Sesi Pentauliahan Neurolinguistic Psychotherapy (NLPt)
Smart Excel Consultant Malaysia
Salam sukses, kaya dan berjaya buat rakan pengunjung blog ini. Alhamdulillah, hari ini saya baru sempat untuk 'update' status berkaitan perkembangan NLPt di Malaysia. Kebelakangan ini 'team kami' agak sibuk dengan pelbagai undangan (perkongsian ilmu) berkaitan kesihatan mental dan emosi warga Malaysia. Semalam pun 'dah ada yang MATI lagi kan ?'. Kes 'Bakal Adik Ipar Bunuh Bakal Abang Ipar'. APABILA EMOSI MENGUASAI DIRI...
Kerana itu 'team kami' dengan segala kudrat yang ada, mengembangkan ilmu Neuro Linguistic Psychotherapy (NLPt) untuk WARGA MALAYSIA. Atas KEPERLUAN apa ilmu NLPt ini dipelajari oleh anda ? Atas SATU KEPERLUAN PENTING iatu 'KEPENTINGAN PENJAGAAN AQAL & NYAWA'.
Itulah yang dituntut di dalam ISLAM iaitu PENJAGAAN AQAL & NYAWA.
Pastinya anda tertanya-tanya, apakah perbezaan antara Neurolinguistic Psychotherapy (NLPt) dan Neuro Linguistic Programming (NLP) ?
NLPt dalam meringankan bebanan emosi
yang ditanggung oleh diri seseorang
Neuro linguistic programming adalah sebuah ilmu yang mengkaji berkaitan 'struktur pengalaman diri seseorang (subjective experience ) atau berkaitan dengan 'sikap diri seseorang' yang berjaya (modelling excellence). Pelbagai definisi berkaitan NLP membuatkan ilmu ini semakin hari semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Malaysia.
Manakala, Neurolinguistic Psychotherapy (NLPt) pula adalah sebuah ilmu pengetahuan yang memberikan fokus khusus kepada kemahiran NLP secara PRAKTIKAL di dalam KERJA-KERJA 'PERAWATAN MINDA & EMOSI'.
Ianya melibatkan 3 elemen penting iaitu PENGETAHUAN berkaitan dengan PERUBAHAN (CHANGE), SISTEM & KEMENJADIAN INSAN secara HOLISTIK. NLPt berpaksikan kepada sentuhan TERAPUTIK yang UNIK terhadap KEJIWAAN diri seseorang. NLPt tercetus berdasarkan kepada PENGALAMAN KAMI MERAWAT KETIDAKSEIMBANGAN EMOSI & PEMIKIRAN INDIVIDU. NLPt juga boleh dipanggil sebagai ilmu 'psikologigunaan' dan dikhususkan penggunaanya untuk kegunaan 'teraputik' bersama klien bagi mencapai kesejahteraan minda dan emosi.
Guru yang mengamalkan NLPt pasti berbeza
cara BERFIKIR mereka.
Kedapatan ramai orang diluar sana belajar NLP. Begitu juga pada permulaan 'team kami' belajar NLP. Kami tertanya-tanya, apakah yang kami inginkan bila belajar NLP ? Kami ingin menjadi apa ? Menjadi JURULATIH yang MENGAMALKAN NLP ? Menjadi seorang GURU yang MENGGUNAKAN NLP ketika MENGAJAR ? Menjadi USAHAWAN yang MENGGUNAKAN NLP di dalam PERNIAGAAN ? atau apa ? 'OUTCOME' kami secara JELAS bila BELAJAR NLP adalah 'MENJADI JURULATIH NLP di dalam BIDANG PERAWATAN MINDA & EMOSI'.
Insyallah, kami mengharapkan agar lebih ramai lagi individu yang mendalami NLPt untuk MENJADI TERAPIS KHIDMAT SOSIAL BERTAULIAH bersama kami. Segala informasi lanjut, sila hubungi talian 019-2044036 (Che Qiim) dan Mr K (019-3897580).
Oleh :
[CHt Che Qiim]
International NLP Trainer, NFNLP-USA
International Hypnotherapis, IACT-USA
Associate Member Of Association Of Hypnotherapy Practitioner's Malaysia (AHPM)
Tel : 019-2044036
Tiada ulasan:
Catat Ulasan