Selasa, 1 November 2016

REJUVENASI MINDA & EMOSI DIRI CARA NLP ?

KURSUS REJUVENASI 
MINDA & EMOSI DIRI CARA NLP (SIRI KE-5)
[ 31/10/2016 - 03/11/2016 ]


Salam dari Bukit Tinggi. Semoga kalian yang melayari blog ini mendapat rahmat dan lindungan Allah s.w.t. Apakah yang anda fikirkan bila mendengar perkataan 'REJUVENASI' ? Pernahkan anda mendengar perkataan itu ? 

Alhamdulillah, dengan berkat doa pada Illahi, 'team' kami telah diberi mandat untuk mengendalikan KURSUS REJUVENASI MINDA & EMOSI DIRI CARA NLP siri ke-5 bagi sebuah organisasi besar di Malaysia. Terima kasih pada Allah s.w.t, kerana 'team' kami dipilih oleh organisasi tersebut berdasarkan BIDANG KEPAKARAN KHUSUS KAMI dari aspek KLINIKAL. 

"Meremajakan minda dan emosi" pegawai atasan organisasi ini membuatkan 'team kami' mempelajari perkara baru dari mereka. Seramai 20 orang KETUA BALAI organisasi ini yang dipilih bagi mengikuti kursus ekslusif bersama kami. Program ini menjurus kepada HASIL PEMBELAJARAN (OUTCOME)  :-

"Mereka juga dibekalkan teknik & kaedah Al-Quran Demi 
Menyelamatkan Organisasi Dari Isu 
TINGKAHLAKU DEVIAN Dikalangan Pekerja."


1- Tingkat  KEUPAYAAN MEMAHAMI DIRI dan ORANG LAIN. (Psikologigunaan cara NLP).

2-  Tingkatkan KEBOLEHAN MENGURUS DIRI dan ORANG LAIN.

3-  Tingkatkan KEFAHAMAN mengenai TINGKAHLAKU DEVIAN dikalangan ANGGOTA KERJA.

4- Tingkatkan KEUPAYAAN TANGANI KONFLIK DIRI  antara PEKERJA.

5-  Tingkatkan DAYA TAHAN hadapi CABARAN & STRES.

6-  Tuju HIDUP lebih BAHAGIA.

"Tuan-tuan selaku seorang 'bos; di balai organisasi tuan, apakah yang tuan boleh lakukan untuk membantu pegawai bawahan tuan yang 'terjebak dengan tingkahlaku devian' ? Apakah tuan-tuan mahu terus keluarkan surat tunjuk sebab atau tukar pegawai tersebut 24 jam ke unit yang lain ? atau bagaimana ?", tanya kami pada mereka sebentar tadi.


 Bagaimana mengurus tingkahlaku devian 
dikalangan  pekerja organisasi melalui mata hati ?

Tukar orang ke unit lain, apakah sebuah solusi yang tepat ? Mungkin 'tepat' pada waktu itu. Namun, bagaimana pula 'kelakuannya' di unit baharu itu ? Apakah 'berubah' atau bertambah teruk ? BERAPA BANYAK WANG, MASA dan TENAGA ORGANISASI ANDA 'MEMBAZIR' BAGI MENGHADAPI ISU SEPERTI INI ?

PERNAHKAH 'ORGANISASI ANDA' membuat PELABURAN untuk MERAWAT TINGKAHLAKU PEKERJA yang dikategorikan sebagai TINGKAHLAKU DEVIAN ? Berdasarkan pemerhatian kami di dalam bidang klinikal psikoterapi NLP & Hipnoterapi, amat jarang organisasi mahu membuat pelaburan seperti ini.

Dan, jarangggggggggg sangat nak ambil perkhidmatan latihan yang menjurus kepada 'mengurangkan tingkahlaku abnormal di dalam organisasi'. Padahal, WARGA KERJA DI MALAYSIA 'perlukan' rawatan seperti ini di dalam setiap latihan / kursus di jabatan mereka. YA, ALLAH, TEMUKAN KAMI DENGAN ORGANISASI YANG TEPAT UNTUK MENYAMBUT KEPAKARAN KAMI INI DEMI KESEJAHTERAAN MINDA & EMOSI PEKERJA MEREKA.

"Tukar pekerja ke unit lain adalah CARA PEMIKIRAN LAMA. Kerana itu tiada PENYELESAIANNYA. Kita sebagai ketua nak 'pelepas diri' dari mengurus masalah 'staf', maka kita tukar mereka. Sedangkan, ada CARA-CARA yang UNIK untuk MEMBANTU diri staf anda.", ujar saya di dalam kelas ini.

Terima kasih kerana tuan semua mendalami ilmu NLP dengan keunikan tersendiri. Ingat, bahawa 'presenting problem is not real problem' yang berlaku pada 'anak buah tuan'. Mereka juga 'manusia' dan kita semua bekerja dengan 'emosi dan pemikiran mereka'.  Kita  mesti 'meremajakan minda dan emosi kita' dengan ELMU yang BAHARU. Barulah 'anak buah' kita hormati diri kita sebagai seorang ketua.

Gunakanlah STRATEGI yang KALIAN BUAT di dalam KUMPULAN malam tadi (01/11/2016). Bawa balik STRATEGI UNIK itu DEMI MENYELESAIKAN ISU DI BALAI kalian. Insyallah, kami tetap terus membantu kalian dengan CARA-CARA UNIK itu. 

SERONOK BERSAMA KALIAN.
TAHNIAH kerana MEMBERIKAN 
MASA, WANG & TENAGA KALIAN UNTUK
 BELAJAR ELMU INI. 

 "Bajet bukanlah halangan 
utama organisasi anda untuk bersama kami menimba ilmu ILLAHI."
"YAKIN DIRI, TINGKAT PRESTASI ORGANISASI"

www.smartexcelconsultant.weebly.com 

[CHt Che Qiim]
Associate Member (No. AM 13-AM-055)
Persatuan Pengamal Hipnoterapi Malaysia (AHPM)
Pentauliah NLP, NFNLP-USA
International NLP Trainer, NFNLP-USA
International Hypnotherapist, IACT-USA
Personaliti Rancangan 'Positif Pagi Che Qiim', 
Selamat Pagi Malaysia (SPM), 2015
Pengasas Klinik Psikoterapi NLP & Hipnoterapi 
Smart Excel Consultant 
Tel : +6019-2044036 / 019-3897580 (Mr Kay)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan