Ahad, 19 Jun 2016

PENGAMALAN NLP EDISI RAMADHAN 1437H (SANTAI & BERKESAN)

Hari Pertama
Persijilan Antarabangsa Pengamalan Bertauliah
Neurolinguistic Programming EDISI RAMADHAN 1437 H
(NFNLP-USA)

Dakwah yang berjaya adalah bermula dari kalam seorang pendakwah. Kalam seorang pendakwah perlulah dengan hikmah dan kebijaksanaan mengatur langkah di medan dakwah. Pendakwah perlu tahu 'letak duduk' dirinya bersama masyarakat. Tidak kira apa jua latar belakang pendidikan anda, anda adalah seorang pendakwah. Anda selaku pentadbir organisasi juga boleh disebut sebagai pendakwah. Ini kerana anda menjalankan kerja-kerja membangun insan yang berada di dalam organisasi anda dengan satu matlamat iaitu MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH s.w.t.

 Sesi praktikal "Strategi Pengumpulan Maklumat"

Justeru, dengan satu tekad mahu menyampaikan risalah Illahi melalui Klinik Psikoterapi NLP & Klinikal Hipnoterapi, Smart Excel Consultant mengadakan PROGRAM PENTAULIAHAN NEUROLINGUISTIC PROGRAMMING (NLP EDISI RAMADHAN 1437H) dengan dihadiri oleh beberapa orang jurulatih organisasi.  Program pentauliahan ini dijalankan selama 6 hari secara ONE to ONE dan bertempat di NLP & Hypnotherapy Center, Batu Caves Gombak. 

Pelbagai topik dibincangkan di dalam kelas yang kecil dan berkualiti tinggi ini. Ianya termasuklah bagaimana para pendakwah masa kini perlu menggunakan ilmu NLP di dalam kerja-kerja dakwah lapangan mereka. Antara topik pembelajaran yang disentuh oleh Jurulatih NLP kami adalah seperti berikut :-

(1) Sejarah & latar belakang ilmu NLP dan kaitan dengan ilmu MANTIK, PSIKOLOGI abad kini.
(2) Sikap seorang yang mengamali ilmu NLP.
(3) Persoalan masyarakat terhadap ilmu NLP & Hipnoterapi.
(4) Persediaan diri selaku psikoterapis NLP.
(5) Kemenjadian insan (23 potensi insan yang luar biasa).
(6) Merawat kejiwaaan diri seseorang melalui teknik psikoterapi NLP.
(7) Ilmu asas psikoterapi & jenis-jenisnya (Barat & Islam)
(8) Terapi '5-steps forgiveness'
(9) Terapi 'Merawat Hati Yang Sedih'; dan sebagainya.

 Teknik NLP Merawat Konflik Diri Bersama Peserta

Agak menarik pada sesi terapi 'merawat hati yang sedih' . Kerana apa ianya menarik ? Kerana salah seorang peserta kelas ini mengalami satu situasi kesedihan dimana kucing kesayangannya mati. Ianya meninggalkan kesan yang mendalam pada 'pemikiran bawah sedarnya'. 15 minit terapi merawat hati yang sedih dilakukan kepada dirinya, dan akhirnya diri beliau merasa lega. Lega kerana dapat melepaskan emosi kesedihan yang mengekang dirinya.  Terima kasih Ya Allah, atas anugerah ilmu yang tidak terhingga ini. Insyallah, BERTEMU KITA pada 26/08/2016 untuk PROGRAM PENGAMALAN NLP BERSIJIL dibawah bimbingan kami.

[ PENTAULIAHAN NLP, NFNLP-USA]
TARIKH : 
26-31/08/2016
MASA :
09.00am-06.00pm
TEMPAT :
NLP & HYPNOTHERAPY CENTER,
BATU CAVES, GOMBAK
NORMAL FEE :
RM 3,999
NILAI ISTIMEWA :
RM 2,679
(Local & International Certification) 

DAFTAR SEKARANG !

SILA HUBUNGI :
+6019-2044036 (CHE QIIM)
+6019-3897580 ( MR KAY)

SANTAI & BERKESAN !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan