Sabtu, 10 Jun 2017

PENTAULIAHAN NLP PERINGKAT MASTER PRACTITIONER, NFNLP-USA 06/2017

Certified NLP Master Practitioner, NFNLP-USA 
dibawah kendalian 
Smart Excel Consultant, M'sia.

Salam kejayaan buat rakan pengujung blog ini. Tahniah kerana kalian tetap terus bersama kami di dalam menambah ilmu pengetahuan di dalam bidang profesional NLP. Sebelum saya memulakan 'celoteh' di dalam coretan ini, izinkan saya membawa anda kepada satu pertanyaan iaitu, ' Apakah yang berlaku pada diri anda apabila dapat melakukan perubahan diri secara sistematik?' Kemungkinan seribu jawapan keluar melalui mulut anda bukan ?


 Latihan praktikal yang WOW

Bagus...perkara inilah dibahaskan secara terperinci di peringkat NLP Master Level NFNLP-USA. Perubahan diri boleh dilakukan apabila kita dapat menyeimbangkan 'cara kita berfikir'. Cara kita berfikir dapat menentukan juga tahap kesihatan dalaman diri kita secara jangka panjang. Meta program mengupas secara terperinci bagaimana membuatkan diri seseorang boleh melakukan keseimbangan berfikir di dalam melayari kehidupan hariannya. 


 ...santai di dalam mengaplikasi strategi T.O.T.E bersama pendengar...

Agak menarik perbincangan kelas pada kali ini kerana ianya dikupas dari kaca mata agama dan budaya masyarakat Malaysia. Penggunaan linguistik yang betul tatkala berkomunikasi dapat memberikan kesan terhadap perubahan diri seseorang. Dengan mengubah 'content' yang ada di dalam pemikiran diri seseorang melalui kata-kata, ianya berupaya mengubah 'persepsi diri' seseorang terhadap perkara yang dilihat oleh dirinya.  Kata-kata yang diungkapkan oleh diri kita berupaya menjadi mata pedang yang amat tajam sama ada boleh membunuh diri seseorang atau boleh memberikan perubahan positif keatas dirinya. 


 ...kupasan terperinci penggunaan PERSONAL TRANCE WORDS (PTW)
di dalam komunikasi teraputik berpengaruh...

Keupayaan menggunakan 'bahasa tangan yang benar-benar hipnotik' menjadikan diri seorang NLPer itu mempunyai kemahiran persuasif yang tinggi tatkala bersama lawan bicaranya. Selain itu, seorang NLPer sejati yang memahami 'apa yang diinginkan oleh kliennya' di dalamj sesi teraputik NLP, membuatkan dirinya menjadi seorang NLPer yang dihormati oleh kliennya. 

NLP diperingkat master ini mengajarkan kepada kita bagaimana menggunakan segala sumber kekuatan diri yang Allah s.w.t untuk dimanfaatkan kepada agama, bangsa dan negara. Tahniah kepada pelajar NLP Master Practitioner NFNLP kami kerana kalian semua memang SUPERB !


 ...personal excellence di terap ke dalam diri pengamal...
 #5harimengujakan#
 #nlpmasterpractitioner#

[CHt Che Qiim]
*Beliau merupakan seorang International NLP & NLHt Trainer, NFNLP-USA dan juga pengasas kepada Pusat Rawatan Psikoterapi NLP & Hipnoterapi, Smart Excel Consultant. Beliau boleh dihubungi melalui talian +6019-2044036.

Isnin, 17 April 2017

MINI WORKSHOP 2017 "HEALING TALKS ; KEAJAIBAN KATA-KATA"

...MUDAH & PRAKTIKAL...

THE MOST WANTED PROGRAM !

[ HEALING TALKS ; KEAJAIBAN KATA-KATA ] 

Setiap orang ada kisah tersendiri.
Kisah hidup suka dan duka.
Sedih dan gembira.
Takut dan berani.
Murung, stres dll.

Persoalannya, 
" berapa ramai kalangan orang 
diluar sana yang berdepan dengan isu
seperti ini mampu memulihkan dirinya dan membantu
orang keluar keluar dari situasi seperti ini ?"

SEBENARNYA...
SETIAP PERKARA TERJADI
ada 
JALAN PENYELESAIANNYA.

...HEALING TALKS membawa anda 
kepada satu tahap...

(1) Memperbaiki PEMIKIRAN, EMOSI & QALBU diri.
(2) Meningkatkan PRESTASI EMOSI anda & orang sekeliling.
(3) Merangka semula CARA DIRI BERFIKIR ; dan 
(4) Merawat EMOSI & PEMIKIRAN diri melalui KATA-KATA.

APAKAH MANFAAT ANDA
 MEMPELAJARI 'HEALING TALKS' INI ?

(1) Peroleh KESEIMBANGAN HATI (QALBU), EMOSI, PEMIKIRAN & TINDAKAN diri.
(2) Membantu MERAWAT PEMIKIRAN diri & orang lain.
(3) Meningkatkan KEYAKINAN DALAMAN DIRI. 

 BILA MINI WORKSHOP INI BERLANGSUNG ?

 ...06/05/2017 (SABTU)...

PEMBELAJARAN ini DIBUKA kepada :-
(1) Pendidik & ibu bapa.
(2) Wakil persatuan penduduk.
(3) Usahawan.
(4) Ahli terapis pelbagai bidang.
(5) Ahli psikologis / kaunselor / psikitris.
(6) Motivator / fasiliatator / trainer ; dan 
kepada mereka yang mahu menambah NILAI DIRI
& ORANG LAIN.

PEMBELAJARAN ini dipimpin oleh :


+6019-2044036

Ahad, 26 Februari 2017

PENTAULIAHAN NLP BERSIJIL BULAN 03/2017




PENTAULIAHAN NLP BERSIJIL
(LOCAL & INTERNATIONAL CERTIFICATION)

Tarikh :
24-26/ 03/2017 (Jumaat - Ahad)
*Local certification (Part 1)

27-29/03/2017 (Isnin-Rabu)
*International certification (Part 2)
*International certification ini hanya dibuka kepada
pelajar NLP yang telah mengikuti 'local certification'
kami (part 1)

...MENGUBAH SIKAP DIRI...
...MELONJAK PRESTASI...
KE TAHAP LEBIH TINGGI
bersama
KAMI

Mengungkap Kebesaran Illahi
melalui
ILMU NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING
(NLP).

MANFAAT berlipat GANDA 
di dalam bidang
PERNIAGAAN, PENDIDIKAN, KEUSAHAWANAN
KEIBUBAPAAN, KESUKANAN, LATIHAN SUMBER DAYA INSAN, MOTIVASI, KAUNSELING, PERUBATAN dll.

 ISI KANDUNGAN PEMBELAJARAN

...KATA PESERTA KAMI...


SIAPA TENAGA PENGAJAR ANDA ?

CHt Hj Khaeril Anuar Darus
#International NLP Trainer, NFNLP-USA#
#International NLHt Trainer, NFNLP-USA#
#International Hypnotherapist, IACT-USA#
#Associate Members AHPM Malaysia#
* Beliau merupakan seorang Jurulatih Bertauliah (Praktikal Klinikal) di dalam bidang 
NLP, NLHt dan Hipnoterapi dari badan National Federation Of NLP (NFNLP)
dan International Association Of Counselors & Therapist (IACT-USA)
Selain berpengalaman luas di dalam bidang sumber daya insan sejak
2003 hingga kini, beliau juga mempunyai kepakaran khusus di dalam 
bidang Syariah dari peringkat Ijazah Sarjana Muda 
(Jordan) hingga ke peringkat
Master Syariah (UKM). 
 
CHt Mohd Mustaqiim Asmuji
#International NLP Trainer, NFNLP-USA#
#International NLHt Trainer, NFNLP-USA#
#International Hypnotherapist, IACT-USA#
#Associate Members AHPM Malaysia#
* Beliau merupakan seorang Jurulatih Bertauliah (Praktikal Klinikal) di dalam bidang 
NLP, NLHt dan Hipnoterapi dari badan National Federation Of NLP (NFNLP)
dan International Association Of Counselors & Therapist (IACT-USA)
Selain berpengalaman luas di dalam bidang sumber daya insan sejak
2003 hingga kini, beliau juga mempunyai kepakaran khusus di dalam 
bidang pengurusan pembangunan insan muallaf dan pernah bertugas
di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
serta pernah menjawat jawatan
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam 
(Unit Hal Ehwal Islam)
KUIS.

...SUASANA PEMBELAJARAN KONDUSIF...

...Kelas KECIL & BERTUMPU...

...Suasana KLINIKAL TERAPI yang MENGASYIKKAN...
 
 ...MUDAH DIFAHAMI ,BERKUALITI & PRAKTIKAL...

HUBUNGI SEGERA:
+6019-3897580 (CHt Khaeril)
+6019-2044036 (CHt Che Qiim)


Rabu, 8 Februari 2017

PROGRAM CHARACTER BUILDING FOR STUDENTS; NLP WAY

Ilmu 'Character Building" amat diperlukan pada masa kini
dipelbagai peringkat masyarakat (sekolah hingga ke alam pekerjaan)

Johor Bahru, 20/01/2017

Assalammualaikum wbt. Hai, apa khabar kalian semua ? Semoga terus sukses bersama kami dalam menambah nilai diri secara berpanjangan. Apakah anda pernah mendengar perkataan 'karakter' ? 'Karakter' itu apa ? Di sekolah kita apakah ada subjek berkaitan 'pendidikan karakter' yang diperlu dipelajari oleh pelajar atau orang dewasa ? Pasti kita tidak bertemu dengan subjek pendidikan karakter di sekolah bukan ?

Hari ini pelbagai masalah sosial membelenggu warga kita di Malaysia. Ini kerana rata-rata kalangan warga Malaysia telah hilang 'karakter diri'. Yang dimaksudkan dengan ilmu pendidikan karakter diri adalah "bagaimana diri seseorang bertindak, bersikap, berucap, dan merespon sesuatu". 

"Che Qiim, mengapa ilmu pendidikan karakter ini amat penting dikembalikan kepada masyarakat kita ?", tanya seorang peserta baru-baru ini. Ilmu pendidikan karakter amat penting dikembalikan pada masyarakat kita adalah kerana :-
(1) Memahami HAKIKAT KEWUJUDAN INSAN .
(2) Menganalisa HUBUNGAN KARAKTER dan KEPERIBADIAN INSAN.
(3) Menganalisa PROSES PEMBENTUKAN KARAKTER dalam DIRI INSAN.
(4) Membiasakan PERILAKU HORMAT pada DIRI SENDIRI.
(5) Membiasakan PERILAKU HORMAT pada ORANG LAIN.
(6) Membiasakan PERILAKU HORMAT pada PERSEKITARAN.
(7) Membiasakan PERILAKU JUJUR.
(8) Membiasakan PERILAKU DISIPLIN & TANGGUNGJAWAB.
(9) Membiasakan PERILAKU PATRIOTIK.

JADI,
"APAKAH KITA SUDAH BERSEDIA MENGEMBALIKAN ILMU PENDIDIKAN KARAKTER DI SEKOLAH HINGGA KE PERINGKAT UNIVERSITI ?"

Selamat Berfikir.

Ilmu Pendidikan Karakter Diterapkan 
Di Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru.
Sekolah ini merupakan sekolah angkat Smart Excel Consultant.

Reaksi pelajar STF
" Kalian semua POWER "
[Cht Che Qiim]
www.smartexcelconsultant.weebly.com
www.nlpmalaysiamudah.blogspot.my 
+6019-2044036

Isnin, 16 Januari 2017

CERTIFIED NLP@WORK PRACTITIONER, SEC-MALAYSIA

*Sistematik* *Praktikal* *Berkualiti*

Kemaman,13/01/2017 : 
Assalamualaikum dan salam sukses, kaya dan berjaya untuk pengunjung blog ini. Syukur Alhamdulillah. Hari ini baru dapat 'update' perkongsian ilmu pada kalian semua. Akhir-akhir ini 'team' kami semakin sibuk dengan permintaan demi permintaan organisasi mahu pun individu (private) untuk mereka mendalami ilmu pembangunan diri NLP & rawatan kesejahteraan emosi dan mental diri di klinik kami. Kesedaran untuk belajar ilmu kesihatan mental & emosi dikalangan warga kita semakin hari semakin menunjukkan jalan positif.

 Hati Yang Sakit Di Tempat Kerja ?
Bagaimana melalui strategi teraputik NLP dapat membantu 'membersihkan'
'Qalbu pekerja yang sakit' di tempat kerja (Top Management Hingga Ke Bawah).

Kerana itu seramai 20 orang pengurus dan penolong pengurus sebuah organisasi di Malaysia baru-baru ini telah mengikuti pentauliahan NLP di tempat kerja. Mereka adalah insan yang dipilih oleh organisasi bagi mengikuti program berprestasi tinggi bersama kami.

Mereka didedahkan dengan ilmu NLP yang disingkap melalui dua pintu utama iaitu 'pintu kaca mata barat' dan 'pintu kaca mata Islam'. "NLP merupakan satu cabang ilmu yang sangat luar biasa kerana ia berkait dengan manusia dan hubungannya dengan Allah s.w.t", ujar Sdr Azib Asmangi selaku Pengurus Umrah Rakyat Travel.
"Ilmu NLP menekankan kepada 3 komponen penting iaitu 
SIKAP, METODOLOGI & TEKNIK. Kerana itu ianya 
MUDAH untuk DIAMALI mengikut landasan AGAMA."

"Manusia dicipta amat sempurna dan tiada cacatnya.", ujar saya kepada mereka. Ini bermakna selaku seorang pengurus dan penolong pengurus yang mengurus tadbir 'sub-bordinat' dibawah perlu memandang 'sub-bordinat'nya dengan pandangan kasih sayang agar tugasan yang diberikan pada mereka dapat dilaksanakan dengan jaya. Seorang pemimpin yang baik di dalam organisasi perlulah terlebih dahulu 'membersihkan jiwa dalamannya' sebelum memulakan tugasan bersama 'anak buahnya'. Membangun 23 potensi diri adalah keutamaan bagi seorang pengurus di tempat kerja.
"Antara isu yang dirujuk ke klinik psikoterapi kami"

Hari ini ramai orang di organisasi amat sibuk dengan 'KPI', sangat sibuk dengan '5S', sangat sibuk dengan 'ISO', sangat sibuk dengan pencapaian sana sini. Namun, berapa ramai orang di dalam organisasi khususnya 'top management' sangat sibuk dan mengambil berat tentang kesihatan mental dan emosi warga kerjanya. 

Isu kesihatan mental, emosi dan kejiwaan dikalangan pekerja di organisasi perlu diambil kira kerana jatuh bangunnya sebuah organisasi itu terletak kepada KESIHATAN JIWA WARGA KERJANYA. Ilmu NLP hadir di dalam jiwa setiap warga kerja bagi membantu mereka meningkatkan tahap kesihatan mental & emosi di tempat kerja. 

"Belajar NLP perlu ada SISTEM yang 
BETUL ikut ACUAN AGAMA"

Bayangkan, apabila seorang bos suka memaki caci orang bawahannya di tempat kerja ? Apakah orang bawahannya akan 'gembira' melakukan tugasan yang diberi oleh bos seperti ini ? Apabila 'orang bawahannya pula' engkar dan degil (ikut kepala sendiri) saat melakukan tugasan yang diberi, bagaimana emosidan mental majikannya ? Masing-masing dalam keadaan 'TEKANAN YANG TINGGI' . Tekanan yang tinggi di tempat kerja boleh menyebabkan kesihatan mental seseorang terjejas. Silap-silap hari 'ada kalangan top management' yang masuk wad psikitris begitu juga dengan 'sub-bordinatnya juga'. 

JADI, APAKAH TINDAKAN MAJIKAN ANDA DI DALAM MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL, EMOSI & KEJIWAAN DIKALANGAN PEKERJANYA ?
 DAH TENAT...BARU NAK CARI UBATNYA ? 
DAH SESAK NAFAS BARU NAK CARI PAKARNYA ?
HUBUNGI KAMI SEKARANG !

 [CHt Che Qiim]
*International NLP Trainer, NFNLP-USA*
*International Hypnotherapist, IACT-USA*
*Pengasas Klinik Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant
+6019-2044036

Khamis, 22 Disember 2016

NOTA DIRI NLP : 7 IDAMAN MANUSIA ?

7 IDAMAN MANUSIA?

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Jumaat yang penuh cemerlang buat pengunjung blog ini. Dah lama tak 'update' penulisan di blog ini kerana kesibukan merawat klien dan membentang beberapa ide latihan yang SEGAR untuk 2017.Moga 2017 latihan sumber daya insan bergerak dengan pantas dan memberikan  IMPAK 600% kepada bakal pelajar kami semua.

Ada orang bertanya kepada saya, "Che Qiim, bagaimana kesalahan yang saya lakukan di dunia ini boleh terhapus dengan keizinan Allah s.w.t ?"

Baik. Sebelum  saya mengupas secara ringkas dan padat TAJUK PERTAMA ini (TERHAPUS DARI KESALAHAN), maka eloklah kita bincangkan beberapa perkara seperti :-

(a) Apa itu KESALAHAN ?
*Kesalahan adalah "sesuatu perbuatan yang kita lakukan, yang kemudian merugikan diri dan orang lain beserta memberikan kesan negatif kepada orang dan makhluk lain.

(b) Apakah semua kesalahan itu buruk belaka ?
*Kesalahan tidak semuanya buruk. Kesalahan-kesalahan  itu memberikan 'PENGALAMAN BESAR KEPADA KITA' dan secara fitrahnya kita lebih cepat MENDAPAT PENGAJARAN dari kesalahan tersebut. KESALAHAN MEMBERIKAN ERTI BAHAWA DIRI KITA MASIH LAGI MEMERLUKAN PERTOLONGAN ALLAH s.w.t untuk 'DIBERSIHKAN LUAR DAN DALAM'. 

(c) Apakah KESEDARAN yang kita peroleh dari kesalahan yang kita lakukan ?
* KESEDARAN untuk PERBAIKI DIRI (JANGKA PANJANG) di dunia dan akhirat.

 Namun, ada juga jenis manusia yang tetap terus dengan melakukan kesalahan di dalam kehidupannya. Orang seperti ini masih lagi 'teraba-raba' tentang kepentingan dirinya wujud di atas muka bumi ini. Apa yang perlu kita buat bagi menyedarkan orang yang jenis macam ini ? Jawapannya amat mudah iaitu "DOAKAN ALLAH MEMBERIKAN HIDAYAH PADA DIRINYA DAN KEMBALI PADA FITRAH INSANI (SUCI DAN BERSIH). Insyallah, usaha kita melalui doa yang berterusan pasti Allah makbulkan dengan syarat IKHLAS MENDOAKAN INDIVIDU tersebut. 

Jadi, bagaimana kesalahan yang individu lakukan di dunia ini boleh terhapus dengan keizinan Allah s.w.t ?

JAWAPANNYA adalah : MOHON ALLAH HAPUSKAN KESALAHAN YANG KITA LAKUKAN melalui DOA kepadaNYA. Doa paling 'simple' dan 'power' adalah ASTAGFIRULLAHA; 'ADZIM. Ucapakan istigfar tiap kali kita berdepan dengan ujian dariNYA. Kerana istigfar itu menghapus kesalahan-kesalahan yang kita lakukan. BERDIALOGLAH kepada ALLAH. ALLAH MAHA PENGAMPUN.  

SETIAP MANUSIA MENGINGINKAN AGAR ALLAH S.W.T MENGHAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHANNYA. Untuk itu, Allah s.wt hanya menjanjikan bagi orang-orang bertaqwa .
FIRMAN ALLAH S.W.T BERMAKSUD :
" ITULAH PERINTAH ALLAH YANG DITURUNKAN-NYA KEPADA KAMU, DAN BARANG SIAPA YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH NESCAYA DIA AKAN MENUTUPI KESALAHAN-KESALAHANNYA DAN AKAN MELIPATGANDAKAN PAHALA BAGINYA"
[ Surat Al-Thalaq : ayat 5 ]
Wallahu'alam.

PEDOMAN SIKAP DIRI 1 : 
" Dalam hidup ini tiada istilah kegagalan. 
Yang ada hanyalah sebuah kegagalan menjadi kejayaan. " 

[CHt Che Qiim]
Pentauliah NLP, NFNLP-USA
Klinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant Hypnotherapy Center
Pusat Niaga Batu Caves, Gombak
 
 

Sabtu, 3 Disember 2016

PENTAULIAHAN PENGAMAL KOMUNIKASI MEMPENGARUHI UNTUK DA'IE


 " KUALITI ANTARABANGSA"

Bismillahirrahmannirrahim.

Salam sukses untuk anda yang mengunjungi web pembelajaran kami yang sentiasa segar di dalam diri anda. Terima kasih kepada organisasi dan individu yang menggunakan kepakaran kami untuk membangun KARAKTER DIRI secara SISTEMATIK. 

Tahniah kepada bumi Brunei kerana menerima kunjungan hormat kami bagi melaksanakan PROGRAM PENTAULIAHAN PENGAMAL KOMUNIKASI MEMPENGARUHI UNTUK PARA DA'IE (PERTAMA DIRANTAU ASIA INI).
LIPUTAN MEDIA PERMATA, BRUNEI

Kalian semua amat menghargai ilmu yang diberikan oleh pihak kami. Dakwah masa kini memerlukan kaedah yang lebih praktikal, sistematik dan berkualiti. Para pendakwah perlu menggunakan 'ilmu psikologigunaan' seperti NLP dan Hipnoterapi di dalam kerja-kerja dakwah. Apabila pendakwah menguasai ilmu psikologi moden abad kini, maka mudah untuk memahami 'apa yang ada di dalam benak pemikiran dan emosi' mad'u sekaligus 'rhubungan rapat' dapat dibina dengan jayanya.

KEPAKARAN KAMI UNTUK KEGUNAAN ANDA.

Pendakwah perlu menyedari bahawa dengan menggunakan pendekatan komunikasi yang lebih persuasif dilapangan dakwah, maka mudah mad'u 'menyerah diri' kepada kita. Pendekatan dakwah 'bil hikmah' itu bukan hanya melalui percakapan, namun melalui 'layanan bahasa tubuh' juga memberikan kesan besar terhadap 'qalbu' mad'u. 

Corak pemikiran pendakwah juga perlu berubah. Corak 'menghukum' tidak lagi sesuai pada zaman kini. Ini kerana semakin pendakwah menghukum mad'u, semakin itu mad'u jauh dari sinar kebahagiaan dan ketenangan yang mereka idamkan. Pelbagai jenis cara berfikir didedahkan kepada pendakwah agar dapat digunakan di dalam komunikasi harian bersama mad'u. 
Pendekatan MUDAH, PRAKTIKAL & SESUAI
 DENGAN REALITI SEMASA

Kaedah penulisan yang persuasif juga didedahkan kepada para pendakwah kerana penulisan menggunakan gaya bahasa pemikiran mad'u lebih mujarab dan terus melekat di dalam 'QALBU' pembaca. Bayangkan, seorang lelaki hadir ke masjid sewaktu hari Jumaat, dan mendengar khutbah menggunakan kaedah psikologigunaan masa kini yang menyentuh kepada KESELURUHAN DERIANYA, apakah yang berlaku di dalam mindanya ?
" Penerangan yang JELAS dari ASPEK ISLAM & BARAT".

Apakah mungkin PERUBAHAN MINDA, HATI & TINGKAHLAKU boleh berlaku pada dirinya dengan IZIN ALLAH S.W.T. ? Banyak pahala kita sebagai sang pendakwah yang berkhutbah dan dapat menyentuh perasaan dalaman mad'u  hingga Allah membuka HIJAB HATINYA. Allahu akhbar. Bagaimana persediaan anda sebagai pendakwah bagi tahun 2017 ? Dah bersedia dengan 'PELBAGAI RAGAM MAD'U' kita ? Jika datang kepada anda seorang mad'u dan berkata, "SAYA MAHU BUNUH DIRI SEKARANG.'SAYA MAHU KELUAR AGAMA SEKARANG !.' Bagaimana anda mengendalikannya secara PERSUASIF?  SELAMAT BERFIKIR.

"INDAHNYA APABILA 
PENDAKWAH BIJAKSANA"

Mufakkir Illahi ;

[ CHt Che Qiim]
Ahli AHPM Berdaftar
Pentauliah NLP, NFNLP-USA (Chapter Malaysia)
Klinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
Smart Excel Consultant
+6019-2044036
*Penulis merupakan bekas pegawai unit latihan dan pendidikan Muallaf, PERKIM. Mengendalikan pelbagai kes yang melibatkan golongan muallaf menggunakan pendekatan psikologigunaan NLP & Hipnoterapi. Tugasan terakhir beliau saat bersama PERKIM adalah mengkaji berkaitan ISU PENDIDIKAN ANAK-ANAK MUSLIM PELARIAN ROHINGYA sehingga tertubuhnya PUSAT PENDIDIKAN MUHAJIRIN MUSLIM KANAK-KANAK ROHINGYA yang diletakkan dibawah pemantauan PERKIM. Beliau juga sedia bekerjasama dengan mana-mana badan/organisasi di dalam membangun karakter diri warga Malaysia secara profesional, berkualiti dan sistematik. Pendekatan pembelajaran bersama beliau santai dan praktikal.