Ahad, 19 Jun 2016

PENGAMALAN NLP EDISI RAMADHAN 1437H (SANTAI & BERKESAN)

Hari Pertama
Persijilan Antarabangsa Pengamalan Bertauliah
Neurolinguistic Programming EDISI RAMADHAN 1437 H
(NFNLP-USA)

Dakwah yang berjaya adalah bermula dari kalam seorang pendakwah. Kalam seorang pendakwah perlulah dengan hikmah dan kebijaksanaan mengatur langkah di medan dakwah. Pendakwah perlu tahu 'letak duduk' dirinya bersama masyarakat. Tidak kira apa jua latar belakang pendidikan anda, anda adalah seorang pendakwah. Anda selaku pentadbir organisasi juga boleh disebut sebagai pendakwah. Ini kerana anda menjalankan kerja-kerja membangun insan yang berada di dalam organisasi anda dengan satu matlamat iaitu MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH s.w.t.

 Sesi praktikal "Strategi Pengumpulan Maklumat"

Justeru, dengan satu tekad mahu menyampaikan risalah Illahi melalui Klinik Psikoterapi NLP & Klinikal Hipnoterapi, Smart Excel Consultant mengadakan PROGRAM PENTAULIAHAN NEUROLINGUISTIC PROGRAMMING (NLP EDISI RAMADHAN 1437H) dengan dihadiri oleh beberapa orang jurulatih organisasi.  Program pentauliahan ini dijalankan selama 6 hari secara ONE to ONE dan bertempat di NLP & Hypnotherapy Center, Batu Caves Gombak. 

Pelbagai topik dibincangkan di dalam kelas yang kecil dan berkualiti tinggi ini. Ianya termasuklah bagaimana para pendakwah masa kini perlu menggunakan ilmu NLP di dalam kerja-kerja dakwah lapangan mereka. Antara topik pembelajaran yang disentuh oleh Jurulatih NLP kami adalah seperti berikut :-

(1) Sejarah & latar belakang ilmu NLP dan kaitan dengan ilmu MANTIK, PSIKOLOGI abad kini.
(2) Sikap seorang yang mengamali ilmu NLP.
(3) Persoalan masyarakat terhadap ilmu NLP & Hipnoterapi.
(4) Persediaan diri selaku psikoterapis NLP.
(5) Kemenjadian insan (23 potensi insan yang luar biasa).
(6) Merawat kejiwaaan diri seseorang melalui teknik psikoterapi NLP.
(7) Ilmu asas psikoterapi & jenis-jenisnya (Barat & Islam)
(8) Terapi '5-steps forgiveness'
(9) Terapi 'Merawat Hati Yang Sedih'; dan sebagainya.

 Teknik NLP Merawat Konflik Diri Bersama Peserta

Agak menarik pada sesi terapi 'merawat hati yang sedih' . Kerana apa ianya menarik ? Kerana salah seorang peserta kelas ini mengalami satu situasi kesedihan dimana kucing kesayangannya mati. Ianya meninggalkan kesan yang mendalam pada 'pemikiran bawah sedarnya'. 15 minit terapi merawat hati yang sedih dilakukan kepada dirinya, dan akhirnya diri beliau merasa lega. Lega kerana dapat melepaskan emosi kesedihan yang mengekang dirinya.  Terima kasih Ya Allah, atas anugerah ilmu yang tidak terhingga ini. Insyallah, BERTEMU KITA pada 26/08/2016 untuk PROGRAM PENGAMALAN NLP BERSIJIL dibawah bimbingan kami.

[ PENTAULIAHAN NLP, NFNLP-USA]
TARIKH : 
26-31/08/2016
MASA :
09.00am-06.00pm
TEMPAT :
NLP & HYPNOTHERAPY CENTER,
BATU CAVES, GOMBAK
NORMAL FEE :
RM 3,999
NILAI ISTIMEWA :
RM 2,679
(Local & International Certification) 

DAFTAR SEKARANG !

SILA HUBUNGI :
+6019-2044036 (CHE QIIM)
+6019-3897580 ( MR KAY)

SANTAI & BERKESAN !

Isnin, 13 Jun 2016

FIKIRAN ITU APA ?

" Kekuatan Fikiran ; Kemuliaan manusia terletak pada fikirannya."
[ PASCAL ]

"Che Qiim, fikiran itu apa ?", tanya salah seorang peserta di dalam program kami tempoh hari.  
Pastinya anda tertanya-tanya fikiran itu apa ? Apa yang ada di dalam fikiran kita ? Apa pentingnya fikiran pada diri kita ? Bagaimana fikiran kita beroperasi ? Apakah manfaat disebalik fikiran yang ada pada diri kita?

Dalam al-Khawathir, Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi mengatakan, "Fikiran adalah ALAT UKUR YANG DIGUNAKAN OLEH MANUSIA UNTUK MEMILIH SESUATU YANG DINILAI LEBIH BAIK dan LEBIH MENJAMIN MASA DEPAN DIRI & KELUARGANYA."

Dalam psikologi sosial, ilmuan mendefinisikan 'BERFIKIR'  adalah 'bahagian terpenting yang membezakan antara MANUSIA dan BINATANG, serta TUMBUHAN dan BENDA MATI." Dengan berfikir, manusia dapat :-

(1) MEMBEZAKAN ANTARA 'BERMANFAAT' DENGAN 'TIDAK BERMANFAAT'.
(2) MEMBEZAKAN ANTARA 'HALAL' DENGAN 'HARAM'.
(3) MEMBEZAKAN ANTARA 'POSITIF' DENGAN 'NEGATIF'.

Dalam Quwwat at-Tahakkum fi adz-Dzat, kita mengutip kalimah bijak dari seorang ahli falsafah India Kuno,"Hari ini, anda bergantung pada fikiran yang datang pada saat ini. Esok, anda ditentukan oleh ke mana fikiran membawa anda."

Maka, perasaan dan perbuatan kita adalah bermula dari fikiran kita. Apa yang kita fikir itulah yang terjadi. Jika kita fikirkan sesuatu yang negatif, maka hasilnya juga adalah negatif. Setiap hari manusia menghadapi lebih dari 60,000 fikiran. Satu-satunya yang diperlukan oleh sejumlah besar fikiran ini adalah TUJUAN.

Jika tujuan yang ditentukan bersifat negatif, maka sekitar 60,000 fikiran akan keluar dari memori ke arah sana. Jika tujuan fikirannya bersifat positif maka sejumlah fikiran yang sama juga akan keluar dari ruang memori ke arah yang positif itu. 

"80% fikiran manusia bersifat negatif dan berfungsi sebaliknya".
[ 1986, Fakulti Kedoktoran San Francisco ]
 
Hasil penelitian ini memperkuat penyataan bahawa NAFSU CENDERUNG MENYURUH PADA KEBURUKAN (AMMARAH BI AL-SU'). Dengan kiraan yang paling sederhana, 80% dari 60,000 fikiran bererti setiap hari kita memiliki 48,000 FIKIRAN NEGATIF. Ya ke 48,000 FIKIRAN NEGATIF ? Semua itu mempengaruhi PERASAAN, PERILAKU serta PENYAKIT yang MENDERA JIWA & RAGA. 
BERHATI-HATI DALAM MEMILIH FIKIRAN DI BENAK KITA.
 
Dalam al-Quran, Alla swt membezakan antara orang yang berilmu dengan tidak berilmu. Allah s.w.t berfirman yang membawa maksud, " Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ?" (Az-Zumar : 9)
 
MULAKANLAH PERJALANAN HIDUP ANDA DENGAN KEKUATAN FIKIRAN DALAMAN ANDA 
MULAI SEKARANG !
 
[ CHt Che Qiim ]
International NLP Trainer, NFNLP-USA
International Hypnotherapist, IACT-USA
*Penulis adalah pengasas kepada Klinik Psikoterapi & Hipnoterapi Smart Excel Consultant. 
Beliau juga adalah pentauliah NLP di Malaysia dibawah NFNLP-USA. Berkecimpung di dalam industri latihan sumber daya manusia sejak tahun 2002 hingga kini. Telah banyak sesi klinikal terapi yang dijalankan oleh beliau kepada warga Malaysia.
 
 

Khamis, 26 Mei 2016

NLP VIRAL SELURUH DUNIA (NFNLP-USA] @ RAMADHAN SPECIAL OFFER 2016


MENAKJUBKAN !
 BERKUALITI !
BERBALOI.

[ 13-18/06/2016 ]
2 PENTAULIAHAN , 
1 HARGA ISTIMEWA

Firman Allah s.w.t ;-
" Sesungguhnya telah kami jadikan manusia, 
SEBAIK-BAIK KEJADIAN "
( Surah At-Tin :04)


PERTANYAAN SEDERHANA dari KAMI untuk ANDA ...

"APAKAH YANG ANDA MAHUKAN SEBAGAI SEBAIK-BAIK KEJADIAN ?"

1.Anda mahu LONJAKKAN DIRI DALAMAN anda ?

2-Anda mahu KUASAI PROFILING 'SEBAIK-BAIK KEJADIAN' yang termaktub di dalam AL-QURAN ?

3-Anda mahu memantapkan HIKMAH KOMUNIKASI anda dengan orang sekeliling anda ?

4- Anda mahu KUASAI KAEDAH RAWATAN QALBU cara NLP demi menyerlah 'sebaik-baik kejadian insan' ?

5- Anda mahu KUASAI ilmu NLP untuk BIDANG PROFESIONAL anda ?

Jika anda MAHUKAN PERKARA DIATAS, rebut PELUANG bersama KAMI pada RAMADHAN 2016 ini pada 

HARGA RAMADHAN : 
RM 1,999 SHJ / INDIVIDU ( 6 HARI)

Dan....anda LAYAK BERGELAR "NLP PRACTITIONER"

KELEBIHAN BELAJAR BERSAMA KAMI ?

(1) Boleh melanjutkan pembelajaran NLP hingga ke peringkat 'Trainer NLP' (NFNLP-USA)
(2) Jurulatih anda (Qualified & Certified) di dalam mengendalikan KES-KES KLINIKAL TERAPI (FOBIA, TRAUMA, KEGAGAPAN, LGBT DLL)
(3) 30% TEORI , 70% PRAKTIKAL DLL.

BAGAIMANA DENGAN 
YURAN PEMBELAJARAN ?

DEPOSIT BOOKING BELAJAR 
[ RM 500 ]

* Baki pembelajaran dilunaskan  pada/sebelum tamat pembelajaran.

DAFTAR SEKARANG ! 
TEMPAT TERHAD .

HUBUNGI HOTLINE / WHATSAPP KAMI :
019-2044036 (CHE QIIM)


[ Kesan Terapi NLP Kepada Peserta NLP Practitioner Kami]

Apa Itu NLP ?

Strategi Mata NLP

Sabtu, 21 Mei 2016

PENGAMALAN NEURO LINGUISTIC PSYCHOTHERAPY (NLPt) PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK AKRAB ORGANISASI

"Neuro Linguistic Psychotherapy (NLPt) 
Amat Penting Di Organisasi Malaysia"

PUTRAJAYA , 20/05/2016 : 

"Che Qiim, lepas buat terapi '5-steps forgiveness' tadi, dada saya rasa sesak, ketat dan tiba-tiba hati rasa sayu. Memang macam tu ke bila lepas terapi ?", tanya salah seorang peserta CERTIFIED NEURO LINGUISTIC PSYCHOTHERAPY (NLPt) anjuran bersama Bahagian Sumber Manusia KKLW.

Macam-macam rasa akan dialami oleh mereka yang mengalami kesakitan emosi. Bayangkan bahawa anda membawa dendam kesumat terhadap seseorang hingga ke akhir hayatnya, apakah yang berlaku pada diri anda ? Bayangkan juga bagaimana kehidupan anda di tempat kerja apabila sering dikritik, sering dibuli oleh rakan atau majikan anda, sering diperlekeh dan tidak keterlaluan jika saya katakan anda mungkin juga sering diumpat keji oleh orang sekeliling anda, dan mungkin juga anda diserang oleh pasangan anda ketika di pejabat kerana 'cemburu buta'. Maka, bagaimana perasaan diri anda ? Bagaimana prestasi kerja anda ? Sering datang lewat ke tempat kerja ? Sering 'mengular' ? Punch kad ada, namun...muka orangnya tiada di pejabat. Akhirnya, wujud masalah prestasi kerja dikalangan warga organisasi sehingga memeningkan bahagian pengurusan sumber manusia institusi anda.

 'Sesi pre-therapy dijalankan kepada salah seorang peserta NLPt"

Kerana itu Pengamalan Neuro Linguistic Psychotherapy (NLPt) amat PENTING kepada AHLI AKRAB di Malaysia di dalam membantu meringkan beban yang digalas oleh para kaunselor organisasi Malaysia. Baru-baru ini bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW), Putrajaya telah berlangsung Program Pentauliahan Profesional (Certified NLPt Practitioner) kepada ahli AKRAB KKLW secara SANTAI, SISTEMATIK dan PRAKTIKAL. 

Program pentauliahan ini berlangsung selama 3 hari yang dikendalikan oleh Smart Excel Consultant, selaku pakar perunding di dalam bidang pengurusan tekanan (mental, emosi dan kejiwaan). Tiga hari yang penuh mengujakan ini diberikan kepada peserta bagi membantu kaunselor organisasi untuk menurunkan kadar kes berprestasi rendah dikalangan warga kerja. Pelbagai kes warga kerja diketengahkan dan ianya memerlukan tindakan pantas ahli AKRAB di dalam menangani isu tersebut.

 " Sakit bahu saya setelah melalui sesi terapi ini".

CHt Hj Khaeril Anuar, salah seorang tenaga  pakar di dalam bidang merawat individu yang terjebak dengan LGBT berkata, program pentauliahan NLPt ini adalah program yang pertama di Malaysia dan ianya adalah NILAI TAMBAH yang UNIK buat ahli akrab organisasi. Pelbagai penyakit mental dan kejiwaan ditemui di dalam organisasi berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan kes-kes ketidakselesaian emosi warga kerja. Kebanyakkan warga kerja masa kini memendam perasaan dan tidak tahu kepada siapa mereka mahu dirujuk. Mungkin juga stigma  warga kerja terhadap kaunseling dan rawatan pemulihan emosi dan kejiwaan ini hanyalah kepada orang yang bermasalah. Stigma seperti ini adalah jauh menyimpang dari pengertiaan asal psikologi. Kerana itu wujud perbezaan antara 'mental health' dengan 'mental illness'.


 Sesi praktikal Terapi Pengurusan Konflik & Tekanan

Kenyataan CHt Hj Khaeril disokong oleh Pengasas Klinik Psikoterapi NLP & Hipnoterapi Malaysia, Sdr Mohd Mustaqiim Asmuji. Beliau berkata, "masih ramai dalam kalangan warga kerja organisasi di Malaysia membiarkan emosi mereka menguasai diri sehingga akhirnya 'meletop' bagaikan gunung berapi. Bayangkan, masih ada lagi warga kerja yang buat endah tak endah sahaja berkaitan emosi diri di tempat kerja hingga memendam rasa dengan majikan. Mulut majikan pula bila berkata-kata dengan orang bawahannya, amatlah kurang enak. Begitu juga dengan orang bawahan terhadap majikan mereka. Dimana budi bahasa kita ketika bekerja? Apakah kita bekerja dengan 'robot' atau 'manusia' yang ada emosi ?", ujar beliau selepas mengendalikan modul psikopatalogi & psikoterapi kepada peserta.

Ujian Pentauliahan NLPt Warga Akrab KKLW

 Ujian Pentauliahan NLPt Warga Akrab KKLW

Seramai 46 orang ahli akrab KKLW mengikuti program pengamalan ini. Ianya adalah satu pentauliahan yang bermakna buat para peserta. Keterlibatan mereka amat mengagumkan kami kerana para peserta benar-benar mahu belajar dan menggunakannya secara terus di dalam kerja-kerja sebagai terapis khidmat sosial negara. Peserta didedahkan dengan pengenalan ilmu NLPt dan bagaimana menggunakannya dilapangan kerja harian mereka. Mereka juga didedahkan dengan model pembangunan insan (I-HES) ketika merawat emosi dan pemikiran dalaman klien. Program pengamalan ini berakhir dengan Ujian Pentauliahan NLPt dan para peserta akan menjalani LATIHAN PRAKTIKAL dengan pengawasan dari pihak klinik psikoterapi NLP & Hipnoterapi, Smart Excel Consultant dan Bahagian Sumber Manusia, KKLW.

"KUMPULAN AKRAB KKLW PERTAMA DI MALAYSIA 
YANG DITAULIAHKAN 
CERTIFIED NEURO LINGUISTIC PSYCHOTHERAPY (NLPt)"

[CHt Mohd Mustaqiim Asmuji]
Pengasas NLPt Malaysia
International NLP Trainer, NFNLP-USA
International Hypnotherapy, IACT-USA
www.smartexcelconsultant.weebly.com 
www.klinikhipnoterapisec.webs.com 
Tel : +6019-2044036
Emel : cheqiim@gmail.com
Fb: Like Klinik Hipnoterapi Smart Excel Consultant

Sabtu, 14 Mei 2016

AKHIRNYA MELETOP ?

"Kemurungan yang tidak dirawat mengundang
padah dalam kehidupan harian pesakit."
(14/05/2016)

Salam sukses buat semua pengunjung blog ini. Saya amat menghargai anda kerana bersama kami di dalam merawat jiwa, emosi dan pemikiran diri melalui kaedah Neuro Linguistic Psychotherapy (NLPt) dan Klinikal Hipnoterapi.
Agak menarik kisah hari ini, ketika merawat seorang klien dari sebuah negeri. Beliau hadir bersama isteri dan anak-anaknya tepat jam 10.00 pagi. Sesi klinikal terapi hari ini memberikan tumpuan kepada diri klien yang menganggap dirinya 'gagap bila berkata-kata' dengan orang sehingga dirinya menjadi 'tertekan'. Berpandukan kepada kenyataan bahawa 'klien adalah klien. Kerana mereka telah terputus komunikasinya dengan minda bawah sedarnya', maka sesi klinikal terapi dijalankan keatas klien ini.

Ketika sesi klinikal berlangsung (membuang tekanan yang dihadapi oleh diri klien), secara tiba-tiba badan klien jadi tak tentu arah, berdiri dan terus bersilat. kekuatan diri klien lain macam. Macam orang yang terkena rasukan. Namun, saya sudah dapat menduga apakah yang sebenarnya terjadi pada diri dalaman klien. Beliau menghadapi 'isu kemurungan pada diri' semenjak dari waktu kecil hingga membawa ke alam dewasa. Kemurungan itu juga 'bercampur dengan sesuatu' yang pernah dimiliki oleh arwah atuk beliau.

Bila kita berborak berkaitan isu kemurungan, apakah sebenranya kemurungan ? Apakah tanda-tanda seseorang itu menghidap kemurungan ? Bagaimana untuk menyelesaikan diri individu yang terlibat dengan 'penyakit kemurungan' ?

Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau  putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan  yang bermakna dan gembira. 

Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu  emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan 'perubatan' dan bantuan 'psikoterapi' , 'kaunseling' perlu diberi seawal mungkin kepada  mereka yang terlibat  dengan kemurungan.

Kemurungan yang tidak dikawal dan dirawat akan memberikan kesan kepada kesihatan SPIRITUAL, EMOSI, MENTAL & FIZIKAL diri.


FAKTOR-FAKTOR KEMURUNGAN

Berdasarkan kepada pengalaman klinik psikoterapi kami mengendalikan kes berkaitan 'ketidakselesaian emosi' dikalangan warga Malaysia, kami mendapati bahawa wujud faktor-faktor menjadikan seseorang itu terjebak dalam kemurungan. Antara faktornya adalah :-

(1) Kehilangan  orang yang paling disayangi secara mendadak hingga individu tersebut tidak boleh menerima hakikat kehilangan orang tersayang.

(2) Tekanan rumahtangga (tidak puas hati dengan pasangan hingga memendam rasa).

(3) Tekanan di tempat kerja (majikan & kawan-kawan)

(4)  Mahu kehidupan yang dijalaninya dengan cara 'perfect'.

(5) Peristiwa / pengalaman buruk yang pernah menghantui dirinya semenjak kecil hingga terbawa-bawa ke alam dewasa.

(6) Kos sara hidup yang meningkat zaman ini hingga menjadikan sebahagian besar warga Malaysia tidak mampu mengawal pemikiran dan emosinya hingga bertindak membunuh diri dan sebagainya.

Namun, pertanyaan sederhana dari saya untuk anda selaku warga Malaysia, 

SEJAUHMANAKAH ANDA SERIUS UNTUK MENANGANI GEJALA DEPRESI INI ?
SEJAUHMANA KESEDARAN WARGA MALAYSIA UNTUK MERAWAT 
HATI, EMOSI, PEMIKIRAN DIRI SAAT BERDEPAN DENGAN DEPRESI ?
MAHUKAH WARGA MALAYSIA MENGELUARKAN WANG UNTUK 
MERAWAT DIRI DALAMAN YANG SEDANG DILANDA KESAKITAN ?

PILIHAN & KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA.
JANGAN DAH SAMPAI TERUK...
BARU NAK BERTEMU DENGAN PAKAR 
YANG TERLIBAT DI DALAM PENGURUSAN TEKANAN & MENTAL.

MUNGKIN...
WAKTU ITU SUDAH TERLAMBAT. 

[CHt Che Qiim]
International NLP Trainer, NFNLP-USA
International Hypnotherapist, IACT-USA
*Beliau merupakan klinikal psikoterapi NLP & Hipnoterapi bertauliah
di Klinik Psikoterapi NLP & Hipnoterapi, Smart Excel Consultant
*Beliau juga merupakan pentauliah program Certified NLP Practitioner Di Malaysia.
*Pernah menyumbang artikel di dalam isu MH 370 melalui Bernama.com 
"Hipnoterapi Merawat Fear Of Flying".
*Terlibat secara langsung di dalam Segmen Positif Pagi Bersama Che Qiim (Musim 1), 
Selamat Pagi Malaysia (RTM, 2015) 
www.cheqiim.weebly.com 
www.smartexcelconsultant.weebly.com 
www.klinikhipnoterapisec.webs.com
Emel : cheqiim@gmail.com 
Tel : +6019-2044036 

Rabu, 4 Mei 2016

KEMAAFAN DARI HATI UNTUK PERUBAHAN DIRI

"KEMAAFAN DARI HATI UNTUK PERUBAHAN DIRI"
Sumbangan Artikel :
[Sdr. Koko, C.NLPt]
*Perkongsian kisah menarik ketika merawat klien pada 29/04/2016

Apa khabar kalian semua ? Moga kalian sihat hendaknya. Pada tarikh 29/04/2016, saya mendapat satu pengalaman berharga yang ingin saya kongsikan kepada anda semua. Perkongsian ini dibuat agar dapat menyuntik semangat anda semua bagi mendalami bidang pemulihan jiwa abad kini.

Pada hari itu, seperti biasa saya melakukan 'pre induction talk' bersama klien saya. Sesi 'curhat' berlangsung. Seorang nenek memulakan bicaranya dengan baik dan sudah pastinya telinga saya dipinjam sebentar olehnya bagi meluahkan hati kecilnya yang sudah terbungkam lama.

Selesai kronologi 'curhat' dibicarakan kepada saya, maka saya melanjutkan sesi tersebut dengan Terapi Kemaafan (5-steps forgiveness). Sebelum sesi terapi dijalankan kepada nenek ini, satu soalan yang diajukan kepada beliau iaitu "Apakah perkara yang penting di dalam kehidupan anda ?". Saya ulangi soalan tersebut sebanyak tiga kali sambil memberitahu 'klien' akan tips bahawa 'bahasa kejujuran itu amat singkat dan mudah diutarakan di dalam sesi ini'. Dan...akhirnya, nenek itu mengeluarkan kata-kata "Ketenangan" yang beliau inginkan.

Ketika perkataan 'ketenangan' itu diungkap oleh beliau, ianya menjadikan satu tanda tanya pada diri saya lantas saya mengajukan pertanyaan kepada beliau, "Apakah ketenangan yang nenek cakap itu difikiran atau dihati nenek ?".

"Breaking puzzle" berjaya merungkai maksud sebenar dari ketenangan yang diungkap oleh nenek itu melalui kekuatan 'sub-modaliti'. Akhirnya, ketenangan yang nenek itu ingin capai adalah 'ketenangan dihati' bukan difikiran.

Jiwa nenek ini telah dibelenggu dengan perasaan 'dendam kepada arwah suaminya' serta 'kemarahan yang teramat dalam terhadap anak lelakinya yang hanya memiliki sebelah sahaja buah pinggang'. Anak lelakinya seringkali mengungkit-ungkit sesuatu perkara dan banyak melakukan penyeksaan batin terhadap dirinya melalui kata-kata yang merobek perasaan dia sebagai seorang ibu. Ianya sekaligus mengingatkan kembali 'perangai arwah suaminya'.

Kerana dendam dan kebencian inilah, tiada doa dipanjatkan untuk suaminya sehingga suami berada di ambang sakaratul maut.  Dia melihat sendiri bagaimana suaminya meninggal dengan agak terseksa dan mungkin ini adalah balasan  Tuhan pada apa yang pernah suaminya lakukan ke atas dirinya. Kebencian pada anaknya semakin hari semakin bertambah.

Selepas nenek ini meluahkan isi hatinya, dan bersedia untuk menjalani sesi terapi kemaafan, maka saya mulakan sesi tersebut. Tiba-tiba....dipertengahan sesi terapi saya melihat raut wajahnya berubah tenang dan tersenyum sedikit sambil tangan kanannya bergerak dan sedikit bergetar.

Setelah selesai sesi terapi dijalankan, saya pun bertanya, "Apakah yang berlaku pada diri nenek sebelum dan selepas menjalani sesi terapi ?".  Sebelum menjalani sesi terapi, dia merasakan bahawa dia tidak boleh memaafkan arwah suaminya, dan marah pada anaknya serta tidak mahu mendoakan kesejahteraan terhadap suaminya.

Namun, setelah menjalani sesi terapi kemaafan, dia merasakan hatinya sangat lapang. Kepalanya merasa ringan dan terasa sakit di hujung  jari kaki dan tangan. Dia sudah boleh mengikhlaskan diri terhadap perkara yang berlaku pada dirinya dan ketawa dengan kegembiraan  hati yang luar biasa kerana setelah berumur 73 tahun akhirnya dia mampu melakukan kemaafan dari hatinya sendiri. 

Keesokan harinya (selepas sesi terapi), dia memberitahu kepada saya bahawa pada malam tersebut (selepas terapi), dia bermimpi  melihat seorang lelaki berpakaian putih sedang tersenyum kepadanya. Dan...pada waktu pagi anaknya menelefon beliau meminta maaf  dan melafazkan kata-kata baik sambil dia memberitahu anaknya, " Nak...sudahlah. Mari kita berkasih sayang. Mak sudah maafkan kamu nak dan maafkan mak juga ya?".

Ibrah dari sebuah terapi kemaafan yang saya lakukan kepada nenek ini adalah bagaimana hubungan  silaturahim amat penting untuk dibina semula dan ianya perlu melalui proses pembersihan jiwa dalaman. Kemaafan dari hati untuk perubahan diri.

[Sdr. Koko, C.NLPt)
NLP Therapist Malaysia
+6017-2331537

Selasa, 3 Mei 2016

KENAPA SAYA PERLU TUNGGU SELAMA 13 TAHUN ?

"Sesi terapi merehatkan sistem saraf dalam diri"

Salam sukses buat pengunjung blog Psikoterapi NLP kami. Kami mengucapkan 'SELAMAT HARI PEKERJA 2016' buat kalian semua. Kepada anda yang bertugas selamat bertugas dengan penuh integriti dan bertanggungjawab. Ingat ! Setiap rezeki yang anda perolehi menjadi darah daging anda dan ahli keluarga anda.

"Che Qiim, saya ingin bertanya pada Che Qiim. Ianya berkaitan dengan 'pertarungan jiwa dalaman saya'. Saya dah lama pendam. Saya dah banyak bertanya ustaz berkaitan apa yang berlaku di dalam jiwa saya. Namun, jawapan mereka masih belum memuaskan hati saya. Macam-macam program saya dah pergi, 'jiwa dalaman saya masih lagi "bertarung". Macamana diri dalaman saya mahu merasa 'tenang' ?, tanya seorang peserta selepas selesai sesi Modul 23 POTENSI  INSAN  di dalam PROGRAM  INSAN (Modul Kekeluargaan) baru-baru ini.

Allahu akhbar. Saya melihar raut wajahnya yang kurang sirna. Kelopak matanya menunjukkan riak untuk menangis. Dan...selang beberapa minit, air matanya mengalir deras membasahi pipinya. Beliau seorang usahawan yang berjiwa kental. Masuk ke kelas kami untuk mendapatkan jawapan disebalik apa yang berlaku pada dirinya. Beliau sudah 'search di google' dan 'mengikuti perkembangan  NLP dan Hipnoterapi yang kami kendalikan sejak beberapa tahun lepas'.
Saat itu saya bertanya kepada beliau, "Apakah yang beliau inginkan disebalik 'pertarungan jiwa dalamannya?'. Beliau membalas, 'Saya mahu membuang tabiat buruk saya.'
"Apa yang difikir beri kesan keatas tubuh badan"

"Tabiat apa yang awak mahu buang ?", tanya saya lagi.

"Tabiat berkaitan.............".

"Ok. Saya memahami apa yang sedang berlaku pada diri awak. Sebelum awak mahu membuang tabiat tersebut yang menyebabkan pertarungan jiwa dalaman awak, apakah awak mengenali dan memahami 'tabiat' tersebut ?", tanya saya pada beliau.

"Saya mengenali dan memahami tabiat tersebut. Namun, setiap kali saya mahu membuangnya, saya gagal membuang tabiat tersebut. Antara salah satu tujuan saya masuk kelas Che Qiim ni, untuk cari jawapannya. Jawapan untuk tinggalkan tabiat tersebut.", kata beliau sambil mengesat air matanya.

"Baiklah. Jika awak mahu membuang tabiat tersebut, apakah awak tahu, faham dan sedar apakah makna 'membuang' tabiat tersebut pada diri anda ? Membuang dari aspek apa ? Apakah awak mahu membuang tabiat awak dari aspek fizikal (tabiat tersebut) atau dari aspek dalaman (Qalbu, Mental & Emosi) ?"

Beliau senyap dan mula berfikir sejenak. Tiba-tiba beliau berkata, " Che Qiim, kenapa saya perlu tunggu selama 13 tahun untuk meleraikan pertarungan jiwa dalaman saya ini ?"

Jawapannya mudah sahaja, "Kerana apa awak perlu tunggu selama 13 tahun untuk meleraikan pertarungan jiwa dalaman awak ?"

Beliau terus menjawab, "Kerana Allah sayang saya."

"Benar, kerana Allah sayang awak. Ini bermakna Allah tersannnnngaat menyayangi awak. Namun, apakah selama 13 tahun awak menghadapi situasi tersebut, awak tetap menyayangi diri awak atau pernah terfikir mahu bunuh diri, terjun baangunan atau mula mengasingkan diri dari orang lain ?". Beliau senyap dan air matanya terus mengalir.

"Terima kasih Che Qiim. Sekarang, saya sudah dapat jawapannya. Malam ni saya ikuti kelas seterusnya. Membuang segala 'ketidaktenteraman jiwa dalaman saya' . Saya tak sabar nak jalani sesi terapi kejiwaan malam ini. Tq Che Qiim". Beliau meninggalkan dewan kursus dengan wajah dan emosi diri yang baru.
"TQ kerana bersama Program INSAN Kekeluargaan Bersama Kami"

Allahu akhbar. Subhanallah. Terima kasih Allah, kerana ENGKAU telah PERTEMUKAN beliau dengan kelas pembelajaran profesional ini. Bak kata beliau, "Ramai lagi orang diluar sana perlukan terapi kejiwaan seperti ini. Tq Che Qiim, bebanan jiwa saya mulai berkurangan setelah sesi terapi tadi".

BENARLAH KATA-KATA BELIAU ...
"RAMAI LAGI ORANG DILUAR SANA PERLUKAN 
TERAPI KEJIWAAN SEPERTI INI.

NAMUN, PERTANYAAN SEDERHANA DARI KAMI...
" APAKAH MEREKA YANG RAMAI DILUAR SANA BERSEDIA 
UNTUK MENYUMBANG
SEDIKIT PELABURAN MASA, WANG & TENAGA 
UNTUK MERAWAT DIRI DALAMANNYA ?"

SERIBU JAWAPAN BOLEH DIBERIKAN.
NAMUN, JAWAPAN yang DIBERIKAN ITU 
KEBANYAKKANNYA ADALAH 
"ALASAN" bukan "PENYELESAIAN".

ALASANNYA ADALAH :
"SAYA TIDAK ADA MASALAH"
"SAYA OK SAHAJA"
"MAHAL NAK BUAT RAWATAN"

DAN.......

Fikir-fikirkan dan selamat BERTINDAK.

[CHt Che Qiim]
International Hypnotherapist, IACT-USA
International NLP Trainer, NFNLP-USA
Klinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi
www.klinikhipnoterapisec.webs.com
www.smartexcelconsultant.weebly.com 
www.nlpmalaysiamudah.blogspot.my 
+6019-2044036