7 IDAMAN MANUSIA?
Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Jumaat yang penuh cemerlang buat pengunjung blog ini. Dah lama tak 'update' penulisan di blog ini kerana kesibukan merawat klien dan membentang beberapa ide latihan yang SEGAR untuk 2017.Moga 2017 latihan sumber daya insan bergerak dengan pantas dan memberikan IMPAK 600% kepada bakal pelajar kami semua.
Ada orang bertanya kepada saya, "Che Qiim, bagaimana kesalahan yang saya lakukan di dunia ini boleh terhapus dengan keizinan Allah s.w.t ?"
Baik. Sebelum saya mengupas secara ringkas dan padat TAJUK PERTAMA ini (TERHAPUS DARI KESALAHAN), maka eloklah kita bincangkan beberapa perkara seperti :-
(a) Apa itu KESALAHAN ?
*Kesalahan adalah "sesuatu perbuatan yang kita lakukan, yang kemudian merugikan diri dan orang lain beserta memberikan kesan negatif kepada orang dan makhluk lain.
(b) Apakah semua kesalahan itu buruk belaka ?
*Kesalahan tidak semuanya buruk. Kesalahan-kesalahan itu memberikan 'PENGALAMAN BESAR KEPADA KITA' dan secara fitrahnya kita lebih cepat MENDAPAT PENGAJARAN dari kesalahan tersebut. KESALAHAN MEMBERIKAN ERTI BAHAWA DIRI KITA MASIH LAGI MEMERLUKAN PERTOLONGAN ALLAH s.w.t untuk 'DIBERSIHKAN LUAR DAN DALAM'.
(c) Apakah KESEDARAN yang kita peroleh dari kesalahan yang kita lakukan ?
* KESEDARAN untuk PERBAIKI DIRI (JANGKA PANJANG) di dunia dan akhirat.
Namun, ada juga jenis manusia yang tetap terus dengan melakukan kesalahan di dalam kehidupannya. Orang seperti ini masih lagi 'teraba-raba' tentang kepentingan dirinya wujud di atas muka bumi ini. Apa yang perlu kita buat bagi menyedarkan orang yang jenis macam ini ? Jawapannya amat mudah iaitu "DOAKAN ALLAH MEMBERIKAN HIDAYAH PADA DIRINYA DAN KEMBALI PADA FITRAH INSANI (SUCI DAN BERSIH). Insyallah, usaha kita melalui doa yang berterusan pasti Allah makbulkan dengan syarat IKHLAS MENDOAKAN INDIVIDU tersebut.
Jadi, bagaimana kesalahan yang individu lakukan di dunia ini boleh terhapus dengan keizinan Allah s.w.t ?
JAWAPANNYA adalah : MOHON ALLAH HAPUSKAN KESALAHAN YANG KITA LAKUKAN melalui DOA kepadaNYA. Doa paling 'simple' dan 'power' adalah ASTAGFIRULLAHA; 'ADZIM. Ucapakan istigfar tiap kali kita berdepan dengan ujian dariNYA. Kerana istigfar itu menghapus kesalahan-kesalahan yang kita lakukan. BERDIALOGLAH kepada ALLAH. ALLAH MAHA PENGAMPUN.
SETIAP MANUSIA MENGINGINKAN AGAR ALLAH S.W.T MENGHAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHANNYA. Untuk itu, Allah s.wt hanya menjanjikan bagi orang-orang bertaqwa .
FIRMAN ALLAH S.W.T BERMAKSUD :
" ITULAH PERINTAH ALLAH YANG DITURUNKAN-NYA KEPADA KAMU, DAN BARANG SIAPA YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH NESCAYA DIA AKAN MENUTUPI KESALAHAN-KESALAHANNYA DAN AKAN MELIPATGANDAKAN PAHALA BAGINYA"
[ Surat Al-Thalaq : ayat 5 ]
Wallahu'alam.
PEDOMAN SIKAP DIRI 1 :
" Dalam hidup ini tiada istilah kegagalan.
Yang ada hanyalah sebuah kegagalan menjadi kejayaan. "
[CHt Che Qiim]
Pentauliah NLP, NFNLP-USA
Klinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant Hypnotherapy Center
Pusat Niaga Batu Caves, Gombak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan