Anda pernah mendengar kata-kata seperti "Kau kena belajar tinggi-tinggi. Masuk universiti, lepas tu dapatkan pointer yang cemerlang...senang dapat kerja nanti." atau"Mak dan ayah nak kau ambil jurusan ni. Ia menjamin masa depan kau".
Maka, si anak pun ambil bidang pengajian yang mak ayahnya suruh. Si anak buat juga. Digagahkan dirinya untuk capai hasrat si ibu dan ayah. Dipertengahan jalan, si anak 'kemurungan'. Emosinya tertekan teruk. Lepas tu, pointer pun jatuh gedebuk. Si anak diminta oleh pihak universiti, untuk "berehat" dan bertemu dengan pakar psikitris. Dah jumpa pakar psikitris, namun keadaan si anak tetap sama. Jika ada perubahan pun, dek kerana proses dari ubat psikitri.
Bakat beliau dilatih di dalam
KELAS PENTAULIAHAN NLP UNTUK JURULATIH PROFESIONAL & MOTIVATOR
"Che Qiim, boleh bantu rawat anak saya hingga sembuh ?", tanya parent pada saya. "Insyallah, boleh. 99% dari diri klien dan 1% ikhtiar saya selaku psikoterapis." Bila si anak sampai ke pusat psikoterapi kami, saya santuninya. Kami berbual sambil rawatan psikoterapi berjalan dengan harmoni. Saya tengok keadaan klien ok sahaja. Klien diajar ilmu 'berkawan' dengan emosi dirinya hingga boleh 'overcome' daripada permasalahan dirinya. "Che Qiim, dah 2 hari anak saya bersama Che Qiim. Bagaimana perkembangannya ?". "Puan/tuan, anaknya ok sahaja. Malah banyak POTENSI & BAKAT DIRI diketengahkan selama 2 hari ni. Saya percaya bahawa isu emosi yang dihadapi oleh dirinya itu berpunca dari TEKANAN PERASAAN KERANA DISURUH AMBIL BIDANG YANG DIA TIDAK INGINI. 2 hari ni dia sudah temui APA YANG DIA MAHUKAN berdasarkan BAKAT & POTENSINYA. BAKATNYA BOLEH MENJADI SEBUAH KERJAYA. Sesi akan datang, adalah bagaimana diri dia mahu 'design' KERJAYA MASA HADAPAN", ujar saya dengan rasa teruja. 3 sesi pembelajaran ekslusif dijalani oleh diri klien. Akhirnya, ini yang terjadi. Iaitu beliau mahu menjadi JURULATIH KECERGASAN FIZIKAL dalam BIDANG STREET WORKOUT. Beliau punyai KEMAHIRAN ini SEJAK dibangku SEKOLAH MENENGAH lagi. Di 'gromming' habis-habisan. Dan, akhirnya...inilah HASILNYA.
Beliau dilatih secara khusus
dari aspek mental & emosinya.
(One To One)
Menjalani
sesi terapeutik keyakinan diri
untuk memulakan bisnes
di dalam bidang sukan jalanan.
Kemahiran Hypnotic Design dipelajari oleh
beliau. Dalam 1 jam , dah siap HASILNYA.
BELIAU MEMANG CENDERUNG KEPADA
PEMBELAJARAN BERASASKAN KEMAHIRAN.
INI HASIL 1 JAM BELAJAR HYPNOTIC DESIGN
AS A STREET WORKOUT TRAINER
HASIL KERJA 1
"DESIGN MAJLIS KESYUKURAN
SEMPENA PEMBUKAAN PUSAT LATIHAN STREET WORK BELIAU DI IPOH"
07/10/2017 ; PUSAT PSIKOTERAPI NLP & HIPNOTERAPI MALAYSIA
Salam kejayaan buat para pengunjung blog ini. Pembelajaran di dalam bidang anatomi dan fisiologi diteruskan lagi oleh para terapis NLP dan Hipnoterapis. Ianya memasuki modul ke-2 yang benar-benar MENGUJAKAN pelajar kelas ini.
...Pain Toolkit ?...
Dr Nik Nadirah Nik Azis dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), mengupas secara mendalam berkaitan 'Learning & Memory', Fisiologi Tidur, Fisiologi Kesakitan, Fisiologi Stres & Asas Farmakologi.
Maha suci Allah yang menciptakan segala 'bala tentera' yang maha hebat di dalam tubuh manusia. Perbincangan di dalam kelas pada modul ke dua ini berkisar tentang 'ilmu fisiologi'. Ilmu fisiologi adalah ilmu berkaitan hal ehwal tubuh badan dalaman manusia dan bagaimana setiap apa yang ada di dalam tubuh kita mempunyai fungsi dan tugasnya yang tersendiri.
...fakta ilmu anatomi dan fisiologi di alam perubatan Melayu...
Di dalam kitab Bustanul as-Salatin (Taman Para Raja), karangan Sheikh Nuruddin An-Raniri 1636 ada menyebut berkaitan ilmu anatomi dan fisiologi (Bab ke7, fasal 3).
* Kearifan orang Melayudalambidangperubatansaintifik (tumpuanilmuanatomi & fisiologi). Disiplin
ilmu
‘Tib’
yang beliau sebarkan melalui Bustan Al-Salatin ialah PERUBATAN ISLAM GAYA IBN SINA. Asas-asas
TEORINYA HAMPIR SAMA dengan KITAB QANUN FI TIBB. Bustan Al-Salatin diibaratkan sebagai QANUN FI TIBB MELAYU. Tulisan terawal dalam BAHASA
MELAYU yang bincangkan ILMU ANATOMI & PERUBATAN secara
SAINTIFIK. Tradisi
perubatan Melayu ada hubungan kuat dengan tamadun-tamadun besar (Arab, Yunani, India, Parsi) dalam semua aspek termasuk FALSAFAH
& MATERIA MEDIKA.
...perbincangan berkaitan fisiologi stres tubuh insan...
*Ilmu Fisiologi di dalam Kitab ini mempunyai kaitan dengan konsep asas seperti konsep anasir, temperamen (mizaj),humor dan tenaga yang ada di dalam sistem tubuh badan manusia sama ada secara langsung ataupun pada cairan dalam badan. Setiap cairan dalam badan kita, mempunyai fungsinya tersendiri.
Penerangan secara 'terperinci' di dalam kelas ini membuatkan kami semua 'terlopong' dengan kekuasaan Allah s.w.t melalui sistem tubuh badan diri. Syukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t atas diri kita.
...penerangan terperinci berkaitan STRESS SYSTEM...
Bagi klien yang ditimpa kesakitan emosi dan pemikiran, apa yang anda perlu lakukan untuk 'membuang kesakitan emosi dan pemikiran anda' ?. 2 perkara penting yang anda boleh lakukan iaitu:-
(1) Penerimaan diri terhadap kesakitan yang dialami; dan
(2) Kesedaran diri terhadap kesakitan yang dialami agar mudah untuk disembuhkan oleh Allah s.w.t
Maka,apabila kita sudah melakukan kedua-dua perkara di atas, tentera Allah yang ada di dalam tubuh kita aktif untuk melawan segala penyakit yang ada di dalam tubuh badan kita. Kerana itu, tidak hairanlah ada klien yang dirawat oleh kami yang mengalami 'kemurungan' boleh sembuh dengan cepat dan ada pula kes klien 'gagap' dapat disembuhkan oleh Allah s.w.t dengan caranya yang unik dan tersendiri. Maha suci Allah yang mengutus bala tentera yang hebat di dalam tubuh kita. Wallahu 'alam.
*Beliau merupakan seorang NLP Trainer, NLHt Trainer dari NFNLP-USA. Berpengalaman luas di dalam mengendalikan kes-kes berkaitan 'mental & emosi' dikalangan warga Malaysia sejak 2008 hingga kini. Kepakaran beliau adalah di dalam mengendali individu yang mempunyai ketidakselesaian emosi dan minda. Beliau boleh dihubungi melalui talian +6019-2044036