Ahad, 18 September 2016

PENTAULIAHAN NLPt DI JOHOR (BULAN 10/2016)

Neuro Linguistic Psychotherapy (NLPt) Pertama Di Malaysia.

" NLPt Menuju Kepada 
KESEJAHTERAAN 
EMOSI & MENTAL WARGA MALAYSIA"

"NLPt menyediakan JAWAPANNYA"


ANDA pasti TERTANYA-TANYA,

*Mengapa NLPt ?
*Apa yang MENARIK SAAAANGAT NLPt ini ? 
*Bagaimana ilmu NLPt ini BERI KESAN POSITIF
pada DIRI & ORANG LAIN ?
*Apakah FAEDAH anda BELAJAR ilmu NLPt ini ?

Segala PERTANYAAN anda TERJAWAB
di dalam KELAS PEMBELAJARAN EKSLUSIF ini.

 TARIKH TERKINI :
08-10/10/2016 (SABTU- ISNIN)
TEMPAT :
[ SEK. TUN FATIMAH, JOHOR BAHRU ]

INFO PENGAMALAN NLPt


KURIKULUM PEMBELAJARAN KHAS KAMI


SIAPA JURULATIH ANDA ?


APA KATA PELAJAR KELAS NLPt KAMI ?

" 2 Makhluk ini, En K dan En qiim yang sempoi2 ni...."
[ Izwan, Kementerian Kesihatan Malaysia ]

DENGAR, LIHAT & NIKMATI PEMBELAJARAN 
BERSAMA KAMI mulai SEKARANG !

KUNJUNGI KAMI DI YOUTUBE :

"Kupasan Positif Pagi : Aku Stres"
[CHt Che Qiim, 
Pakar Klinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant]

 "NLP seharusnya DIAPLIKASI secara 
TERUS DI SEKOLAH"
[Cik Yana, Matrikulasi Pahang]

DAFTAR secara 
ONLINE SEKARANG !

Sabtu, 10 September 2016

BERTANYA VS MENYOAL

KELAS ONE TO ONE
'THE ART OF ASKING QUESTION ; 
META MODEL NLP'
 
Salam sukses buat rakan pengunjung blog ini. Terima kasih kerana tetap setia mengunjungi kami demi peningkatan prestasi diri anda. Tahniah kerana anda telah memasuki zon pembelajaran NLP dan Hipnoterapi dengan jayanya.
"Che Qiim, kelas ni ada lagi ke (The Art Of Asking Question) ?", tanya seseorang kepada saya melalui aplikasi whatsap tempoh hari. 

"Kelas ini hanya dibuka atas permintaan individu dan secara personal. Teknik seperti rapport dimasukkan sekali dalam modul pembelajaran ringkas ini", ujar saya kepada beliau.

Alhamdulillah, masih ada yang sudi untuk meluangkan masa, wang dan tenaga untuk mempelajari ilmu KOMUNIKASI AMPUH ini. Ramai orang diluar sana 'malu-malu nak berkomunikasi' dengan orang. Malah ramai juga yang merasa rendah diri ketika berdepan dengan khalayak umum samada di atas pentas, ketika menyampaikan ucapan., pengajaran di dalam kelas atau yang berkaitan dengan 'komunikasi khalayak'.
 
Sesi Temubual Santai 
Menggunakan Pertanyaan Yang Tepat

"Ustaz, apa beza antara BERTANYA dengan MENYOAL ?", tanya saya pada beliau sebagai pemula bicara. Kelihatan beliau sedang berfikir terhadap pertanyaan yang saya ajukan kepadanya.

Rakan pengunjung blog ini mesti ingin tahu kan ? Mengikut sifu saya di dalam bidang hipnoterapi, beliau menyatakan bahawa BERTANYA adalah 'kita mahukan MAKLUMAT secara TEPAT, PADAT & TERPERINCI'. Manakala 'MENYOAL' pula adalah berkaitan 'mencari salah diri seseorang'. Ianya dapat diungkap melalui penyataan dibawah :-

(a) "Saya ingin bertanya pada ustaz. Pertanyaan saya adalah...."
(b) "Saya mahu menyoal ustaz. Soalannya adalah......"

"Jadi, lepas ustaz dah belajar seni bertanya soalan yang tepat dalam kelas ini, apakah ustaz mahu berkomunikasi dengan pelajar ustaz melalui medium 'bertanya' atau 'menyoal' ?", tanya saya pada beliau. Lantas beliau menjawab, "Saya mesti gunakan medium bertanya".

Melalui kaedah Meta Model NLP, ianya menunjuk cara bagaimana kita dapat berkomunikasi dengan lebih sistematik dan berkualiti berbanding sebelumnya.  Apa itu META MODEL dalam ilmu NLP ? Meta model adalah SET SOALAN YANG DIREKA KHAS BAGI MENCARI MAKNA JELAS DISEBALIK KOMUNIKASI DIRI KITA. 
 
Praktis Dengan Santai. Sampai Boleh Buat.

Apakah KEISTIMEWAAN mempelajari ilmu META MODEL di dalam KOMUNIKASI PERSUASIF ?
 
Antara keistimewaan mempelajari ilmu meta model ini adalah sepertimana berikut :-
(1) Meminimumkan KESALAHAN BERTUTUR & BERFIKIR pada DIRI & ORANG LAIN.
(2)Dapat MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI ketika BERKOMUNIKASI.
(3) Mengasah KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KeBAT) diri.
(4)Memudahkan kita FAHAMI 'GAMBARAN MINDA DIRI SESEORANG' ketika BERKOMUNIKASI.

Meta model dapat dibahagikan kepada 3 perkara utama iaitu DELETION (Pemotongan), DISTORTATION (Pengherotan) dan GENERALIZATION (Generalisasi). Contoh paling mudah untuk memahami penggunaan meta model ini adalah sepertimana berikut :-
 
(1) Deletion (Pemotongan) : Saya benci awak.
Sepatutnya ayat yang lengkap adalah : Saya benci awak kerana..........
Pertanyaan yang boleh diajukan : Benci saya berkaitan apa ? Maksud awak benci pada saya ?
 
(2) Distortation (Pengherotan) : Awak buat saya marah.
 Pertanyaan yang boleh diajukan : Macamana diri saya boleh buat awak marah ?
 
(3) Generalization (Generalisasi) : Tidak ada seorang pun yang menyayangi diri saya.
Pertanyaan yang boleh diajukan : Tidak ada seorang ?
 
 
"Oh. Macam tu ke Che Qiim ?", tanya Sdr. Koko rakan pembelajaran Ustaz tersebut. 
 
"Ya. Sebenarnya mudah belajar NLP ini jika kita mudahkannya. Jadi dalam pembelajaran hari ini kita belajar berkaitan dengan META MODEL. Meta model ini boleh juga saya katakan sebagai ALAT KOMUNIKASI AMPUH abad kini bila berkomunikasi.  Ianya juga boleh dikatakan sebagai MODEL PERUBAHAN DIRI DALAMAN SESEORANG. Orang yang ada asas ILMU MANTIK pasti CEPAT dan MUDAH MENGHADAM ilmu ini. Ramai orang TERSALAH BERKATA-KATA dan BERFIKIR. Kerana KESALAHAN BERFIKIR itu MEMPUNYAI KESAN yang MENDALAM pada KEHIDUPAN HARIAN MEREKA.", ujar saya mengakhiri kelas semalam.
 
" AWAK SELALU PULANG LAMBAT BILA KITA SAMA-SAMA NAK RAIKAN ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA. 
AWAK DAH TAK SAYANG SAYA LAGI KE ?"
 
BAGAIMANA  EMOSI  DIRI ANDA 
BILA  PASANGAN ANDA MENUTURKAN
AYAT SEPERTI DI ATAS ?
 
APAKAH YANG  TERJADI PADA
HUBUNGAN ANDA JIKA 
PASANGAN ANDA TERUS MENERUS
MENGGUNAKAN AYAT KOMUNIKASI 
SEPERTI DIATAS ?

[ BELAJAR UNTUK BERFIKIR mulai SEKARANG !]

Oleh : 
CHt Che Qiim
Jurulatih NLP, NFNLP-USA
Klinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant
www.positifpagi.blogspot.com

Jumaat, 9 September 2016

SAYA TERKENA SOSIAL FOBIA.

"Che Qiim, bantu saya. Saya mengalami fobia sosial."

Salam sukses, kaya dan berjaya buat rakan pengunjung blog ini. Terima kasih atas kepercayaan kalian bersama kami di dalam siri pembangunan INSAN melalui KAEDAH NLP & HIPNOTERAPI. Alhamdulillah, penggunaan NLP saat ini diterima dengan positif oleh masyarakat Malaysia. Di mana jua kita berada, telah lahir ramai PENGAMAL NLP yang boleh membantu kalian untuk MERAWAT KESAKITAN EMOSI & MENTAL warga kita di Malaysia. Ianya adalah satu perkembangan dan persaingan positif di dalam bidang pembangunan insan abad kini.

Satu hari, telefon saya dihujani dengan 'whatsap' oleh seorang individu yang mahu mendapatkan khidmat 'membuang fobia sosialnya'. Beliau hadir ke klinik kami untuk mendapatkan sesi rawatan tersebut. Sesi rawatan bersama beliau berlangsung selama 2 jam. Beliau menceritakan bagaimana dia 'terkena sosial fobia' dan apakah perasaan yang beliau alami selama mana mengalami sosial fobia tersebut. 

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah itu SOSIAL FOBIA ? Sosial fobia adalah "satu ketakutan yang mempunyai makna dan terus menerus atas satu atau lebih situasi sosial atau perbuatan / penampilan (performance) ketika orang tersebut berdepan dengan orang yang tak dikenali / dikenali oleh dirinya".

Gambarajah berkaitan isu sosial fobia.

Sebenarnya, dalam kes menghadapi sosial fobia ini, individu yang terkena 'sosial fobia' perlu mempunyai ilmu berkawan dengan fobia tersebut, mengetahui selok belok fobia dialami dan akhirnya menerima keadaan yang dihadapi dengan penuh SABAR & TENANG. Bila menerima dengan keadaan SABAR & TENANG, kan mudah untuk 'mengatasi sosial fobia' tersebut.

"Presenting problem is not real problem". Itulah yang berlaku pada individu tersebut saat saya merawat beliau. Isu sebenar bukanlah 'sosial fobia'. Ianya lebih kepada ISU KEYAKINAN DALAMAN DIRI pada DIRI SENDIRI bila BERDEPAN dengan SITUASI BERADA DI KHALAYAK RAMAI.  Alhamdulillah, dengan izin Allah, beliau dapat menerima keadaan yang terjadi pada dirinya dan boleh mengatasi isu sebenar tentang dirinya melalui KAEDAH NLP & HIPNOTERAPI. 

Kepada mereka yang mengalami masalah fobia / ketakutan teramat sangat pada sesuatu perkara, adalah disarankan agar kalian bertemu dengan PENGAMAL NLP yang BERTAULIAH (KLINIKAL) di MALAYSIA. Anda boleh membuat carian melalui 'pakcik google' anda. Salam hormat dari saya untuk anda semua.
 
[CHt Che Qiim]
+6019-2044036