Sabtu, 3 Disember 2016

PENTAULIAHAN PENGAMAL KOMUNIKASI MEMPENGARUHI UNTUK DA'IE


 " KUALITI ANTARABANGSA"

Bismillahirrahmannirrahim.

Salam sukses untuk anda yang mengunjungi web pembelajaran kami yang sentiasa segar di dalam diri anda. Terima kasih kepada organisasi dan individu yang menggunakan kepakaran kami untuk membangun KARAKTER DIRI secara SISTEMATIK. 

Tahniah kepada bumi Brunei kerana menerima kunjungan hormat kami bagi melaksanakan PROGRAM PENTAULIAHAN PENGAMAL KOMUNIKASI MEMPENGARUHI UNTUK PARA DA'IE (PERTAMA DIRANTAU ASIA INI).
LIPUTAN MEDIA PERMATA, BRUNEI

Kalian semua amat menghargai ilmu yang diberikan oleh pihak kami. Dakwah masa kini memerlukan kaedah yang lebih praktikal, sistematik dan berkualiti. Para pendakwah perlu menggunakan 'ilmu psikologigunaan' seperti NLP dan Hipnoterapi di dalam kerja-kerja dakwah. Apabila pendakwah menguasai ilmu psikologi moden abad kini, maka mudah untuk memahami 'apa yang ada di dalam benak pemikiran dan emosi' mad'u sekaligus 'rhubungan rapat' dapat dibina dengan jayanya.

KEPAKARAN KAMI UNTUK KEGUNAAN ANDA.

Pendakwah perlu menyedari bahawa dengan menggunakan pendekatan komunikasi yang lebih persuasif dilapangan dakwah, maka mudah mad'u 'menyerah diri' kepada kita. Pendekatan dakwah 'bil hikmah' itu bukan hanya melalui percakapan, namun melalui 'layanan bahasa tubuh' juga memberikan kesan besar terhadap 'qalbu' mad'u. 

Corak pemikiran pendakwah juga perlu berubah. Corak 'menghukum' tidak lagi sesuai pada zaman kini. Ini kerana semakin pendakwah menghukum mad'u, semakin itu mad'u jauh dari sinar kebahagiaan dan ketenangan yang mereka idamkan. Pelbagai jenis cara berfikir didedahkan kepada pendakwah agar dapat digunakan di dalam komunikasi harian bersama mad'u. 
Pendekatan MUDAH, PRAKTIKAL & SESUAI
 DENGAN REALITI SEMASA

Kaedah penulisan yang persuasif juga didedahkan kepada para pendakwah kerana penulisan menggunakan gaya bahasa pemikiran mad'u lebih mujarab dan terus melekat di dalam 'QALBU' pembaca. Bayangkan, seorang lelaki hadir ke masjid sewaktu hari Jumaat, dan mendengar khutbah menggunakan kaedah psikologigunaan masa kini yang menyentuh kepada KESELURUHAN DERIANYA, apakah yang berlaku di dalam mindanya ?
" Penerangan yang JELAS dari ASPEK ISLAM & BARAT".

Apakah mungkin PERUBAHAN MINDA, HATI & TINGKAHLAKU boleh berlaku pada dirinya dengan IZIN ALLAH S.W.T. ? Banyak pahala kita sebagai sang pendakwah yang berkhutbah dan dapat menyentuh perasaan dalaman mad'u  hingga Allah membuka HIJAB HATINYA. Allahu akhbar. Bagaimana persediaan anda sebagai pendakwah bagi tahun 2017 ? Dah bersedia dengan 'PELBAGAI RAGAM MAD'U' kita ? Jika datang kepada anda seorang mad'u dan berkata, "SAYA MAHU BUNUH DIRI SEKARANG.'SAYA MAHU KELUAR AGAMA SEKARANG !.' Bagaimana anda mengendalikannya secara PERSUASIF?  SELAMAT BERFIKIR.

"INDAHNYA APABILA 
PENDAKWAH BIJAKSANA"

Mufakkir Illahi ;

[ CHt Che Qiim]
Ahli AHPM Berdaftar
Pentauliah NLP, NFNLP-USA (Chapter Malaysia)
Klinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant
+6019-2044036
*Penulis merupakan bekas pegawai unit latihan dan pendidikan Muallaf, PERKIM. Mengendalikan pelbagai kes yang melibatkan golongan muallaf menggunakan pendekatan psikologigunaan NLP & Hipnoterapi. Tugasan terakhir beliau saat bersama PERKIM adalah mengkaji berkaitan ISU PENDIDIKAN ANAK-ANAK MUSLIM PELARIAN ROHINGYA sehingga tertubuhnya PUSAT PENDIDIKAN MUHAJIRIN MUSLIM KANAK-KANAK ROHINGYA yang diletakkan dibawah pemantauan PERKIM. Beliau juga sedia bekerjasama dengan mana-mana badan/organisasi di dalam membangun karakter diri warga Malaysia secara profesional, berkualiti dan sistematik. Pendekatan pembelajaran bersama beliau santai dan praktikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan