(Sesi Klinikal Psikoterapi NLP & Hipnoterapi Di Jalankan Keatas Klien)
*Gambar diatas adalah dengan izin klien.
Salam sukses untuk para pengunjung blog www.nlpmalaysiamudah.blogspot.com. Allhamdulillah wa syukru lillah. Bersama lagi di dalam zon pengetahuan berkaitan NLP & Hipnoterapi. Kali ini saya mahu mencoretkan secebis pengalaman merawat seorang pelajar berumur 14 tahun. Kesnya adalah 'kegagapan' sejak berusia 3 tahun. Dan... paling kritikal hingga menjangkau usia 14 tahun.
Mengikut cerita ibu klien, klien menghadapi kegagapan yang sangat teruk sehingga terpaksa mendapatkan khidmat pakar 'speech therapist' disalah sebuah hospital kerajaan. Gagap anaknya itu menjadi bertambah teruk apabila memasuki usia 7 tahun dan berterusan sehingga usia 14 tahun (Tingkatan 2).
Pada pertemuan pertama, saya berborak-borak dengan klien tersebut dan saya menyaksikan keperitan serta kesukaran beliau untuk berkata-kata. Anda bayangkan, apabila anda mahu bercakap lidah anda terlekat di atas lelangit dengan kuat. "Su...su....su....sahnya nak...nak....caaaa...kaaaap". Barulah beliau boleh bercakap.
Selama 3 jam menjalani proses klinikal terapi, dan alhamdulillah, beliau mula boleh berkata-kata dengan tenang. Beliau juga mengenali dan mula berkawan dengan 'gagap' yang berada di dalam dirinya. 3 minggu kemudian, beliau datang lagi ke klinik kami dengan satu kejutan seperti yang dinyatakan oleh ibunya, "Lepas treatment pertama hari tu, alhamdulillah ada perubahan pada diri anak saya. Doktor speech therapy yang selalu rawat dia terkejut dengan perubahan pertuturan dia. Tq Che Qiim. Di klinik Che Qiim banyak membantu untuk selesaikan isu anak saya ni".
Sesi klinikal terapi ke- 2 dijalankan lagi selama 1 jam 30 minit untuk membina kekuatan dalaman diri klien untuk lebih lancar berkata-kata. Alhamdulillah, selepas sesi klinikal, klien tersenyum dan berkata, "Saya puas. Lidah saya dah boleh bercakap dengan lancar. Gembiranya". (Sambil peluk anak patung yang ada dalam bilik terapi kami).
"Ok...kita jumpa pada sesi terakhir nanti", saya melemparkan senyuman pada klien tersebut.
Terpapar wajah yang ceria pada dirinya.
Dan....sesi terakhir bersama beliau mencetuskan keterujaan saya apabila kakak pada klien menyatakan bahawa ' adiknya tidak perlu lagi bertemu dengan Dr speech therapy kerana doktor tersebut berkata bahawa adik beliau sudah sembuh dan tak perlukan lagi treatment macam dulu. Yang bermain diminda kami ni adalah apa yang Che Qiim buat pada adik saya? Ianya menjadi MISTERI ?" Allahu akhbar. Kami bersyukur kepadaMu Allah. Menitis air mata saya kerana dapat membantu beliau 'membuang kekangan kegagapan' pada diri beliau. KUASA ALLAH, SIAPA YANG TAHUKAN ? KITA IKHTIAR, ALLAH YANG SEMBUHKANNYA.
Kepada mereka diluar sana, apakah ilmu yanng anda boleh berikan pada diri anda untuk membantu ahli keluarga atau orang sekeliling anda ? Apakah anda perlu lihat, dengar dan rasakan sahaja keperitan emosi dan mental orang sekeliling anda tanpa melakukan apa-apa ? Cuba rawat mereka ke ? Atau bagaimana ? FIKIR-FIKIRKAN & SELAMAT BERTINDAK.
"RABBISH ROHLI SODRI WA YASSIRLI AMRI...
WAHLUL 'UQDATAN MILLISANI
YAFQAHU QAULI'
[CHt Che Qiim]
NLP Trainer, NFNLP-USA
Tel : 019-2044036