Ahad, 14 Ogos 2016

SIRI NLP EKSLUSIF : "JANTUNG BERFIKIR ?"

'Pedagogy Of HEART (JANTUNG)'

Assalamualaikum wbt. Salam sukses, kaya dan berjaya buat rakan pengunjung blog ini. Terima kasih kerana tetap terus bersama kami bagi mempelajari serta mengembangkan ilmu Illahi ini. Jarang sekali orang yang mempunyai ilmu seperti ini mahu berkongsi SESUATU yang MENAMBAH NILAI DIRI anda selaku seorang INSAN di atas muka bumi ini. 

Namun, jangan terlalu cepat mempercayai apa yang saya katakan sebentar tadi kerana masih ada lagi 'otai-otai dalam bidang ini' mahu berkongsi maklumat pembelajaran kepada anda. Pertanyaan sederhana dari saya adalah, " APAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK BERGURU DENGAN OTAI-OTAI INI ?". Prinsip seorang GURU TIDAK AKAN SAMA SEKALI MENCARI ANAK MURIDNYA. Apabila GURU telah SIAP SEDIA untuk MENURUNKAN ILMUNYA, DIMANA PULA BAKAL ANAK MURIDNYA ? KEPUTUSAN untuk ANDA bertemu GURU tersebut, adalah DIATAS KEHENDAK DALAMAN DIRI anda. Jika JANTUNG anda BERFIKIR untuk TAMBAH ILMU, maka PASTI BERTEMU GURU yang TEPAT dan BENAR dalam PENYAMPAIAN ILMUNYA.

Jantung boleh berfikir ? Pertama kali mendengar JANTUNG BERFIKIR ? Betul ke ni ? Kan selalunya kita mendengar dari corong mulut kita bahawa yang BERFIKIR adalah MINDA. Mana mungkin JANTUNG boleh BERFIKIR. Mustahil dan hampir mustahil. Betul ke JANTUNG BERFIKIR ?
 
Melalui pengamatan ilmu NLP mutakhir ini (perspektif Islam), hakikat sebenar anggota tubuh badan dalaman kita yang mampu dan kuat BERFIKIR adalah  JANTUNG. Jom kita telusuri KISAH SONNY GRAHAM yang dipetik dari DAILY MAIL bertarikh 10 APRIL 2008. Kisah yang saya coretkan ini mempunyai FAKTA KUKUH dan telah dibentangkan di dalam pembentangan perunding INSAN Selangor selaku KONSULTAN TERBAIK INSAN KEKELUARGAAN NEGERI SELANGOR 2016.

Kisah ini adalah sebuah kisah pemindahan jantung yang dijalankan 12 tahun yang lalu di sebuah hospital di Amerika Syarikat.  Pesakit ini bernama Sonny Graham. Beliau adalah seorang yang amat baik serta hidup dalam keadaan keluarga yang penuh disiplin. Beliau mudah membantu orang dan masyarakat apabila pertolongannya diperlukan. 

 Memahami semula ISTILAH HATI kerana
dari HATI(JANTUNG) bermula SEGALA-GALANYA.
[Mr Kay, NLP Trainer NFNLP-USA]
Master Syariah UKM


Graham menerima jantung seorang pemuda yang meninggal kerana membunuh diri.  Pemindahan jantung itu berjaya dan kesihatan beliau semakin hari semakin pulih. Apabila sembuh, beliau mahu bertemu dengan waris pemuda tersebut untuk mengucapkaan terima kasih atas pemindahan jantung tersebut. 
 
Beliau bertemu dengan balu pemuda yang mati bunuh diri itu. Pertemuan Graham dengan balu tersebut membuahkan bibit-bibit cinta. Beliau jatuh cinta dengan balu tersebut dan berkahwin dengannya. Graham merasakan bahawa dia sudah lama mengenali balu itu. Selepas berkahwin, mereka hidup mewah di sebuah banglo mewah.


Satu perkara yang amat ganjil berlaku pada diri Graham selepas berkahwin. Daripada sifat lemah lembut sebelum pemindahan jantung, beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat termasuklah isterinya. Menurut isterinya, perangai Graham sama seperti perangai bekas suaminya yang telah meninggal dunia. Graham benar-benar berubah 360▫. Beliau jadi pembengis dan tidak bertimbang rasa.

Akhirnya, beliau mengambil pistol dan membunuh diri sendiri sama seperti yang pernah dilakukan oleh pemuda penderma jantungnya itu. Lalu matilah Graham dalam keadaan yang sama dengan penderma jantungnya itu.

Terapi Kejiwaan Di Terapkan Di Dalam 
Proses Kemenjadian INSAN (Ibu Bapa)


Kes diatas menjadikan para ahli sains psikoanalisis  berasa takjub apabila mengkaji kes ini. Pelbagai persoalan timbul dibenak pemikiran mereka. Apakah peristiwa ini berlaku secara kebetulan dengan peristiwa penderma jantungnya dahulu ? atau kedua-dua peristiwa ini ada kaitannya. Apakah jantung mempunyai sel memori yang masih merakamkan pita penderma asalnya lalu dipindahkan kepada penerima jantung baru ?

Berdasarkan fahaman positivisme barat, jantung hanyalah satu organ biasa yang tidak berfungsi untuk berfikir  atau mempunyai sebarang peranan dengan ingatan. Apakah fahaman ini benar ? Bagaimana dengan kata-kata kalamullah untuk kita sebagai ibu bapa, pasangan yang melayari rumahtangga merenungi sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud :-

“Apakah mereka tidak berjalan pada permukaan bumi lalu menjadikan jantung-hati mereka berfikir (Qulubun Ya’qilun) dengannya, atau telinga mereka mendengar dengannya. Maka sesungguhnya, bukanlah penglihatan mereka yang buta akan tetapi yang buta ialah hati mereka yang berada di dada. (Ta’mal qulubullati fissudur) ( Al-Hajj :46)

Dalam ayat di atas disebut “Lahum qulub ya’qilun biha” yakni mereka menjadikan jantung hati yang berfikir dengannya (yakni jantung). Indikasi bahawa jantung (atau QALBU) yang berfikir tidak pernah disebut dalam mana-mana pemikiran manusia, akan tetapi al-Quran menyatakan bahawa jantung hati yang berfikir.

Para ahli sains sebelum ini berpendapat aktiviti berfikir hanya dilakukan oleh otak, bukan organ lain, khususnya jantung. Namun, al-Quran menegaskan bahawa berfikir yang mendalam secara renungan dilakukan oleh hati(Jantung).


Bapa Psikoanalisis [ Sigmund Freud ]

Para ahli psikoanalisis berasa sungguh kagum dengan penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori yang bersambung dengan sel memori otak, akan tetapi aktiviti berfikir hakikatnya berpusat di jantung.


Dalam masyarakat Melayu, al-Qalbu dalam bahasa arab diterjemahkan sebagai hati tetapi penterjemahan yang sebenarnya ialah JANTUNG. Para ahli sains menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai GANGLIA CELLS yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak. 

Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu dengan lainnya membentuk apa yang disifatkan oleh para pengkajinya sebagai BRAIN CELL IN THE HEART (SEL OTAK DI DALAM JANTUNG). Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan menerusi edaran darah. Penemuan ini membawa kepada satu huraian berkaitan darah manusia turut membawa memori dalam keupayaan tertentu yang dicetuskan oleh sel ganglia tersebut. Kajian juga memperlihatkan bahawa sel memori otak dan jantung saling bertukar maklumat menerusi mekanisme yang sangat kompleks tindak balas kimia, asid amino dan gelombang elektrik.

Aaaahah ! Amacam beb ? Dah habis baca FAKTA ini. Ini FAKTA BUKAN AUTA. Kerana itu pengkajian ilmu NLP berkaitan kecemerlangan diri manusia abad kini bukan lagi tertumpu kepada PEMUSATAN MINDA, EMOSI dan TINGKAHLAKU manusia namun ianya melangkaui dari itu. 


 Psikoterapi NLP & Hipnoterapi Diterapkan Di Dalam 
Kursus INSAN Kekeluargaan Selangor.

Ianya lebih menumpukan  KEKUATAN QALBU, JIWA, AQAL, JASAD, ROHANI diri seorang INSAN CEMERLANG. Kerana apa saya menyebutkan perkara ini ? Kerana berdasarkan pengalaman kami yang terlibat dengan kerja-kerja KLINIKAL PSIKOTERAPI NLP & HIPNOTERAPI (merawat ketidakstabilan emosi & jiwa warga Malaysia) mutakhir ini, kami mendapati bahawa SAKIT FIZIKAL yang dideritai oleh klien kami bukanlah kerana 'kesakitan fizikal tersebut'. Ianya lebih cenderung kepada KESAKITAN JIWA (NAFS) DALAMAN MEREKA. Kerana itu penderita 'penyakit fizikal' yang bersama kami akan melalui 2 kaedah perawatan iaitu PERAWATAN PSIKOTERAPI TABI'IYYAH & PSIKOTERAPI SYAR'IYYAH. Psikoterapi Tabi'iyyah dan Psikoterapi Syar'iyah dipelajari oleh pengamal kami di dalam kerja-kerja  KLINIKAL TERAPI.

Benarlah sabdaan Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :

" Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka 
baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor,
maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya.
Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI (JANTUNG)."
[ Riwayat Bukhari & Muslim Daripada Nu'man bin Basyir]


*Dalam bahasa Arab, HATI ialah ‘AL-KABD’ manakala JANTUNG ialah AL-QALB. Dalam bahasa Inggeris HATI digelar LIVER manakala JANTUNG digelar HEART.

Rujukan Ekslusif :
(1) Ibrahim Elfiky (Januari 2016). Personal Power. Inteam Publishing.
(2) Mat Rofa Ismail (2015). Mantik Dan Etnomantik ; (2nd ed).Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.
(3) Mohd Mustaqiim Asmuji (2016). Hipnoterapi Merawat Kemarahan Diri. Seminar Kaunseling Kebangsaan 2016. Putrajaya.
(4) Nazneen Ismail (2014). Psikologi Islam. Mustread

Oleh :
[Che Qiim]
Klinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant
*Beliau merupakan International NLP Trainer, NFNLP-USA & International Hypnotherapist, IACT-USA. Merupakan PENTAULIAH NLP & HIPNOTERAPI di MALAYSIA. Beliau juga adalah Ahli Persatuan Pengamal Hipnoterapi Malaysia (AHPM) , badan Hipnoterapi yang diiktiraf oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Untuk khidmat konsultasi & rundingcara, hubungi talian +6019-2044036. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan