Rabu, 29 Jun 2016

MENGENALI NEURO-LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)- PART 1

 SESI PENGAMBILAN PELAJAR 
(NLP PRACTITIONER, NFNLP-USA)
OGOS 2016
DAFTAR SEKARANG ! 
 
Salam Ramadhan 1437H buat rakan pengunjung blog ini. Syukur pada Allah s.w.t kerana hari ini telah memasuki 24 Ramadhan. Bagaimana dengan ibadah puasa kalian pada tahun ini ? Moga ibadah kita semua diterima oleh Allah s.w.t.

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat berkaitan ilmu NLP ? Kerana apa saya mahu berkongsi ilmu ini pada kalian semua ? Kerana bagi menambah NILAI DIRI kalian yang sedang membaca blog ini. Semakin kita berkongsi ilmu, semakin itu luas rezeki kita.

Terlalu banyak definisi mengenai Neuro-Linguistic Programming (NLP). Apakah anda ingin mengetahui definisi yang diberikan oleh pakar-pakar NLP dunia ? Mari kita lihat definisi di bawah :-
"NLP adalah pembelajaran berkaitan 
kecemerlangan dalaman diri INSAN".

(1) NLP adalah "strategi belajar yang amat pantas (accelerate learning strategy)" (John Grinder)
* Ya, setiap orang di atas muka bumi ini perlu memiliki strategi belajar yang amat pantas. Nak miliki strategi belajar dengan amat pantas perlulah berguru dengan pakar di dalam bidang ini.
(2) NLP adalah "sebuah sikap mental & metodologi."( Richard Bandler)
*Ya, setiap orang di atas muka bumi ini tidak kira apa bangsa dan agama, perlu memiliki sikap mental yang TERBAIK di dalam mengemudi kehidupan hariannya. Siapakah individu yang mempunyai sikap mental terbaik di dunia ini ? Jawapannya adalah RASULULLAH S.A.W.
(3) NLP adalah "apa pun  yang boleh menjadikan seseorang itu cemerlang." (Robert Dilts)
*Ya, apa jua perkara yang anda usahakan di atas muka bumi ini dan memberikan HASIL YANG CEMERLANG ianya adalah suatu REZEKI LUAR BIASA dari ALLAH S.W.T. Kecemerlangan tersebut boleh dinikmati oleh orang sekeliling anda. MASIH INGAT LAGI SURAH  AL-MUKMINUN. Kaji bagaimana orang-orang beriman boleh masuk syurga dengan cemerlang. 

 "Che Qiim, bagaimana pula definisi paling mudah dari Che Qiim?", tanya salah seorang peserta program baru-baru ini. Definisi paling mudah untuk difahami oleh anda melalui 'peta minda' saya adalah :-

Sesi pembelajaran NLP yang 
SANTAI & MENDALAM buat pelajar kelas kami.

NEURO : Cara anda BERFIKIR dan mencerap maklumat melalui 5 deria anda.
LINGUISTIC : Cara anda BERKOMUNIKASI yang beri kesan kepada SISTEM SARAF BADAN.
PROGRAMMING : Cara anda SUSUN TINDAKAN untuk mendapatkan APA YANG ANDA MAHUKAN dengan izin Allah s.w.t.

Sejak saya mengenali dan mengamali ilmu NLP pada awal tahun 2007, saya melihat ilmu NLP ini dalam kerangka  'BERORENTASIKAN pada PERUBAHAN'. Perubahan yang dimaksudkan adalah 'perubahan diri dalaman kita'. Apa itu 'perubahan diri dalaman kita' ? Mengapa pentingnya perlu diubah melalui pendekatan psikologi gunaan abad kini ? Bagaimana kita tahu bahawa diri kita memerlukan perubahan ? 

"Perubahan diri dalaman kita" membawa maksud perubahan 'SIKAP, MENTAL, EMOSI DIRI'. Perubahan terhadap ketiga-tiga aspek yang saya nyatakan ini kita boleh lakukan dengan cara melakukan 'intervensi' atau 'programming' terhadap 'apa yang ada di dalam pemikiran kita dengan melalui medium bahasa'. Saya akan membahaskan secara lanjut pada 'part' akan datang.

NLP & TEKNIK PSIKOLOGI LAIN ; BEZAKAH ?

Pertanyaan di atas seringkali diajukan kepada saya di dalam seminar atau bengkel-bengkel yang berorentasikan NLP.  Melalui penulisan Yuliawan di dalam buku 'Neuro-linguistic Programming ; The Art Of Enjoying Life, 2010' berpendapat bahawa ilmu NLP adalah SENI DARI ILMU PSIKOLOGI. Namun, beliau mencatatkan sekurang-kurangnya 5 perkara yang membuatkan ilmu NLP istimewa dan berbeza dengan teknik-teknik psikologi lain iaitu :-

(1) Ilmu NLP dirumuskan berdasarkan proses 'modelling' terhadap orang-orang cemerlang di dalam bidangnya. 
*Ajarilah strategi yang benar dan mereka akan menjadi efektif. (Yuliawan)

(2) Ilmu NLP selalu menggunakan 'sudut pandang holistik' di dalam memahami dan menyelesaikan masalah. 
*Sudut pandang holistik ini melibatkan kesemua 23 potensi diri manusia yang telah disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. 

 (3) Ilmu NLP mempunyai cara yang lebih sistematik untuk membantu kita berubah dengan izin Allah s.w.t.
* Ilmu ini bukan sekadar memberikan tumpuan khusus kepada perilaku diri manusia, malah menambah nilai kepada kemampuan dan kebolehan diri kita, keyakinan & nilai-nilai diri yang baik serta apakah tujuan utama disebalik Allah s.w.t menjadikan diri kita di atas muka bumi ini. Allah tak akan mengubah sesuatu kaum itu, jika kaum itu tidak mengubahnya.
"Dan daripada jalan-jalan untuk perubahan manusia adalah melalui ilmu NLP iaitu
ILMU KEJURUTERAAN DIRI INSAN abad kini".

(4) Ilmu NLP dikenal sebagai 'sebuah pendekatan yang menawarkan hasil akhir (OUTCOME) dengan cepat'.
*Kepada para pengamal NLP yang mengamali terapi NLP secara berterusan (istiqamah), dengan izin Allah s.w.t ianya mampu memberikan penyelesaian kepada masalah kesakitan emosi dan mental diri klien dalam waktu yang amat cepat dan berkesan. Sebagai contoh, teknik 'Terapi Membuang Fobia & Trauma' dapat membantu klien menghilangkan traumatik/ fobia terhadap sesuatu kejadian yang pernah menimpa dirinya. Bertemulah anda dengan pengamal NLP di luar sana untuk dapatkan khidmat membuang trauma, fobia diri anda mulai sekarang.

(5) Pada proses intervensinya, ilmu NLP memberikan fokus kepada STRUKTUR dari PENGALAMAN  dan bukan pada isinya (Content).
* Para pengamal NLP lebih menekankan kepada 'konteks' sesuatu kejadian itu berlaku pada diri klien berbanding 'content kejadian / peristiwa'. NLP tidak meminta klien menceritakan kembali pengalaman traumatik yang dialaminya dan lebih mengajak klien melihat bagaimana secara khususnya pengalaman itu digambarkan dalam fikiran dan perasaan diri klien. Kerana itu peranan NLPer dalam komunikasi bersama klien adalah menumpukan kepada 'STRUKTUR' berbanding 'ISI KANDUNGAN' percakapan klien.

 5 perkara yang saya nyatakan di atas membuatkan NLP ada perbezaan dengan teknik-teknik psikologi lain yang sudah berkembang lama sebelum munculnya NLP. Namun, jangan terlalu cepat membuat 'hukuman' bahawa ilmu NLP terkeluar dari norma-norma / praktik psikologi @ kaunseling kerana ilmu NLP juga adalah sebahagian ilmu psikologi dan diletakkan sebagai 'applied psychology'. 

Kehadiran ilmu NLP perlu disambut baik oleh masyarakat Malaysia. Tidak kira apa jua latar belakang pendidikan anda, ilmu ini dahagakan 'penuntutnya'. Ini kerana ilmu ini dapat digunakan di dalam pelbagai bidang abad kini. Kehadirannya diakui telah banyak membantu perkembangan dunia psikologi masa kini. 


 Pembelajaran NLP dari aspek klinikal
 diberi keutamaan di dalam kelas kami.

Berdasarkan pengalaman kami di Klinik Psikoterapi NLP & Hipnoterapi, Smart Excel Consultant di dalam kerja-kerja merawat kesakitan emosi dan mental warga Malaysia, kami mendapati bahawa teknik-teknik teraputik yang tersedia ada di dalam ilmu NLP mahupun Hipnoterapi telah dapat membantu klien keluar dari masalah yang membelenggu mental, emosi dan kejiwaan mereka.  

Apa pun kejayaan sesuatu rawatan itu juga bergantung kepada tahap 'keyakinan dalaman diri klien'. Kewujudan klinik psikoterapi berasaskan NLP dan Hipnoterapi masih lagi kurang di Malaysia. Ini memerlukan komitmen tinggi dari anda selaku bakal pengamal / pengamal NLP yang benar-benar mahu menambah nilai ke atas masyarakat. Masyarakat kini memerlukan SOLUSI yang PANTAS di dalam meleraikan keserabutan emosi, mental dan jiwa mereka. NLP & Hipnoterapi adalah SOLUSINYA.



 Antara Silibus pembelajaran 'Certified NLP Practitioner' kami.

Nukilan :
[CHt Che Qiim]
International NLP Trainer, NFNLP-USA
International Hypnotherapist, IACT-USA
Pentauliah NLP di Malaysia
Personaliti Rancangan Positif Pagi Bersama Che Qiim, RTM 1, 2015
Pengasas Klinik Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant
Tel : 019-2044036
Emel : cheqiim@gmail.com
Web : www.klinikhipnoterapisec.webs.com 
www.smartexcelconsultant.weebly.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan