Jumaat, 25 November 2016

RAHSIA#1 [ KEKUATAN KESEDARAN; PART 1]

Apa Yang Anda Belajar Dari Filem Pendek Ini ?

Bismillahirrahmannirahim.
Salam sukses buat kalian semua. Terima kasih kerana tetap menjadi pengunjung setia blog ini. Sesungguhnya pembelajaran sepanjang hayat bagi setiap insan adalah berterusan hingga ke liang lahad. Tahniah kerana kalian bersama kami di dalam menambah NILAI DIRI secara BERGANDA.

Anda telah menonton filem pendek diatas ? Apakah yang bermain di dalam benak pemikiran anda ? Bagaimana perasaan anda setelah menyaksikan sendiri filem pendek ini ? Apakah yang anda pelajari dari filem yang mempunyai mesej WOW ini ?

Pasti anda mempelajari berkaitan KEKUATAN KESEDARAN. Ya. Rahsia pertama bagi orang yang berjaya seperti anda adalah KEKUATAN DISEBALIK KESEDARAN. KEKUATAN KESEDARAN ? Apa kaitan dengan diri kita ?  Bagaimana kekuatan kesedaran boleh melonjakkan prestasi diri kita secara berlipat kali ganda ?

Teringat satu kisah yang paling 'simple' ditulis oleh Dr Ibrahim Elfiky, pakar NLP dunia berkaitan seorang anak muda yang mahu belajar seni bela diri dengan pedang. Anak muda ini mahu belajar dengan seorang 'tok guru' yang memang handal di dalam seni bela diri menggunakan pedang. Maka, bergurulah anak muda ini dengan tok guru tersebut. 
Sekadar hiasan. Namun, penuh makna.

Tugasan utama yang diberikan oleh tok guru tersebut pada pemuda itu adalah membelah kayu, berkebun, memasak, mencuci, menimba air dan melakukan tugas-tugas harian yang lain. Akhirnya, pemuda itu merasa putus asa dan mula bertanya kepada tok gurunya, "Bila mahu mengajar saya seni bela diri dengan pendang?". Tok guru hanya tersenyum dan tidak membalas pertanyaan anak muridnya. Maka, pemuda tersebut meneruskan kerja hariannya. 

Dan, ketika pemuda tersebut sedang memasak nasi tiba-tiba gurunya muncul dan menyerangnya menggunakan pedang kayu, kemudian mrnghilang dengan begitu pantas. Tatkala pemuda itu sedang menyapu lantai, maka dia diserang oleh tok gurunya dari arah belakang, memukulnya dengan pedang kayu dan secepat kilat menghilang.

Pemuda itu tidak dapat berehat kerana rutin hariannya terganggu dengan 'karenah tok gurunya'. Namun, akhirnya pemuda itu menyedari bahawa dia telah mempelajari sesuatu yang berharga dan ingin belajar lebih jauh. Pemuda itu menundukkan dirinya tanda hormat kepada gurunya lantas bertanya, "Guru, sudikah kiranya guru memberitahu maksud disebalik dari pelajaran-pelajaranku ?"


 Kesedaran itu wujud dari dalam diri seseorang.

Guru itu menjawab, "KESEDARAN".

"Apakah MAKSUDNYA ?" 

Guru itu menjawab, " Bila aku minta kamu buat kerja harian kamu di rumah ini, sebenarnya ianya membantu kamu agar SEDAR bahawa ada SESUATU yang PERLU KAMU UBAH. Ketika aku menyerang kamu secara tiba-tiba menggunakan pedang kayu, kamu MENGADAPTASI DAYA JANGKAAN hingga arah mana pun aku datang, kau akan selalu boleh mengetahuinya dan menghalang aku. Kamu jadi PEKA SEPENUHNYA akan keadaan di sekeliling hingga menimbulkan KEBERANIAN dan dengan keberanianmu, KAMU MENGEMBANGKANNYA SENDIRI. Kamu memutuskan untuk menyerang aku dan kamu boleh perhatikan beta pantas pula aku menangkisnya. Demikianlah anak muda, kamu telah BELAJAR ASAS PARA GURU HEBAT MENGENAI KEKUATAN KESEDARAN."


Kekuatan KESEDARAN itu lahir dari sebuah KESABARAN. Kerana sepertimana kisah diatas, ramai kalangan kita masa kini kurang sabar untuk berdepan dengan pelbagai ujian DARINYA. DITIMPA SAKIT, NAK CEPAT BAIK. DITIMPA KEMALANGAN, NAK CEPAT PERGI KE HOSPITAL. DITIMPA DEMAM, NAK CEPAT AMBIL UBAT. Namun, semuanya adalah BERSIFAT FIZIKAL semata. Dimana pula KESEDARAN DIRI terhadap YANG MEMBERI KITA SAKIT , DEMAM, MUSIBAH dan sebagainya ? Apakah mungkin kita boleh dapat apa yang kita mahukan dengan perasaan tergesa-gesa sedangkan 'tergesa-gesa' itu adalah amalan syaitan ? 

Aaaahah. Kita sambung pada siri seterusnya. apakah yang mahu kita cungkil disebalik kesedaran diri kita dan bagaimana kekuatan kesedaran boleh memacu kecemerlangan diri di dunia dan akhirat.

Oleh :
[ CHT Che Qiim]
www.nlpmalaysiamudah.blogspot.my 
www.smartexcelconsultant.weebly.com

Ahad, 13 November 2016

CERTIFIED EQ MANAGEMENT @ WORK ; HYPNOTHERAPY (PERTAMA DI MALAYSIA)

"Cari tuhan, jangan cari manusia. 
Rahsia besar pengurusan emosi cara hipnoterapi ".
  
Bismillahirrahmanirrahim.
Salam sukses, kaya dan berjaya buat rakan pengujung blog ini. Alhamdulillah wa syukru lillah. Kita masih lagi berkesempatan di dalam menimba ilmu Allah s.w.t. Persiijilan EQ Management @ Work telah selamat dijalankan di sebuah organisasi dengan jayanya.

Bila sebut perkataan 'EMOSI' apa yang tergambar di dalam pemikiran anda ? Apakah bentuk emosi yang wujud di dalam diri anda saat bekerja ? Bagaimana emosi dapat membentuk keperibadiaan diri seseorang ?
Mengurus emosi diri adalah mudah jika kita tahu caranya. Apakah anda sudah mengenali diri anda melalui emosi-emosi yang Tuhan berikan kepada diri anda ?

'Sesi klinikal terapi 1 [Merehatkan Sistem Saraf Dalaman Diri]

Pelbagai bentuk emosi diri wujud di dalam diri kita. Emosi itu adalah seperti sedih, hiba, gembira, marah, suka, dendam dan sebagainya. Ramai dikalangan kita terlepas pandang berkaitan mengurus emosi diri. Apabila kita terlalu sibuk memikirkan emosi orang yang kita katakan 'mahu menjaganya', diri dalaman kita sendiri 'merana dan tak terurus'. Makan 'hati' beb. 

Begitu juga di tempat kita bekerja. Apakah kita yang berkhidmat di organisasi seringkali peka dengan 'mood' majikan kita ? Apakah majikan kita juga peka dengan 'mood' diri pekerjanya. Berdasarkan pengalaman kami mengendalikan kes pekerja berprestasi rendah di organisasi Malaysia, kami dapati kebanyakan pekerja bawahan 'agak kurang didengari emosinya' oleh majikan mereka. Kerana itu wujud gejala 'dendam, tak puas hati dengan majikan' hingga mengganggu prestasi dirinya di tempat kerja. Kita bekerja dengan manusia, bukannya dengan robot. 
Belajar cara mendiagnosis kesakitan emosi diri cara hipnoterapi.

Berapa ramai kalangan pekerja memahami 'mood' majikannya ? Berapa ramai juga kalangan pekerja benar-benar mengambil inisiatif untuk meredakan emosi amarah majikannya ketika di tempat kerja. Kena marah dengan 'bos' itu adalah biasa kerana akhirnya diri kita sebagai pekerja belajar untuk menjadi diri yang cekal dan punya jati diri. Pekerja yang baik QALBUNYA lahir dari majikan yang bersih qalbunya. Pekerja yang punya AMANAH DIRI lahir dari MAJIKAN yang BERAMANAH.

Ujian Pentauliahan EQ Management @ Work Hypnotherapy SEC-M'sia

Insyallah, dengan penerapan NILAI-NILAI KEINSANAN dan RAWATAN PEMULIHAN JIWA dan MENTAL (HIPNOTERAPI) selama 3 hari ini, pasti kalian menemui 'SESUATU YANG LUAR JANGKA' dan pasti dapat mempraktikkannya dengan lebih baik di dalam kehidupan seharian anda.


" EMOSI SIHAT, PRESTASI MELONCAT"

Apabila EMOSI anda OK, insyallah anda boleh :

*BEKERJA dengan CEMERLANG

*BERIBADAH dengan FOKUS TINGGI”

*BERTINDAK dengan WARAS.”

*Peroleh KESIHATAN diri TERBAIK.”

Wassalam.

TEMPAHAN PROGRAM 2017 BERMULA SEKARANG !
HUBUNGI TALIAN :-
+6019-2044036 (CHE QIIM)

Selasa, 1 November 2016

REJUVENASI MINDA & EMOSI DIRI CARA NLP ?

KURSUS REJUVENASI 
MINDA & EMOSI DIRI CARA NLP (SIRI KE-5)
[ 31/10/2016 - 03/11/2016 ]


Salam dari Bukit Tinggi. Semoga kalian yang melayari blog ini mendapat rahmat dan lindungan Allah s.w.t. Apakah yang anda fikirkan bila mendengar perkataan 'REJUVENASI' ? Pernahkan anda mendengar perkataan itu ? 

Alhamdulillah, dengan berkat doa pada Illahi, 'team' kami telah diberi mandat untuk mengendalikan KURSUS REJUVENASI MINDA & EMOSI DIRI CARA NLP siri ke-5 bagi sebuah organisasi besar di Malaysia. Terima kasih pada Allah s.w.t, kerana 'team' kami dipilih oleh organisasi tersebut berdasarkan BIDANG KEPAKARAN KHUSUS KAMI dari aspek KLINIKAL. 

"Meremajakan minda dan emosi" pegawai atasan organisasi ini membuatkan 'team kami' mempelajari perkara baru dari mereka. Seramai 20 orang KETUA BALAI organisasi ini yang dipilih bagi mengikuti kursus ekslusif bersama kami. Program ini menjurus kepada HASIL PEMBELAJARAN (OUTCOME)  :-

"Mereka juga dibekalkan teknik & kaedah Al-Quran Demi 
Menyelamatkan Organisasi Dari Isu 
TINGKAHLAKU DEVIAN Dikalangan Pekerja."


1- Tingkat  KEUPAYAAN MEMAHAMI DIRI dan ORANG LAIN. (Psikologigunaan cara NLP).

2-  Tingkatkan KEBOLEHAN MENGURUS DIRI dan ORANG LAIN.

3-  Tingkatkan KEFAHAMAN mengenai TINGKAHLAKU DEVIAN dikalangan ANGGOTA KERJA.

4- Tingkatkan KEUPAYAAN TANGANI KONFLIK DIRI  antara PEKERJA.

5-  Tingkatkan DAYA TAHAN hadapi CABARAN & STRES.

6-  Tuju HIDUP lebih BAHAGIA.

"Tuan-tuan selaku seorang 'bos; di balai organisasi tuan, apakah yang tuan boleh lakukan untuk membantu pegawai bawahan tuan yang 'terjebak dengan tingkahlaku devian' ? Apakah tuan-tuan mahu terus keluarkan surat tunjuk sebab atau tukar pegawai tersebut 24 jam ke unit yang lain ? atau bagaimana ?", tanya kami pada mereka sebentar tadi.


 Bagaimana mengurus tingkahlaku devian 
dikalangan  pekerja organisasi melalui mata hati ?

Tukar orang ke unit lain, apakah sebuah solusi yang tepat ? Mungkin 'tepat' pada waktu itu. Namun, bagaimana pula 'kelakuannya' di unit baharu itu ? Apakah 'berubah' atau bertambah teruk ? BERAPA BANYAK WANG, MASA dan TENAGA ORGANISASI ANDA 'MEMBAZIR' BAGI MENGHADAPI ISU SEPERTI INI ?

PERNAHKAH 'ORGANISASI ANDA' membuat PELABURAN untuk MERAWAT TINGKAHLAKU PEKERJA yang dikategorikan sebagai TINGKAHLAKU DEVIAN ? Berdasarkan pemerhatian kami di dalam bidang klinikal psikoterapi NLP & Hipnoterapi, amat jarang organisasi mahu membuat pelaburan seperti ini.

Dan, jarangggggggggg sangat nak ambil perkhidmatan latihan yang menjurus kepada 'mengurangkan tingkahlaku abnormal di dalam organisasi'. Padahal, WARGA KERJA DI MALAYSIA 'perlukan' rawatan seperti ini di dalam setiap latihan / kursus di jabatan mereka. YA, ALLAH, TEMUKAN KAMI DENGAN ORGANISASI YANG TEPAT UNTUK MENYAMBUT KEPAKARAN KAMI INI DEMI KESEJAHTERAAN MINDA & EMOSI PEKERJA MEREKA.

"Tukar pekerja ke unit lain adalah CARA PEMIKIRAN LAMA. Kerana itu tiada PENYELESAIANNYA. Kita sebagai ketua nak 'pelepas diri' dari mengurus masalah 'staf', maka kita tukar mereka. Sedangkan, ada CARA-CARA yang UNIK untuk MEMBANTU diri staf anda.", ujar saya di dalam kelas ini.

Terima kasih kerana tuan semua mendalami ilmu NLP dengan keunikan tersendiri. Ingat, bahawa 'presenting problem is not real problem' yang berlaku pada 'anak buah tuan'. Mereka juga 'manusia' dan kita semua bekerja dengan 'emosi dan pemikiran mereka'.  Kita  mesti 'meremajakan minda dan emosi kita' dengan ELMU yang BAHARU. Barulah 'anak buah' kita hormati diri kita sebagai seorang ketua.

Gunakanlah STRATEGI yang KALIAN BUAT di dalam KUMPULAN malam tadi (01/11/2016). Bawa balik STRATEGI UNIK itu DEMI MENYELESAIKAN ISU DI BALAI kalian. Insyallah, kami tetap terus membantu kalian dengan CARA-CARA UNIK itu. 

SERONOK BERSAMA KALIAN.
TAHNIAH kerana MEMBERIKAN 
MASA, WANG & TENAGA KALIAN UNTUK
 BELAJAR ELMU INI. 

 "Bajet bukanlah halangan 
utama organisasi anda untuk bersama kami menimba ilmu ILLAHI."
"YAKIN DIRI, TINGKAT PRESTASI ORGANISASI"

www.smartexcelconsultant.weebly.com 

[CHt Che Qiim]
Associate Member (No. AM 13-AM-055)
Persatuan Pengamal Hipnoterapi Malaysia (AHPM)
Pentauliah NLP, NFNLP-USA
International NLP Trainer, NFNLP-USA
International Hypnotherapist, IACT-USA
Personaliti Rancangan 'Positif Pagi Che Qiim', 
Selamat Pagi Malaysia (SPM), 2015
Pengasas Klinik Psikoterapi NLP & Hipnoterapi 
Smart Excel Consultant 
Tel : +6019-2044036 / 019-3897580 (Mr Kay)