"Che Qiim, bantu saya. Saya mengalami fobia sosial."
Salam sukses, kaya dan berjaya buat rakan pengunjung blog ini. Terima kasih atas kepercayaan kalian bersama kami di dalam siri pembangunan INSAN melalui KAEDAH NLP & HIPNOTERAPI. Alhamdulillah, penggunaan NLP saat ini diterima dengan positif oleh masyarakat Malaysia. Di mana jua kita berada, telah lahir ramai PENGAMAL NLP yang boleh membantu kalian untuk MERAWAT KESAKITAN EMOSI & MENTAL warga kita di Malaysia. Ianya adalah satu perkembangan dan persaingan positif di dalam bidang pembangunan insan abad kini.
Satu hari, telefon saya dihujani dengan 'whatsap' oleh seorang individu yang mahu mendapatkan khidmat 'membuang fobia sosialnya'. Beliau hadir ke klinik kami untuk mendapatkan sesi rawatan tersebut. Sesi rawatan bersama beliau berlangsung selama 2 jam. Beliau menceritakan bagaimana dia 'terkena sosial fobia' dan apakah perasaan yang beliau alami selama mana mengalami sosial fobia tersebut.
Mungkin anda tertanya-tanya, apakah itu SOSIAL FOBIA ? Sosial fobia adalah "satu ketakutan yang mempunyai makna dan terus menerus atas satu atau lebih situasi sosial atau perbuatan / penampilan (performance) ketika orang tersebut berdepan dengan orang yang tak dikenali / dikenali oleh dirinya".
Gambarajah berkaitan isu sosial fobia.
Sebenarnya, dalam kes menghadapi sosial fobia ini, individu yang terkena 'sosial fobia' perlu mempunyai ilmu berkawan dengan fobia tersebut, mengetahui selok belok fobia dialami dan akhirnya menerima keadaan yang dihadapi dengan penuh SABAR & TENANG. Bila menerima dengan keadaan SABAR & TENANG, kan mudah untuk 'mengatasi sosial fobia' tersebut.
"Presenting problem is not real problem". Itulah yang berlaku pada individu tersebut saat saya merawat beliau. Isu sebenar bukanlah 'sosial fobia'. Ianya lebih kepada ISU KEYAKINAN DALAMAN DIRI pada DIRI SENDIRI bila BERDEPAN dengan SITUASI BERADA DI KHALAYAK RAMAI. Alhamdulillah, dengan izin Allah, beliau dapat menerima keadaan yang terjadi pada dirinya dan boleh mengatasi isu sebenar tentang dirinya melalui KAEDAH NLP & HIPNOTERAPI.
Kepada mereka yang mengalami masalah fobia / ketakutan teramat sangat pada sesuatu perkara, adalah disarankan agar kalian bertemu dengan PENGAMAL NLP yang BERTAULIAH (KLINIKAL) di MALAYSIA. Anda boleh membuat carian melalui 'pakcik google' anda. Salam hormat dari saya untuk anda semua.
[CHt Che Qiim]
+6019-2044036
Tiada ulasan:
Catat Ulasan