka yang ingin mendalami ilmu psikologigunaan abad kini (NLP).

Kelas 'Certified NLP Practitioner Versi Malaysia' yang kami berikan kepada anda selaku pelajar mempunyai keunikannya tersendiri. Ianya berlandaskan teori dan praktikal yang telah kami lalui bersama klien yang mendapatkan khidmat klinikal terapi di klinik kami.

'Design' pembelajaran ini adalah menumpukan kepada klinikal psikoterapi. Kerana itu apabila anda keluar dari kelas ini, anda dianugerahkan sijil pembelajaran profesional (Certified Neuro Linguistic Psychotherapy). Dan anda menjadi pengamal psikoterapi nlp yang bertauliah dibawah bimbingan kami. Ianya mempunyai kerjaya masa depan tersendiri dan unik. 

CHt Kay sedang mengupas 
keupayaan ilmu NLP melalui perspektif agama & budaya

Mungkin juga anda bertanya kepada kami, apakah persijilan ini diiktiraf oleh mana-mana badan di dunia ?
Jawapan yang sederhana diberikan kepada anda adalah, pengiktirafan itu bukan terletak kepada sijil yang anda peroleh namun, ianya terletak kepada sejauhmana anda 'mengamalkannya secara praktikal' di dalam bidang kerjaya dan kehidupan anda. Pusat pembelajaran kami lebih menekankan 'pengamalan' berbanding 'sijil'.
 
Jika anda seorang ahli perniagaan dan memiliki keupayaan untuk 'helping people' dari aspek merawat 'hati, pemikiran, perasaan dan kelakuannya', apakah nilai yang ada pada diri anda dikaca mata klien anda ? Jika anda seorang pendidik dan mengamali teknik-teknik terapi yang ada di dalam pembelajaran ini, apakah anda dapat membantu meleraikan kekusutan emosi dan mental yang ada pada diri pelajar anda ? Jika anda sebagai seorang jurulatih profesional (tak kisahlah apa bidang pun) dan anda mempunyai kemahiran menolong orang melalui kekuatan berbahasa, apakah yang terjadi pada diri anda ? Bagaimana nilai hidup anda selepas membantu meleraikan keserabutan mental dan emosi diri klien anda ?
Kaedah PETIK dipelajari oleh pengamal psikoterapi nlp 
bagi menjawab persoalan
[ Klien : Mengapa Ujian Allah Datang 
Tanpa Kerelaan Hati Manusia ?]

Kesemua yang saya 'tanyakan kepada anda ', ianya memerlukan sebuah kemahiran yang mendalam bagi membugar semula 23 potensi diri insan yang tuhan telah ciptakan di dalam diri kita (Ahsani Taqwim). Di dalam psikoterapi konvensional, ianya menekankan kepada perhubungan dengan manusia (hablum minan nas). Namun, psikoterapi perspektif Islam, ianya lebih menekankan kepada perhubungan awal dengan PENCIPTA (Hablum minallah). Apabila seorang ahli psikoterapis merawat kliennya, maka perkara yang utama perlu diberikan tumpuan adalah 'hubungan diri ahli psikoterapis' itu dengan 'penciptanya'. 
 
 Perbincangan berkaitan psikoterapi
 konvensional & perspektif Islam
 
 
 Sesi psikoterapi nlp "5-steps forgiveness"

Jika hubungan dirinya (ahli psikoterapis)  dengan 'pencipta'nya elok dan dijaga maka insyallah, sesi klinikal terapi yang dijalankan olehnya dapat berjalan dengan lancar. Apa yang saya utarakan ini adalah berdasarkan pengamatan saya ketika berdepan dengan kepelbagaian isu 'keserabutan mental & emosi' klien. Maka terbitlah program pengalaman Neuro Lingusitic Psychotherapy(PNLP) dibawah kendalian kami. Jika kita belajar NLP dan tidak kemballi kepada Sang Pencipta ilmu, maka diri kita mudah tersesat dan jauh dari rahmat Illahi.
Sesi Praktikal "The Art Of Asking Question"

Tahniah kepada mereka yang telah bersama kami dengan pemahaman yang baru terhadap ilmu NLP anugerah Illahi ini. BELAJAR NLP SEIRING AGAMA & BUDAYA.

*UNTUK PENGAMBILAN PELAJAR SETERUSNYA, HUBUNGI TALIAN 019-3897580 (MR KAY) dan 019-2044036 (CHE QIIM).

[CHt Che Qiim]
NLP Trainer, NFNLP-USA
Master Trainer Hypnotherapy Consultant
Clinical NLP & Hypnotherapy
Smart Excel Consultant
www.smartexcelconsultant.weebly.com 
019-2044036

Khamis, 10 Mac 2016

SEMINAR KAUNSELING KEBANGSAAN KE-15

24 orang pembentang seminar 
dari pelbagai latar belakang 
profesional

Salam sukses buat anda semua. Terima kasih kerana setia bersama kami di dalam mengembangkan potensi diri anda melalui teknologi pembangunan diri insan NLP & Hipnoterapi. Syukur alhamdulillah, dikesempatan yang ringkas ini, saya mahu kongsikan sedikit pengalaman ketika berada di dalam Seminar Kaunseling Kebangsaan kali ke 15 baru-baru ini.

Seramai 24 orang pembentang kertas kerja telah melibatkan diri secara aktif bersama peserta seminar. Rata-rata pembentang mempunyai latar belakang yang unik dan tajuk kertas kerja yang dibentangkan pun mempunyai kekuatannya yang tersendiri. 



Antara kertas kerja yang dibentangkan di dalam seminar kali ke 15 ini adalah seperti berikut :-
(1) Therapeutic Art Therapy With Dementia Client ; A Single Case Study (Puan Fairuz Abd Haleem Shah)
(2) Pendekatan Kaunseling Dalam Menangani Masalah Mental Game Pemain Golf. (Dr Zainudin Omar)
(3) Merawat Kemarahan Diri ; Kaedah Hipnoterapi 
(4) Analisis Keterlibatan Belia Dalam Gengterisme Dan Implikasi Kaunseling Keluarga (Edrin Erdawaty, UKM) dan sebagainya.

Alhamdulillah, pihak kami telah selamat membentangkan kertas kerja di bawah tajuk 'Merawat Kemarahan Diri ; Kaedah Hipnoterapi'. Dan... ianya mendapat sambutan yang baik dari kalangan peserta khususnya pelajar kaunseling yang sedang mengambil jurusan kaunseling dan psikologi di universiti tempatan. Kertas kerja yang pihak kami bentang memerlukan pelajar-pelajar universiti tempatan membuat kajian ilmiah secara terperinci terhadap isu kemarahan diri dan bagaimana merawat kemarahan diri melalui perubatan hipnoterapi.

Abstrak Kertas Kerja
Merawat Kemarahan Diri ; Kaedah Hipnoterapi
 
 Antara Peserta Yang Hadir

Antara Pembentang Kertas Kerja Seminar SKK Ke 15

Kepada rakan diluar sana sekiranya anda memerlukan kertas kerja ini, sila hubungi saya ditalian 019-2044036 dan saya berikan secara percuma demi perkembangan sebuah ilmu pengetahuan abad kini.
Jika anda berminat untuk mendalami ilmu ini melalui CERTIFIED ANGER MANAGEMENT; HYPNOTHERAPY, anda boleh daftarkan diri anda  melalui link ini  :-
 

Bagi PROGRAM CERTIFIED ANGER MANAGEMENT yang terkini adalah pada 17 & 18/03/2016 (Khamis & Jumaat) secara ONE TO ONE. Tahniah kepada anda yang telah mendaftar untuk mempelajari ilmu ini secara 'mendalam'.
 
[CHE QIIM]
Klinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant
www.marahsangat.blogspot.com
+6019-2044036