Isnin, 13 Jun 2016

FIKIRAN ITU APA ?

" Kekuatan Fikiran ; Kemuliaan manusia terletak pada fikirannya."
[ PASCAL ]

"Che Qiim, fikiran itu apa ?", tanya salah seorang peserta di dalam program kami tempoh hari.  
Pastinya anda tertanya-tanya fikiran itu apa ? Apa yang ada di dalam fikiran kita ? Apa pentingnya fikiran pada diri kita ? Bagaimana fikiran kita beroperasi ? Apakah manfaat disebalik fikiran yang ada pada diri kita?

Dalam al-Khawathir, Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi mengatakan, "Fikiran adalah ALAT UKUR YANG DIGUNAKAN OLEH MANUSIA UNTUK MEMILIH SESUATU YANG DINILAI LEBIH BAIK dan LEBIH MENJAMIN MASA DEPAN DIRI & KELUARGANYA."

Dalam psikologi sosial, ilmuan mendefinisikan 'BERFIKIR'  adalah 'bahagian terpenting yang membezakan antara MANUSIA dan BINATANG, serta TUMBUHAN dan BENDA MATI." Dengan berfikir, manusia dapat :-

(1) MEMBEZAKAN ANTARA 'BERMANFAAT' DENGAN 'TIDAK BERMANFAAT'.
(2) MEMBEZAKAN ANTARA 'HALAL' DENGAN 'HARAM'.
(3) MEMBEZAKAN ANTARA 'POSITIF' DENGAN 'NEGATIF'.

Dalam Quwwat at-Tahakkum fi adz-Dzat, kita mengutip kalimah bijak dari seorang ahli falsafah India Kuno,"Hari ini, anda bergantung pada fikiran yang datang pada saat ini. Esok, anda ditentukan oleh ke mana fikiran membawa anda."

Maka, perasaan dan perbuatan kita adalah bermula dari fikiran kita. Apa yang kita fikir itulah yang terjadi. Jika kita fikirkan sesuatu yang negatif, maka hasilnya juga adalah negatif. Setiap hari manusia menghadapi lebih dari 60,000 fikiran. Satu-satunya yang diperlukan oleh sejumlah besar fikiran ini adalah TUJUAN.

Jika tujuan yang ditentukan bersifat negatif, maka sekitar 60,000 fikiran akan keluar dari memori ke arah sana. Jika tujuan fikirannya bersifat positif maka sejumlah fikiran yang sama juga akan keluar dari ruang memori ke arah yang positif itu. 

"80% fikiran manusia bersifat negatif dan berfungsi sebaliknya".
[ 1986, Fakulti Kedoktoran San Francisco ]
 
Hasil penelitian ini memperkuat penyataan bahawa NAFSU CENDERUNG MENYURUH PADA KEBURUKAN (AMMARAH BI AL-SU'). Dengan kiraan yang paling sederhana, 80% dari 60,000 fikiran bererti setiap hari kita memiliki 48,000 FIKIRAN NEGATIF. Ya ke 48,000 FIKIRAN NEGATIF ? Semua itu mempengaruhi PERASAAN, PERILAKU serta PENYAKIT yang MENDERA JIWA & RAGA. 
BERHATI-HATI DALAM MEMILIH FIKIRAN DI BENAK KITA.
 
Dalam al-Quran, Alla swt membezakan antara orang yang berilmu dengan tidak berilmu. Allah s.w.t berfirman yang membawa maksud, " Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ?" (Az-Zumar : 9)
 
MULAKANLAH PERJALANAN HIDUP ANDA DENGAN KEKUATAN FIKIRAN DALAMAN ANDA 
MULAI SEKARANG !
 
[ CHt Che Qiim ]
International NLP Trainer, NFNLP-USA
International Hypnotherapist, IACT-USA
*Penulis adalah pengasas kepada Klinik Psikoterapi & Hipnoterapi Smart Excel Consultant. 
Beliau juga adalah pentauliah NLP di Malaysia dibawah NFNLP-USA. Berkecimpung di dalam industri latihan sumber daya manusia sejak tahun 2002 hingga kini. Telah banyak sesi klinikal terapi yang dijalankan oleh beliau kepada warga Malaysia.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan