Khamis, 22 Disember 2016

NOTA DIRI NLP : 7 IDAMAN MANUSIA ?

7 IDAMAN MANUSIA?

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Jumaat yang penuh cemerlang buat pengunjung blog ini. Dah lama tak 'update' penulisan di blog ini kerana kesibukan merawat klien dan membentang beberapa ide latihan yang SEGAR untuk 2017.Moga 2017 latihan sumber daya insan bergerak dengan pantas dan memberikan  IMPAK 600% kepada bakal pelajar kami semua.

Ada orang bertanya kepada saya, "Che Qiim, bagaimana kesalahan yang saya lakukan di dunia ini boleh terhapus dengan keizinan Allah s.w.t ?"

Baik. Sebelum  saya mengupas secara ringkas dan padat TAJUK PERTAMA ini (TERHAPUS DARI KESALAHAN), maka eloklah kita bincangkan beberapa perkara seperti :-

(a) Apa itu KESALAHAN ?
*Kesalahan adalah "sesuatu perbuatan yang kita lakukan, yang kemudian merugikan diri dan orang lain beserta memberikan kesan negatif kepada orang dan makhluk lain.

(b) Apakah semua kesalahan itu buruk belaka ?
*Kesalahan tidak semuanya buruk. Kesalahan-kesalahan  itu memberikan 'PENGALAMAN BESAR KEPADA KITA' dan secara fitrahnya kita lebih cepat MENDAPAT PENGAJARAN dari kesalahan tersebut. KESALAHAN MEMBERIKAN ERTI BAHAWA DIRI KITA MASIH LAGI MEMERLUKAN PERTOLONGAN ALLAH s.w.t untuk 'DIBERSIHKAN LUAR DAN DALAM'. 

(c) Apakah KESEDARAN yang kita peroleh dari kesalahan yang kita lakukan ?
* KESEDARAN untuk PERBAIKI DIRI (JANGKA PANJANG) di dunia dan akhirat.

 Namun, ada juga jenis manusia yang tetap terus dengan melakukan kesalahan di dalam kehidupannya. Orang seperti ini masih lagi 'teraba-raba' tentang kepentingan dirinya wujud di atas muka bumi ini. Apa yang perlu kita buat bagi menyedarkan orang yang jenis macam ini ? Jawapannya amat mudah iaitu "DOAKAN ALLAH MEMBERIKAN HIDAYAH PADA DIRINYA DAN KEMBALI PADA FITRAH INSANI (SUCI DAN BERSIH). Insyallah, usaha kita melalui doa yang berterusan pasti Allah makbulkan dengan syarat IKHLAS MENDOAKAN INDIVIDU tersebut. 

Jadi, bagaimana kesalahan yang individu lakukan di dunia ini boleh terhapus dengan keizinan Allah s.w.t ?

JAWAPANNYA adalah : MOHON ALLAH HAPUSKAN KESALAHAN YANG KITA LAKUKAN melalui DOA kepadaNYA. Doa paling 'simple' dan 'power' adalah ASTAGFIRULLAHA; 'ADZIM. Ucapakan istigfar tiap kali kita berdepan dengan ujian dariNYA. Kerana istigfar itu menghapus kesalahan-kesalahan yang kita lakukan. BERDIALOGLAH kepada ALLAH. ALLAH MAHA PENGAMPUN.  

SETIAP MANUSIA MENGINGINKAN AGAR ALLAH S.W.T MENGHAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHANNYA. Untuk itu, Allah s.wt hanya menjanjikan bagi orang-orang bertaqwa .
FIRMAN ALLAH S.W.T BERMAKSUD :
" ITULAH PERINTAH ALLAH YANG DITURUNKAN-NYA KEPADA KAMU, DAN BARANG SIAPA YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH NESCAYA DIA AKAN MENUTUPI KESALAHAN-KESALAHANNYA DAN AKAN MELIPATGANDAKAN PAHALA BAGINYA"
[ Surat Al-Thalaq : ayat 5 ]
Wallahu'alam.

PEDOMAN SIKAP DIRI 1 : 
" Dalam hidup ini tiada istilah kegagalan. 
Yang ada hanyalah sebuah kegagalan menjadi kejayaan. " 

[CHt Che Qiim]
Pentauliah NLP, NFNLP-USA
Klinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant Hypnotherapy Center
Pusat Niaga Batu Caves, Gombak
 
 

Sabtu, 3 Disember 2016

PENTAULIAHAN PENGAMAL KOMUNIKASI MEMPENGARUHI UNTUK DA'IE


 " KUALITI ANTARABANGSA"

Bismillahirrahmannirrahim.

Salam sukses untuk anda yang mengunjungi web pembelajaran kami yang sentiasa segar di dalam diri anda. Terima kasih kepada organisasi dan individu yang menggunakan kepakaran kami untuk membangun KARAKTER DIRI secara SISTEMATIK. 

Tahniah kepada bumi Brunei kerana menerima kunjungan hormat kami bagi melaksanakan PROGRAM PENTAULIAHAN PENGAMAL KOMUNIKASI MEMPENGARUHI UNTUK PARA DA'IE (PERTAMA DIRANTAU ASIA INI).
LIPUTAN MEDIA PERMATA, BRUNEI

Kalian semua amat menghargai ilmu yang diberikan oleh pihak kami. Dakwah masa kini memerlukan kaedah yang lebih praktikal, sistematik dan berkualiti. Para pendakwah perlu menggunakan 'ilmu psikologigunaan' seperti NLP dan Hipnoterapi di dalam kerja-kerja dakwah. Apabila pendakwah menguasai ilmu psikologi moden abad kini, maka mudah untuk memahami 'apa yang ada di dalam benak pemikiran dan emosi' mad'u sekaligus 'rhubungan rapat' dapat dibina dengan jayanya.

KEPAKARAN KAMI UNTUK KEGUNAAN ANDA.

Pendakwah perlu menyedari bahawa dengan menggunakan pendekatan komunikasi yang lebih persuasif dilapangan dakwah, maka mudah mad'u 'menyerah diri' kepada kita. Pendekatan dakwah 'bil hikmah' itu bukan hanya melalui percakapan, namun melalui 'layanan bahasa tubuh' juga memberikan kesan besar terhadap 'qalbu' mad'u. 

Corak pemikiran pendakwah juga perlu berubah. Corak 'menghukum' tidak lagi sesuai pada zaman kini. Ini kerana semakin pendakwah menghukum mad'u, semakin itu mad'u jauh dari sinar kebahagiaan dan ketenangan yang mereka idamkan. Pelbagai jenis cara berfikir didedahkan kepada pendakwah agar dapat digunakan di dalam komunikasi harian bersama mad'u. 
Pendekatan MUDAH, PRAKTIKAL & SESUAI
 DENGAN REALITI SEMASA

Kaedah penulisan yang persuasif juga didedahkan kepada para pendakwah kerana penulisan menggunakan gaya bahasa pemikiran mad'u lebih mujarab dan terus melekat di dalam 'QALBU' pembaca. Bayangkan, seorang lelaki hadir ke masjid sewaktu hari Jumaat, dan mendengar khutbah menggunakan kaedah psikologigunaan masa kini yang menyentuh kepada KESELURUHAN DERIANYA, apakah yang berlaku di dalam mindanya ?
" Penerangan yang JELAS dari ASPEK ISLAM & BARAT".

Apakah mungkin PERUBAHAN MINDA, HATI & TINGKAHLAKU boleh berlaku pada dirinya dengan IZIN ALLAH S.W.T. ? Banyak pahala kita sebagai sang pendakwah yang berkhutbah dan dapat menyentuh perasaan dalaman mad'u  hingga Allah membuka HIJAB HATINYA. Allahu akhbar. Bagaimana persediaan anda sebagai pendakwah bagi tahun 2017 ? Dah bersedia dengan 'PELBAGAI RAGAM MAD'U' kita ? Jika datang kepada anda seorang mad'u dan berkata, "SAYA MAHU BUNUH DIRI SEKARANG.'SAYA MAHU KELUAR AGAMA SEKARANG !.' Bagaimana anda mengendalikannya secara PERSUASIF?  SELAMAT BERFIKIR.

"INDAHNYA APABILA 
PENDAKWAH BIJAKSANA"

Mufakkir Illahi ;

[ CHt Che Qiim]
Ahli AHPM Berdaftar
Pentauliah NLP, NFNLP-USA (Chapter Malaysia)
Klinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant
+6019-2044036
*Penulis merupakan bekas pegawai unit latihan dan pendidikan Muallaf, PERKIM. Mengendalikan pelbagai kes yang melibatkan golongan muallaf menggunakan pendekatan psikologigunaan NLP & Hipnoterapi. Tugasan terakhir beliau saat bersama PERKIM adalah mengkaji berkaitan ISU PENDIDIKAN ANAK-ANAK MUSLIM PELARIAN ROHINGYA sehingga tertubuhnya PUSAT PENDIDIKAN MUHAJIRIN MUSLIM KANAK-KANAK ROHINGYA yang diletakkan dibawah pemantauan PERKIM. Beliau juga sedia bekerjasama dengan mana-mana badan/organisasi di dalam membangun karakter diri warga Malaysia secara profesional, berkualiti dan sistematik. Pendekatan pembelajaran bersama beliau santai dan praktikal.