KELAS ONE TO ONE
'THE ART OF ASKING QUESTION ;
META MODEL NLP'
Salam sukses buat rakan pengunjung blog ini. Terima kasih kerana tetap setia mengunjungi kami demi peningkatan prestasi diri anda. Tahniah kerana anda telah memasuki zon pembelajaran NLP dan Hipnoterapi dengan jayanya.
"Che Qiim, kelas ni ada lagi ke (The Art Of Asking Question) ?", tanya seseorang kepada saya melalui aplikasi whatsap tempoh hari.
"Kelas ini hanya dibuka atas permintaan individu dan secara personal. Teknik seperti rapport dimasukkan sekali dalam modul pembelajaran ringkas ini", ujar saya kepada beliau.
Alhamdulillah, masih ada yang sudi untuk meluangkan masa, wang dan tenaga untuk mempelajari ilmu KOMUNIKASI AMPUH ini. Ramai orang diluar sana 'malu-malu nak berkomunikasi' dengan orang. Malah ramai juga yang merasa rendah diri ketika berdepan dengan khalayak umum samada di atas pentas, ketika menyampaikan ucapan., pengajaran di dalam kelas atau yang berkaitan dengan 'komunikasi khalayak'.
Sesi Temubual Santai
Menggunakan Pertanyaan Yang Tepat
"Ustaz, apa beza antara BERTANYA dengan MENYOAL ?", tanya saya pada beliau sebagai pemula bicara. Kelihatan beliau sedang berfikir terhadap pertanyaan yang saya ajukan kepadanya.
Rakan pengunjung blog ini mesti ingin tahu kan ? Mengikut sifu saya di dalam bidang hipnoterapi, beliau menyatakan bahawa BERTANYA adalah 'kita mahukan MAKLUMAT secara TEPAT, PADAT & TERPERINCI'. Manakala 'MENYOAL' pula adalah berkaitan 'mencari salah diri seseorang'. Ianya dapat diungkap melalui penyataan dibawah :-
(a) "Saya ingin bertanya pada ustaz. Pertanyaan saya adalah...."
(b) "Saya mahu menyoal ustaz. Soalannya adalah......"
"Jadi, lepas ustaz dah belajar seni bertanya soalan yang tepat dalam kelas ini, apakah ustaz mahu berkomunikasi dengan pelajar ustaz melalui medium 'bertanya' atau 'menyoal' ?", tanya saya pada beliau. Lantas beliau menjawab, "Saya mesti gunakan medium bertanya".
Melalui kaedah Meta Model NLP, ianya menunjuk cara bagaimana kita dapat berkomunikasi dengan lebih sistematik dan berkualiti berbanding sebelumnya. Apa itu META MODEL dalam ilmu NLP ? Meta model adalah SET SOALAN YANG DIREKA KHAS BAGI MENCARI MAKNA JELAS DISEBALIK KOMUNIKASI DIRI KITA.
Praktis Dengan Santai. Sampai Boleh Buat.
Apakah KEISTIMEWAAN mempelajari ilmu META MODEL di dalam KOMUNIKASI PERSUASIF ?
Antara keistimewaan mempelajari ilmu meta model ini adalah sepertimana berikut :-
(1) Meminimumkan KESALAHAN BERTUTUR & BERFIKIR pada DIRI & ORANG LAIN.
(2)Dapat MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ketika BERKOMUNIKASI.
(3) Mengasah KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KeBAT) diri.
(4)Memudahkan kita FAHAMI 'GAMBARAN MINDA DIRI SESEORANG' ketika BERKOMUNIKASI.
Meta model dapat dibahagikan kepada 3 perkara utama iaitu DELETION (Pemotongan), DISTORTATION (Pengherotan) dan GENERALIZATION (Generalisasi). Contoh paling mudah untuk memahami penggunaan meta model ini adalah sepertimana berikut :-
(1) Deletion (Pemotongan) : Saya benci awak.
Sepatutnya ayat yang lengkap adalah : Saya benci awak kerana..........
Pertanyaan yang boleh diajukan : Benci saya berkaitan apa ? Maksud awak benci pada saya ?
(2) Distortation (Pengherotan) : Awak buat saya marah.
Pertanyaan yang boleh diajukan : Macamana diri saya boleh buat awak marah ?
(3) Generalization (Generalisasi) : Tidak ada seorang pun yang menyayangi diri saya.
Pertanyaan yang boleh diajukan : Tidak ada seorang ?
"Oh. Macam tu ke Che Qiim ?", tanya Sdr. Koko rakan pembelajaran Ustaz tersebut.
"Ya. Sebenarnya mudah belajar NLP ini jika kita mudahkannya. Jadi dalam pembelajaran hari ini kita belajar berkaitan dengan META MODEL. Meta model ini boleh juga saya katakan sebagai ALAT KOMUNIKASI AMPUH abad kini bila berkomunikasi. Ianya juga boleh dikatakan sebagai MODEL PERUBAHAN DIRI DALAMAN SESEORANG. Orang yang ada asas ILMU MANTIK pasti CEPAT dan MUDAH MENGHADAM ilmu ini. Ramai orang TERSALAH BERKATA-KATA dan BERFIKIR. Kerana KESALAHAN BERFIKIR itu MEMPUNYAI KESAN yang MENDALAM pada KEHIDUPAN HARIAN MEREKA.", ujar saya mengakhiri kelas semalam.
" AWAK SELALU PULANG LAMBAT BILA KITA SAMA-SAMA NAK RAIKAN ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA.
AWAK DAH TAK SAYANG SAYA LAGI KE ?"
BAGAIMANA EMOSI DIRI ANDA
BILA PASANGAN ANDA MENUTURKAN
AYAT SEPERTI DI ATAS ?
APAKAH YANG TERJADI PADA
HUBUNGAN ANDA JIKA
PASANGAN ANDA TERUS MENERUS
MENGGUNAKAN AYAT KOMUNIKASI
SEPERTI DIATAS ?
[ BELAJAR UNTUK BERFIKIR mulai SEKARANG !]
Oleh :
CHt Che Qiim
Jurulatih NLP, NFNLP-USAKlinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant
www.positifpagi.blogspot.com
Assalamualaikumwarahmatullah...terima kasih byk2 atas ilmu yg diberi kn che qiim..nti inshaa Allah kita jumpa lg, masih byk perkara yg sy nk belajar dari che qiim...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam