Sabtu, 10 Jun 2017

PENTAULIAHAN NLP PERINGKAT MASTER PRACTITIONER, NFNLP-USA 06/2017

Certified NLP Master Practitioner, NFNLP-USA 
dibawah kendalian 
Smart Excel Consultant, M'sia.

Salam kejayaan buat rakan pengujung blog ini. Tahniah kerana kalian tetap terus bersama kami di dalam menambah ilmu pengetahuan di dalam bidang profesional NLP. Sebelum saya memulakan 'celoteh' di dalam coretan ini, izinkan saya membawa anda kepada satu pertanyaan iaitu, ' Apakah yang berlaku pada diri anda apabila dapat melakukan perubahan diri secara sistematik?' Kemungkinan seribu jawapan keluar melalui mulut anda bukan ?


 Latihan praktikal yang WOW

Bagus...perkara inilah dibahaskan secara terperinci di peringkat NLP Master Level NFNLP-USA. Perubahan diri boleh dilakukan apabila kita dapat menyeimbangkan 'cara kita berfikir'. Cara kita berfikir dapat menentukan juga tahap kesihatan dalaman diri kita secara jangka panjang. Meta program mengupas secara terperinci bagaimana membuatkan diri seseorang boleh melakukan keseimbangan berfikir di dalam melayari kehidupan hariannya. 


 ...santai di dalam mengaplikasi strategi T.O.T.E bersama pendengar...

Agak menarik perbincangan kelas pada kali ini kerana ianya dikupas dari kaca mata agama dan budaya masyarakat Malaysia. Penggunaan linguistik yang betul tatkala berkomunikasi dapat memberikan kesan terhadap perubahan diri seseorang. Dengan mengubah 'content' yang ada di dalam pemikiran diri seseorang melalui kata-kata, ianya berupaya mengubah 'persepsi diri' seseorang terhadap perkara yang dilihat oleh dirinya.  Kata-kata yang diungkapkan oleh diri kita berupaya menjadi mata pedang yang amat tajam sama ada boleh membunuh diri seseorang atau boleh memberikan perubahan positif keatas dirinya. 


 ...kupasan terperinci penggunaan PERSONAL TRANCE WORDS (PTW)
di dalam komunikasi teraputik berpengaruh...

Keupayaan menggunakan 'bahasa tangan yang benar-benar hipnotik' menjadikan diri seorang NLPer itu mempunyai kemahiran persuasif yang tinggi tatkala bersama lawan bicaranya. Selain itu, seorang NLPer sejati yang memahami 'apa yang diinginkan oleh kliennya' di dalamj sesi teraputik NLP, membuatkan dirinya menjadi seorang NLPer yang dihormati oleh kliennya. 

NLP diperingkat master ini mengajarkan kepada kita bagaimana menggunakan segala sumber kekuatan diri yang Allah s.w.t untuk dimanfaatkan kepada agama, bangsa dan negara. Tahniah kepada pelajar NLP Master Practitioner NFNLP kami kerana kalian semua memang SUPERB !


 ...personal excellence di terap ke dalam diri pengamal...
 #5harimengujakan#
 #nlpmasterpractitioner#

[CHt Che Qiim]
*Beliau merupakan seorang International NLP & NLHt Trainer, NFNLP-USA dan juga pengasas kepada Pusat Rawatan Psikoterapi NLP & Hipnoterapi, Smart Excel Consultant. Beliau boleh dihubungi melalui talian +6019-2044036.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan