KELAS EKSLUSIF UNTUK JURUTERAPIS NLP, HIPNOTERAPIS
DAN PERAWAT PELBAGAI BIDANG AMALAN. (TCM)
30/09/2017 ; Pusat Psikoterapi NLP & Hipnoterapi Gombak
Salam sukses buat pengunjung blog ini. Dah lama saya tak 'kongsi' ilmu dengan anda semua kan ? Pasti anda ternanti-nanti, apakah ilmu yang bakal dikongsi pada 'entri' kali ini.
"Saat tidak mengajar, kita belajar."
"Dr, boleh ajar kami ilmu berkaitan ANATOMI & FISIOLOGI untuk kegunaan di dalam bidang perawat mental dan emosi ?", tanya saya pada Dr Nadirah dari PPUM seawal bicara saya bersamanya tempoh hari.
Anda pernah mendengar perkataan 'anatomi' ? Mungkin bagi orang yang ambil jurusan perubatan, pasti mereka tidak asing dengan perkataan 'anatomi'. Bagi kita sebagai perawat kesihatan mental dan emosi, perlu tahu berkaitan dengan kewujudan ilmu ini.
KITAB AL-HAWI FI AL-TIBB , AR-RAZI
Apa itu anatomi ? Dah berapa lama ilmu ini wujud dan bagaimana ianya wujud ? Sepertimana yang diterangkan oleh Dr Nadirah Nik Azis di dalam kelas ini, ilmu anatomi ini sudah wujud sejak 2,000 tahun yang lepas (pada zaman Greek).
Anatomi
berasal dari bahasa
yunani yang bererti
memotong. Ilmu
anatomi merupakan
cabang ilmu pengetahuan
mengenai struktur
tubuh pada manusia
dan haiwan.
Cabang ilmu ini amat menarik dipelajari oleh anda selaku pengamal di dalam bidang kesihatan minda dan emosi kerana ianya adalah NILAI TAMBAH di dalam sesi perawatan bersama klien. Objektif kelas ekslusif ini diberikan kepada perawat / non-medik adalah ....
OBJEKTIF PEMBELAJARAN ANATOMI
Tadahan ilmu yang sungguh padu dari 5 orang pelajar menjadikan kelas ini bertambah WOW. Sarat dengan maklumat yang 'mudah difahami' dan 'mudah dihadam' oleh perawat / non-medis. Bab yang paling SYOK adalah STRUKTUR OTAK & KEFUNGSIAANYA. Subhanallah...allahu akhbar. Patutlah 'student medic' belajar selama 6 tahun.
RAHSIA ILLAHI MELALUI SISTEM BADAN MANUSIA
Kerana apa? Kerana belajar bab 'brain' sahaja ambil masa selama 4 bulan (berdasarkan kepada pengalaman tenaga pengajar sewaktu di UIAM). Anatomi 'brain' amat kompleks dan ianya adalah anugerah yang teragung buat diri manusia. Macamana saya nak gambarkan keseronokan belajar dalam kelas ini ya ? Mudah sahaja. MASUK DULU DAN BELAJAR. BARU TAHU, NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH KAMU MAHU DUSTAI LAGI. Wallahu'alam.
[CHt CHE]
Founder
NLP & Hypnotherapy Center
Smart Excel Consultant
www.cheqiimpower.wixsite.com.my/powerperformance
+6019-2044036