Selasa, 18 Oktober 2016

ما هي البرمجة اللغوية العصبية ؟ (NLP)


ما هي البرمجة اللغوية العصبية ؟


19/10/2016 ; Kota Kinabalu 

Salam sukses buat rakan pengunjung blog ini. Alhamdulillah kerana negeri dibawah bayu menerima kehadiran 'team kami' dengan keterbukaan luar biasa. Tahniah buat warga Sabah yang mendalami ilmu 'KEJURUTERAAN INSAN' abad kini bersama kami. Kami amat menghargai masa, wang dan tenaga kalian demi sebuah perubahan diri jangka panjang di dunia dan akhirat.

Ramai yang bertanya pada kami, apakah itu Neuro linguistic programming ? Jom kita belajar sikit NLP dalam bahasa Arab. 

Soalan :

ما هي البرمجة اللغوية العصبية ؟


Apakah itu ilmu NLP ?

Jawapan : 
وهو علم هندسة النفس الانسانية وهو علم هندسة النجاح 
" Ilmu berkaitan kejuruteraan diri insan dan berkaitan "KEJAYAAN' diri kita (manusia).

Apakah itu "Kejuruteraan Diri Insan ?" WOW, KEJURUTERAAN DIRI INSAN ? APA TU ? Anda pernah lihat seorang jurutera ? Bagaimana cara mereka berfikir ?  Bagaimana cara mereka merancang sesuatu perkara sebelum mendirikan suatu bangunan agar bangunan tersebut kukuh dan tidak mudah rebah menyembam bumi ? 

Jika seorang jurutera binaan pun perlu membuat perancangan rapi terhadap sebuah bangunan sebelum didirikan, bagaimana pula dengan 'perancangan diri kita untuk berjaya'? 'Perancangan diri untuk berjaya itulah disebut sebagai "kejuruteraan diri insan untuk MENCAPAI KEJAYAAN (AL-FALAH)". Anda boleh merujuk surah al-mukminun yang menerangkan bagaimana untuk diri kita berjaya di dunia dan akhirat. 

Soalan : 

هل هناك فرق بين علم التنمية البشرية و البرمجة اللغوية العصبية ؟

Apakah ada perbezaan diantara ILMU 'HUMAN DEVELOPMENT' dengan ILMU NLP ?

Jawapan : 

البرمجة اللغوية العصبية NLP

هي علم من ضمن علوم التنمية البشرية

  Human Development

  " NLP adalah ilmu yang terkandung di dalam ILMU SAINS PEMBANGUNAN MANUSIA". 

البرمجة اللغوية العصبية - هو أدق في مفهومه من مصطلح - تنمية بشرية

لأنه يعتمد على فرضيات ونظريات وبطبيعة الحال تقنيات أما التنمية البشرية ما هي إلا تسمية من أجل تعميم العلوم التي تهتم بتطوير وتأهيل و إعادة تأهيل الأفراد ومن هذه العلوم علم البرمجة اللغوية.

" NLP pula adalah sebuah konsep yang tepat terhadap pembangunan diri manusia kerana ianya mempunyai dasar teori dan teknik yang tersendiri secara ilmiah. 

Manakala, pembangunan manusia (human development) adalah  sebuah 'label' untuk pengembangan ilmu pengetahuan di dalam membangun diri dalaman manusia. Dan, diantara cabang ilmu pembangunan manusia adalah Neuro Linguistic Programming (NLP).


Soalan : Apakah FAEDAH NLP kepada ANDA ? 

Jawapan : 

من فوائد البرمجه اللغويه العصبيه 
Antara Faedah NLP ?

تطوير الشخصية: زيادة الثقة بالنفس ، إتقان حسن الاتصال مع ذاتك ومع الآخرين ، إزالة الخوف والمشاعر المؤلمة، تخفيف الألم.


Pembangunan Peribadi : 
meningkatkan keyakinan diri, penguasaan komunikasi yang baik dengan diri sendiri dan dengan orang lain, membuang rasa takut dan emosi yang menyakitkan, melegakan kesakitan.

 تطوير الأداء : تنمية الحوافز للعمل والإنتاج ، تطوير التفكير الإبداعي ، تحسين قدرتك على الخطابة والإلقاء ، رفع مستوى الأداء الرياضي والفني والمهني، معرفة إستراتيجية نجاح وتفوّق ونبوغ الآخرين ومن ثمّ تطبيقها على نفسك.


Pembangunan Prestasi: 
pembangunan insentif untuk bekerja dan pengeluaran, pembangunan pemikiran kreatif, meningkatkan keupayaan anda untuk pidato dan gaya bicara, meningkatkan tahap prestasi sukan, seni dan profesional, pengetahuan kejayaan strategi dan keunggulan diri yang genius.

التربية والتعليم و التدريب: سرعة التعلم والتذكر ، رفع مستوى الأداء للأساتذة والمعلمين .


Pendidikan Dan Latihan: 
Pembelajaran dan ingatan, meningkatkan tahap prestasi pendidik dan guru.

Dan, ketika ini ilmu NLP sedang dipelajari  DI DALAM KELAS NLPt secara mendalam serta keterkaitan dengan 23 POTENSI KEMENJADIAN INSAN. Perbahasan yang sedang berlangsung dan dibentangkan oleh Hj Khaeril Anuar Darus, pentauliah NLP NFNLP-USA ketika ini (12.30pm) adalah BAGAIMANA MERAWAT JIWA INSAN (KHUSUS PENGURUSAN NAFSU DIRI) yang jarang disebut di dalam NLP.

Tahniah kepada pelajar kelas NLPt kami.

Oleh :
[ CHt Che Qiim ]
Associate Member (AHPM) ; 13-AM-055
International NLP Trainer, NFNLP-USA
International Hypnotherapy, IACT-USA
Pengasas 
Klinik Psikoterapi NLP & Hypnotherapy
Smart Excel Consultant

Tiada ulasan:

Catat Ulasan